16 Aug 2012

Brad Pitt & Angelina Jolie Kahwin Hujung Minggu Ini?



UMUM sudah pun mengetahui bahawa pasangan selebriti Hollywood paling hangat iaitu Brad Pitt dan Angelina Jolie bakal berkahwin tidak lama lagi.

Berbanding Angelina Jolie, Brad Pitt nampaknya lebih bersungguh-sungguh dan akan menggunakan segala masa terluang yang ada untuk membuat persiapan perkahwinan mereka yang dijadual berlangsung September ini.

Buktinya, aktor berusia 48 tahun ini, sanggup memanggil sekumpulan pekerjaan binaan untuk mengubahsuai rumah yang didiaminya bersama Angelina Jolie di selatan Perancis ketika ini.
"Angelina langsung tidak kisah samada mereka akan berkahwin atau tidak, jadi Brad Pittlah yang paling merasai tekanannya.

"Dia mahu rumah tersebut siap diubahsuai sepenuhnya sebelum acara tersebut berlangsung, walaupun beberapa rakan yang rapat serta ahli keluarga yang dijemput nanti tidak kisah dengan dekorasi majlis perkahwinan itu nanti. Yang penting, Brad mahu ia nampak sempurna,"satu sumber memberitahu.

Sementara itu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie akan berkahwin pada hujung minggu ini.

0 comments:

Post a Comment