Showing posts with label Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Hollywood. Show all posts

8 Jun 2013

SANTAI HOLLYWOOD :: 10 SELEBRITI HOLLYWOOD BERSAMA HAIWAN PELIHARAAN PELIK


Pelakon sensasi Transformers, Megan Fox mempunyai banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan juga burung kakaktua namun dia juga memiliki seekor kucing bengal dan seekor khinzir bernama Piggy Small.


Kristen Steward memeliharan sejenis anjing kacukan serigala yang mempunyai wajah menggerunkan tetapi bagi dirinya, haiwan itu sangat sweet..



Mike Tyson dikatakan memiliki tujuh ekor harimau di rumahnya di Las Vegas ( tidak dipastikan sama ada masih memilikinya hingga kini ) dan juga burung merpati.



Dalam filem Hannah Montana, Miley Cyrus dikehendaki berlakon bersama ayam. Kini, dia memilih untuk menjadikan haiwan itu sebagai peliharaannya.



Reese Wtherspoon terpaksa berdepan dengan aduan jirannya yang terganggu dengan bunyi bising dua ekor keldai peliharaan Reese bernama Honky dan Tonky.



George Clooney pernah memeliharan seeokor khinzir selama 18 tahun sehingga mencapai berat 300 pound dan haiwan itu juga dibawa tidur bersamanya di bilik, di set penggambaran dan lain-lain. Bagaimanapun, haiwan itu mati pada tahun 2003.

Paa tahun 2010, penyanyi Kelly Clarkson mendapat dua ekor kambing bernama Nitrous dan Billy Joel sebagai hadiah krismasnya.



Nicolas Cage dikenali sebagai seorang yang suka berbelanja besar, dia berbelanja untuk memiliki haiwan peliharaan exotik dan berbahaya iaitu dua ekor ular tedung dan juga seekor sotong kurita.

Leonardo DiCaprio membeli seekor kura-kura jenis sulcata pada tahun 2010 seberat 38 pound, haiwan exotik tersebut mampu hidup selama seratus tahun dan mencapai berat 20 pound.

Artis yang penuh dengan kontroversi, Paris Hilton juga termasuk dalam senarai ini apabila dia juga turut memelihara sejenis kinkajou, namun dia pernah dikejarkan ke hospital apabila haiwan tersebut menggigitnya, setelah itu Paris dikatakan tidak mahu lagi memelihara kinkajounya dan kini dia memelihara seekor ferret.

Read more…

SANTAI HOLLYWOOD :: PEREKA FESYEN HOLLYWOOD MENINGGAL DUNIA

Annabel Tollman

New York – Dunia fesyen hari ini meratapi kematian pereka fesyen terkenal, Annabel Tollman pada usia 39 tahun, hari ini. 

Berita kematian beliau disiarkan melalui twitter oleh editor majalah Paper, Mickey Boardman. 

Tollman dilaporkan meninggal dunia ketika tidur akibat darah beku di otaknya, kemungkinan akibat komplikasi susulan pembedahan kecil yang dilakukannya baru-baru ini. 

Namun Jabatan Polis New York memaklumkan pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat ke atas Tollman bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. 

Mendiang, merupakan pereka fesyen terkenal dengan hasil rekaannya telah digayakan oleh selebriti terkenal Hollywood termasuk Scarlett Johansson, Shakira, Liv Tyler, Mariah Carey, Mary-Kate serta Ashley Olsen dan ramai lahi. 

Tollman dilahirkan di Brussels namun dibesarkan di London serta New York dan pernah memegang jawatan tinggi di majalah Wallpaper serta menjadi pengarah fesyen majalah Interview. 

Terbaru, mendiang pernah bekerja sebagai pereka fesyen dan jurucakap bagi fesyen eBay. 

Tollman pernah dinamakan sebagai pereka fesyen ke 25 paling berpengaruh di Hollywood dan turut diundi sebagai pereka fesyen yang ke-50 paling dikehendaki di New York.


Read more…

31 Mar 2013

Anak Kim Kardashian Diberi Nama Pelik

Jika Kanye West memiliki nama yang berkaitan dengan arah maka tidaklah pelik jika nama anaknya yang sedang dikandung oleh Kim Kardashian juga ada perkataan West.

Gambar ketika hamil 3 bulan.

Namun, Kanye telah memilih nama North sebagai antara senarai utama yang akan dijadikan nama kepada bayi yang akan lahir dalam beberapa bulan lagi.

Maka, jika nama ini menjadi pilihan rasmi maka anak mereka akan bernama “North West” - double nama arah di situ - hehehhe.

Mungkin juga Kim Kardashian tidak bersetuju kerana trend dalam keluarga Kim Kardashian yang menggunaan 'K' sebagai permulaan nama mereka.

Read more…

21 Mar 2013

Sejarah Hitam Selebriti Hollywood Yang Cuba Di Sembunyikan

Siapa kata selebriti tidak mempunyai sejarah hitam dalam kehidupan mereka? Mereka juga adalah manusia biasa seperti kita dan walaupun popular dan mengecapi kemasyuran, pastinya di sebalik nama yang gah itu tersembunyi sebuah rahsia yang mereka cuba simpan tanpa pengetahuan umum.

Berikut adalah antara selebriti Hollywood yang cuba menyembunyikan rahsia 'gelap' mereka sehingga ia diketahui ramai.

Bekas kekasih Angelina Jolie, ibu kepada anaknya


Kedua-dua aktres ini, Angelina Jolie dan Jenny Shimizu pernah menjalinkan hubungan istimewa lebih daripada sekadar teman biasa.

Walaupun kini Shimizu bergelar bekas kekasih, ikatan yang terjalin di antara kekal utuh. Buktinya, Jolie telah meminta Shimizu menjadi ibu pembaptisan kepada dua orang anak kembarnya, Knox dan Vivienne.

Bapa Charlize Theron dibunuh oleh ibunya di hadapan mata


Sebelum ini aktres "Monster" bersungguh-sungguh menyakinkan orang ramai bahawa bapanya terkorban dalam nahas jalan raya ketika usianya 15 tahun.

Walau bagaimanapun kebenaran mengenai bapanya yang merupakan seorang kaki mabuk dan pendera tegar serta kehidupan ngeri zaman kanak-kanaknya akhirnya terbongkar.

Sebab utama Theron cuba melupakan semua memori hitam itu adalah disebabkan pergaduhan keluarga yang tercetus sehingga menyebabkan ibunya menembak mati bapanya di hadapan mata semata-mata mahu melindungi mereka berdua.

"Bapa saya sentiasa pulang dalam keadaan mabuk, bukan sahaja dengan sepak terajangnya tetapi juga dengan senapangnya yang sering digunakan untuk mengancam kami. Pada suatu hari, dia benar-benar telah mengacu senapang dan memetik picu senapang, namun ibu saya berjaya merampas senapang itu dan akhirnya melakukan tindakan yang betul untuk melindungi dirinya serta saya," ujar Theron.

Teri Hatcher mangsa kerakusan bapa saudara


Di sebalik kejelitaan dan populariti yang diraihnya ini, siapa sangka Teri Hatcher telah berhadapan dengan tragedi dan trauma daripada seorang yang dikenalinya sehinggakan ia menghantuinya.

Bintang siri "Desperate Housewives" ini telah menjadi mangsa kerakusan nafsu bapa saudaranya sendiri yang telah memperkosanya sejak dia berusia lima tahun.

Hatcher tampil membuat pengakuan selepas mengetahui bapa saudaranya itu turut memperkosa seorang remaja berusia 14 tahun yang kemudiannya membunuh diri kerana tertekan menjadi mangsa rogol.

Pada tahun 2002, bapa saudaranya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun atas kesalahan merogol.

Bapa "Spider-Man" adalah seorang penyangak


Sebelum aktor ini terkenal menerusi watak superhero yang signifikan dengan menyelamatkan orang awam dari sebarang ancaman jenayah mahupun bahaya, 'Spider-Man' ini telah dibesarkan oleh seorang penjenayah iaitu bapanya sendiri.

Pada tahun 1993, bapa Tobey Maguire, Vincent telah membuat serangan ke atas sebuah bank. Tanpa sebarang topeng wajah mahupun senjata, bapanya berjaya melarikan diri dengan sebuah beg penuh berisi wang di siang hari.

Walaubagaimanapun, dia berjaya diberkas sejam selepas rompakan tersebut dan mengaku bersalah atas kesalahan tersebut. Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun.

Keluarga '69' Woody Allen


Meskipun pengarah esentrik ini merasakan tindakan yang dilakukannya adalah tindakan genius yang baginya dapat membantu perkembangan sesebuah institusi kekeluargaan, namun ia masih tidak dapat diterima akal.

Kisah kontroversi hubungannya dengan aktres Mia Farrow serta drama 'haruan makan anak' bermula 20 tahun lalu ketika Woody memutuskan untuk meninggalkan Farrow selepas Farrow mendapat tahu pengarah itu menjalinkan hubungan sulit dengan anak tirinya yang berusia 18 tahun, Soon-Yi Previn.

Lebih mengharukan, Previn yang merupakan anak angkat Farrow yang sah akhirnya telah berkahwin dengan Allen di Venice pada tahun 1997.

Skandal yang memualkan itu akhirnya telah menjatuhkan karier Allen sebagai seorang pengarah, walaupun dia masih pertahankan tindakannya itu sebagai satu tindakan genius. Macam-macam!

Read more…

14 Mar 2013

Insuran Payu Dara Jennifer Love Hewitt USD$5 Juta

Aktress Jennifer Love Hewitt baru-baru ini dilaporkan telah menginsuranskan payu daranya sebanyak $5 juta dolar.


Namun bukan dia sahaja yang berbuat demikian.

Jika orang lain sibuk menginsurankan harta benda mereka seperti rumah, kereta dan binatang peliharaan, sebaliknya golongan selebriti Hollywood pula bertindak sebaliknya.

Antaranya penyanyi Rihanna dan Jamie Lee Curtis yang mengambil polisi insurans masing-masing bernilai $1 juta dolar dan $2.8 juta dolar untuk kaki mereka.

Kegilaan ini dimulakan oleh bintang Hollywood, Betty Grable, yang membeli polisi insurans sebanyak $1 juta dolar untuk kakinya pada 1940-an.

Berbeza pula dengan anggta kumpulan Van Halen, David Lee Roth.

Semua orang akan faham jika dia membeli insurans untuk melindungi peti suaranya, namun sesuatu yang mengejutkan apabila dia membeli polisi insurans bernilai $1 juta untuk air maninya.

Ia menyebabkan ramai yang menggeleng kepala dengan gelagat Lee Roth ini.

Tidak terkecuali dalam pembelian insurans ini ialah gitaris Rolling Stones, Keith Richards yang membeli insurans sebanyak $1.6 juta dolar untuk tangannya.

Bagi Richards, tangannya itu adalah aset utamanya dan tempat dia mencari makan.

Manakala pelakon lagenda Tom Jones pula membeli insurans untuk bulu dadanya .

Jika sesuatu berlaku kepada bulu dadanya itu, maka dapatlah dia pampasan sebanyak $7 juta dolar.

Dolly Parton pula yang terkenal dengan payu dara besar itu tidak terkecuali.

Menyedari dia tidak akan dikenali tanpa payu dara bersaiz 40DD itu, dia membeli insurans sebanyak $3.8 juta dolar.

Aktres Jennifer Lopez atau J-Lo turut mengambil langkah sama bagi melindungi punggung pejalnya itu.

Dia yang sememangnya terkenal dengan persembahan lincah ketika di pentas, membeli insurans untuk punggungnya bernilai $27 juta dolar.

Selebriti lain termasuklah pemain bola David Beckham, Mariah Carey dan model Heidi Klum yang membeli insurans untuk kaki mereka.

Read more…

23 Nov 2012

Paris Hilton Dikritik Kerana Buka Kedai Di Mekah



BARU-BARU ini, Paris Hilton telah dikecam oleh masyarakat di Mekah gara-gara membuka kedai jenama miliknya di sebuah pusat beli belah di kota itu.

Menurut laporan Huffington Post, pemilik jenama tas tangan dan aksesori Paris Hilton itu dianggap akan mengganggu konsentrasi urusan ibadah umat Islam.

Dalam masa yang sama Paris memiliki latar belakang kurang elok sebagai pelaku video porno yang dilihat memberi gambaran buruk terhadap kota yang dikunjungi umat Islam itu.




"Seronoknya, kedai baru ku yang cantik kini dibuka di pusat beli belah Mekah, Arab Saudi,” kata Paris menerusi entri Twitter miliknya.

Kegembiraan Paris menyampaikan berita itu terbantut apabila ramai yang memberi respons negatif.

"Jadi Paris Hilton buka kedai di Mekah? Dunia benar-benar sudah teruk. Tolong hantar saja saya ke planet Marikh," kata salah satu pengguna Twitter yang menyindirnya.

Read more…

21 Nov 2012

Pakaian Kristen Stewart Yang Seksi Semasa Menghadiri Tayangan Perdana The Twilight Saga Breaking Dawn

Kristen Stewart adalah seorang pelakon yang terkenal dengan peranan beliau dalam filem "Twilight", kita telah jarang dilihat dalam cara yang seksi, tetapi masa ini telah ditangkap dalam gambar-gambar yang menggunakan pakaian hitam yang menandakan angka beliau agak baik, jadiorang-orang yang berfikir ia tidak di semua menarik maka boleh menukar cara anda berfikir tentang gadis ini











Read more…

14 Oct 2012

Lindsay Lohan Mengadu Ibu Ambil Kokain



BEVERLY HILLS, California - Pelakon terkenal, Lindsay Lohan membuat kejutan apabila dia mempertahankan ibunya selepas mereka bertengkar pada Rabu lalu, lapor portal berita examiner.com semalam.

Kejadian itu berlaku di rumah ibu Lohan, Dina di Merrick Utara, Pulau Long, New York sehingga menyebabkan anggota-anggota polis terpaksa dihubungi bagi meredakan pertengkaran itu..

Ketika pertengkaran itu, Lohan menghubungi bapanya, Michael dan mendakwa ibunya menggunakan kokain.

Menurut akhbar New York Daily News, bapa Lohan itu bertindak mendedahkan rakaman perbualan tersebut yang kemudian didedahkan pihak media.

Lohan yang berusia 26 tahun kemudian marah dengan pendedahan itu dan menarik balik kenyataannya tentang ibunya.

Lohan menghubungi portal hiburan TMZ.com dengan menyatakan ibunya tidak mengambil kokain dan mabuk ketika mereka keluar di sebuah bar sehingga pukul 4 pagi sebelum mereka pulang ke rumah tersebut.

"Saya amat kesal tentang pertengkaran dengan ibu saya dan ia sudah didedahkan kepada pengetahuan awam," katanya.

Ekoran pergaduhan itu, Lohan menjadi tumpuan ramai pemberita dan jurugambar semasa dia menghadiri parti minuman Mr. Pink Ginseng di sebuah hotel di sini kelmarin.

Punca pertengkaran dia dengan ibunya itu tidak didedahkan.
Polis turut tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Lohan dan ibunya ekoran pertengkaran tersebut. - Agensi

Read more…

6 Oct 2012

Video Lucah Hulk Hogan Tersebar?




Sebuah video lucah membabitkan Hulk Hogan, rakan baiknya Bubba the Love Sponge bersama bekas isterinya telah tersebar luas di internet.

Ahli gusti yang berusia 59 tahun itu mengakui bahawa dia ada terlibat dalam sebuah video lucah beberapa tahun lalu.


Menurut Radar Online, wanita terlibat adalah Heather Clem, bekas isteri kepada rakan baik Hulk, DJ Bubba the Love Sponge.

Laman web tersebut juga melaporkan bahawa video tersebut direkod selama 30 minit, dan Gawker.com mempunyai satu minit daripada keseluruhan video tersebut.

Terdapat kemungkinan bahawa video tersebut direkodkan sejurus selepas Hulk berpisah dengan isterinya, Linda pada tahun 2007.

Memberi respon kepada TMZ.com terhadap video tersebut, Hulk berkata, “Saya bukan hanya lakukan dengan wanita tersebut. Malah, saya tidak ingat akan beberapa wanita yang telah jalinkan hubungan seks bersama saya”.

Read more…

5 Oct 2012

Teka Gambar Siapa Lelaki Ini (6 Gambar)

Read more…

1 Oct 2012

Gambar | Taylor Swift Tanpa Make up..



Cun..masih tetap cun tanpa make up.. FayZ lihat unlike kebanyakan artis hollywood yang lain, Taylor Swift masih lagi maintain keayuannya.. It’s the face to wake up too.







Read more…

9 Sept 2012

Ciuman Yang Bernilai USD350K


Hanya dengan berciuman, para selebriti ini boleh beramal. Ciuman yang mereka lakukan pun dihargai sangat mahal. Demi untuk mengumpul dana untuk kajian, George Clooney memberikan ciuman untuk seorang wanita muda. Wanita tersebut berani membayar (untuk amal) USD 350 ribu demi mendapatkan ciuman dari aktor tampan itu.

Read more…

8 Sept 2012

Psy menari bersama hos Anugerah MTV

.
LOS ANGELES - Penyanyi rap Korea Selatan yang menjadi terkenal dengan mendadak di Amerika Syarikat (AS), Psy menari tarian kuda bersama hos Anugerah Muzik Video MTV, Kevin Hart di Pusat Staples sini kelmarin.

Tarian kuda itu kini menjadi popular ekoran ia dipersembahkan menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube sejak 15 Julai lalu.

Klip video kini telah ditonton lebih 117 juta kali di laman tersebut.

Psy mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas dia membuat persembahan tarian itu.

"Anda dilihat lebih 100 juta kali di YouTube ketika ini kerana Gangnam Style. Bagaimana perasaan anda?" soal Hart kepada penyanyi itu.

Psy yang berbadan gempal dan tidak menyangka akan menjadi popular di AS kerana tarian tersebut kemudian menjawab dalam bahasa Korea: "Saya berasa hebat dan saya berasa amat gembira dan pada satu ketika saya mahu bercakap dalam bahasa Korea di atas pentas ini. Tidakkah ia menggagumkan?"

Jawapan itu menyebabkan Hart kebingungan namun dia berpura-pura memahami jawapan Psy.

Psy kemudian bertanya kepada Hart: "Adakah anda tahu apa yang saya perkatakan?"

Muzik lagu tersebut kemudian bergema di pusat tersebut.

Turut menyaksikan persembahan itu ialah penyanyi Katy Perry yang sebelum ini menyatakan minatnya terhadap tarian itu.

Sebelum anugerah itu, Psy dan kumpulan nyanyian dari Britain, The Wanted turut membuat persembahan di Teater Avalon di Hollywood.

Psy membuat persembahan lagu Gangnam Style dan tarian kuda bersama anggota-anggota kumpulan tersebut.

Populariti Psy menerusi tarian itu telah menyebabkan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun mengundang penyanyi rap tersebut ke AS baru-baru ini. - Agensi

Read more…

Jennifer Lopez Bakal Buat Persembahan di Malaysia!!

KUALA LUMPUR - Penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez bakal membuat persembahan di Malaysia pada Disember ini. Jennifer Lopez atau JLO merupakan pengganti kepada Rihanna dan Beyonce yang membatalkan persembahan di Malaysia hujung tahun ini.





Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak penganjur, Galaxy Group di laman web rasmi mereka. Galaxy Group mengumumkan penyanyi lagu 'On The Floor' itu bakal mengadakan konsert 'Dance Again World Tour' pada 2 Disember ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sebagai langkah mempromosikan album terbarunya, 'Dance Again'.

Harga tiket bagi menyaksikan persembahan JLO dijual dari RM 168 hingga RM 628 dan boleh dibeli melalui Galaxy Group. Pihak penaja turut mengumumkan diskaun 15% kepada pembelian tiket melalui Visa Card yang boleh dibeli bermula 8 hingga 30 September ini.

Bagi yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi menghubungi pihak penganjur di talian hotline 03-2282 2020

Read more…

5 Sept 2012

The Rock Memang Betul-Betul Hero Lawan Real Perompak!



Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dilaporkan terlibat dalam pergaduhan bersama beberapa perompak yang menyelinap masuk ke lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul The Fast And Furious 6.

Bekas jaguh gusti itu berjaya menangkap beberapa lelaki yang memakai penutup kepala, dipercayai mahu mencuri peralatan yang mahal daripada beberapa buah van penggambaran di Hackney, Timur London. “Ia memang lucu. The Rock kelihatan seperti seorang hero filem aksi dengan jaket dan lencana FBI di tangannya.

“Ketika kejadian, bunyi tembakan kedengaran secara tiba-tiba dan The Rock berjaya mengatasi perompak-perompak itu dalam pergelutan tersebut,” kata satu sumber seperti dipetik thesun.co.uk. Ekoran insiden itu, difahamkan krew filem tersebut kini turut mempertimbangkan untuk melantik aktor bertubuh sasa itu sebagai pengawal keselamatan di lokasi.

“Kini mereka (krew) secara bergurau berkata pengawal keselamatan yang sedia ada patut diberhentikan dan diganti dengan The Rock sahaja,” kata sumber itu lagi.

Read more…

4 Sept 2012

Kekasih Hamilton Muka Pucat Saksikan Kemalangan Ngeri!!


BRUSSELS - Wajah bekas penyanyi kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger pucat apabila menyaksikan teman lelakinya, Lewis Hamilton terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada perlumbaan Grand Prix Belgium kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline, pelumba jentera McLaren itu berlanggar beberapa saat selepas perlumbaan bermula ekoran dia gagal mengelak kemalangan melibatkan beberapa buah kereta lumba lain di selekoh tajam litar Spa-Francorchamps di sini.

Raut wajah Nicole, 34, yang merupakan juri program realiti X Factor berubah melihat jentera Hamilton melambung ke udara selepas merempuh timbunan kereta lumba Formula Satu (F1) di hadapannya.

Namun, Nicole menarik nafas lega apabila melihat Hamilton, 27, keluar dari jenteranya dan beredar dari lokasi kemalangan tanpa tanda-tanda dia mengalami kecederaan.

Kereta lumba yang dipandu Fernando Alonso dan Romain Grosjean turut terlibat dalam nahas tersebut.

Nicole menyatakan di laman Twitternya: "Berada di Belgium pada hujung minggu ini untuk menyokong kekasih saya Lewis Hamilton untuk perlumbaannya."

Susulan kemalangan itu, dia kemudian menyatakan di laman sama: "Kami sayang dan menyokong kamu sehingga ke penghujungnya, sayang." - Agensi

Read more…

19 Aug 2012

Kim Kardashian sanggup buka baju untuk buktikan temannya bukan gay!!


LOS ANGELES- Kim Kardashian bertingkah konyol dengan membuka baju di depan temannya, Jonathan Cheban. Artis bertubuh seksi itu tahu apakah Cheban benar-benar gay atau tidak.

Hal itu terjadi dalam sebuah reality show kehidupan keluarga Kardashian episode Kourtney & Kim Take New York. Selama ini, Kim diceritakan suaminya, Kris Humphries kalau Cheban adalah seorang gay.

Kim tak mahu percaya begitu saja. Dia pun menguji dengan membuka baju sambil melakukan tarian kecil. Kim ingin tahu apakah dengan tingkah nakalnya itu, hasrat Cheban akan bergejolak melihat tubuh Kim yang hanya dibalut bra.

Meski sempat memalingkan wajahnya, Cheban sempat terlihat tergaman melihat tubuh indah Kim Kardashian ada di depannya. Namun, Kim belum boleh menyimpulkan apakah Cheban benar gay atau tidak.

Kim berbaik sangka kalau Cheban merasa tidak enak, dan cuba berbuat sopan ketika di depannya. Demikian dikutip dari Dailymail, Selasa (3/1/2012).(rik)

Read more…

16 Aug 2012

Brad Pitt & Angelina Jolie Kahwin Hujung Minggu Ini?



UMUM sudah pun mengetahui bahawa pasangan selebriti Hollywood paling hangat iaitu Brad Pitt dan Angelina Jolie bakal berkahwin tidak lama lagi.

Berbanding Angelina Jolie, Brad Pitt nampaknya lebih bersungguh-sungguh dan akan menggunakan segala masa terluang yang ada untuk membuat persiapan perkahwinan mereka yang dijadual berlangsung September ini.

Buktinya, aktor berusia 48 tahun ini, sanggup memanggil sekumpulan pekerjaan binaan untuk mengubahsuai rumah yang didiaminya bersama Angelina Jolie di selatan Perancis ketika ini.
"Angelina langsung tidak kisah samada mereka akan berkahwin atau tidak, jadi Brad Pittlah yang paling merasai tekanannya.

"Dia mahu rumah tersebut siap diubahsuai sepenuhnya sebelum acara tersebut berlangsung, walaupun beberapa rakan yang rapat serta ahli keluarga yang dijemput nanti tidak kisah dengan dekorasi majlis perkahwinan itu nanti. Yang penting, Brad mahu ia nampak sempurna,"satu sumber memberitahu.

Sementara itu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie akan berkahwin pada hujung minggu ini.

Read more…

15 Aug 2012

Miley Cyrus Dan Bentuk Badan Yang Terkini


 Ini rupa bentuk badan Miley Cyrus pada tahun 2011.



Ini pula pada tahun 2012.. 



Read more…

13 Aug 2012

FORBES 100 CELEBRITY: 10 ARTIS PALING BERNILAI 2012!!






1. JENNIFER LOPEZ
Berjaya menjatuhkan Lady Gaga dari takhta, Jennifer Lopez berada di tempat pertama dengan nilai pendapatan sebanyak USD 52 juta dalam masa setahun dan populariti yang berganda. Sebaik sahaja Lopez mejadi hakim dalam "American Idol" dan menceraikan suaminya, Marc Anthony, tiba-tiba sahaja Lopez berada di puncak. Muziknya dapat dipromosikan dengan mudah dan dia mendapat perhatian banyak jenama seperti L'Oreal dan Gillete. Kini dia memiliki rangkaian pakaian di Kohl, jenama minyak wangi yang laris di pasaran, baaran lebih mahal untuk menjadi hakim "American Idol" dalam musim seterusnya, malah 6.6 juta pengikut di Twitter dan 12 juta peminta di Facebook. 




2. OPRAH WINFREY
Tahun lalu, dia diturunkan dari takhtanya oleh Lady Gaga ke tempat kedua. Namun tahun ini, Oprah masih kekal di tempat kedua. Sekalipun Winfrey mengalami keadaan yang agak sukar selepas tamatnya rancangan "Oprah" yang telah ditayangkan selama 25 tahun, dia masih berjaya menjana lebih banyak pendapatan berbanding selebriti lain melalui empayar perniagaannya seperti rancangan "Dr Phil" dan "Rachael Ray", penerbitan majalah "O" dan kontrak radionya dengan Sirius XM. Namun begitu, dia tidak menjana sebarang keuntungan melalui rangkaian kabelnya, OWN.




3. JUSTIN BIEBER
Di tempat ketiga, si bujang berusia 18 tahun, Justin Bieber berjaya meletakkan namanya sebaris dengan yang lain buat kali kedua. Selain daripada kejayaan album dan konsert jelajahnya, teman lelaki Selena Gomez ini turut mendapat keuntungan melalui pelaburannya dalam syarikat-syarikat permulaan seperti Spotify, Tinychat dan Enflick.

4. RIHANNA
Tidak kisahlah kalaupun Rihanna mengalami banyak masalah dan menunjukkan pelbagai ragam, bintang kelahiran Barbados ini tetap berada di kedudukan keempat selebriti paling berkuasa melalui lagu-lagu hit seperti "We Found Love" dan "Talk That Talk", selain kontrak pengiklanan dengan Vita Coco dan Nivea. Dia juga mendapat keuntungan melalui minyak wanginya, Reb'l Fleur dan konsert jelajahnya. Dia juga selebriti kedua dengan peminat terbanyak di Facebook, dengan jumlah peminat seramai 53 juta orang, hanya kalah pada bintang rap Eminem di tempat pertama.

5. LADY GAGA
Jatuh empat anak tangga ke tangga yang kelima, kekurangan konsert jelajah menyebabkan Lady Gaga terpaksa melepaskan takhtanya. Namun begitu, pengaruhnya dalam rangkaian sosial menyebabkan dia masih berada di ranking lima teratas. Lady Gaga merupakan pengguna Twitter paling popular dengan lebih 24 juta pengikut dan artis ketiga dengan peminat paling ramai di Facebook, mencapai 50 juta orang. Dia juga masih lagi mengaut keuntungan melalui jualan album lama kerana kebanyakan lagu-lagunya dicipta sendiri oleh Gaga.


6. BRITNEY SPEARS
Sekalipun dia menghilang dalam senarai Celebrity 100 2011, Britney Spears kembali memasuki carta disebabkan lebih 75 persembahan konsert jelajahnya. Dia juga mengaut keuntungan melalui iklan dan juga produk minyak wanginya bersama Elizabeth Arden. Album terbarunya, "Femme Fatale" berjaya mencapai platinum dan dia kembali mendapat perhatian media melalui pertunangannya pada akhir 2011.

7. KIM KARDASHIAN
Perkahwinannya yang berlebihan ditonton lebih daripada 10 juta penonton dan perceraiannya tiga minggu kemudian juga meraih perhatian terbanyak oleh pihak media sehingga menjadi muka depan 63 buah majalah. Kim Kardashian mungkin ratu dalam bab gosip sensasi, namun dia juga ratu siri realiti (kontrak tiga buah musim lagi dengan E! bernilai USD 30 juta), ratu minyak wangi (produknya mengaut lebih USD 6 juta dalam jualan runcit) dan dia juga bekerjasama dengan adik-beradiknya Kourtney dan Khloe untuk mereka rangkaian fesyen,"Kardashian Kollection for Sears", membuka lokasi baru butik DASH milik keluarga dan melancarkan kedai khusus, Kardashian Khaos di Hotel Mirage, Las Vegas.

8. KATY PERRY
Sebagai satu-satunya penyanyi yang memiliki lima buah single nombor satu dalam sebuah album yang sama selain Michael Jackson, Katy Perry banyak mendapatkan hasil melalui album "Teenage Dream" yang terus meletup sekalipun dua tahun telah berlalu sejak ia dilancarkan. Selain itu dia juga menjana pendapatan sehingga hampir USD 60 juta melalui Konsert jelajah California Dreams. Dia juga menjadi tumpuan media apabila bercerai dengan suaminya, pelawak British, Russell Brand.


9. TOM CRUISE
Tom Cruise berjaya meletakkan dirinya dalam Top 10 kali ini kerana kejayaan "Mission: Impossible - Ghost Protocol". Filem tersebut berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD 700 juta di box office.

10. STEVEN SPIELBERG
Di tempat kesepuluh, Spielberg memasuki carta ini dengan jayanya apabila syarikat penerbitan Spielberg, "DreamWorks" berjaya memasuki arena televisyen melalui empat siri baru termasuk "Terra Nova" dan "Smash". Selain itu dua filemnya "The Adventures of Tintin" dan "War Horse" juga menjadi pilihan penonton dan pengkritik apabila mendapat pencalonan di Anugerah Academy.

Read more…