13 Aug 2012

FORBES 100 CELEBRITY: 10 ARTIS PALING BERNILAI 2012!!






1. JENNIFER LOPEZ
Berjaya menjatuhkan Lady Gaga dari takhta, Jennifer Lopez berada di tempat pertama dengan nilai pendapatan sebanyak USD 52 juta dalam masa setahun dan populariti yang berganda. Sebaik sahaja Lopez mejadi hakim dalam "American Idol" dan menceraikan suaminya, Marc Anthony, tiba-tiba sahaja Lopez berada di puncak. Muziknya dapat dipromosikan dengan mudah dan dia mendapat perhatian banyak jenama seperti L'Oreal dan Gillete. Kini dia memiliki rangkaian pakaian di Kohl, jenama minyak wangi yang laris di pasaran, baaran lebih mahal untuk menjadi hakim "American Idol" dalam musim seterusnya, malah 6.6 juta pengikut di Twitter dan 12 juta peminta di Facebook. 




2. OPRAH WINFREY
Tahun lalu, dia diturunkan dari takhtanya oleh Lady Gaga ke tempat kedua. Namun tahun ini, Oprah masih kekal di tempat kedua. Sekalipun Winfrey mengalami keadaan yang agak sukar selepas tamatnya rancangan "Oprah" yang telah ditayangkan selama 25 tahun, dia masih berjaya menjana lebih banyak pendapatan berbanding selebriti lain melalui empayar perniagaannya seperti rancangan "Dr Phil" dan "Rachael Ray", penerbitan majalah "O" dan kontrak radionya dengan Sirius XM. Namun begitu, dia tidak menjana sebarang keuntungan melalui rangkaian kabelnya, OWN.




3. JUSTIN BIEBER
Di tempat ketiga, si bujang berusia 18 tahun, Justin Bieber berjaya meletakkan namanya sebaris dengan yang lain buat kali kedua. Selain daripada kejayaan album dan konsert jelajahnya, teman lelaki Selena Gomez ini turut mendapat keuntungan melalui pelaburannya dalam syarikat-syarikat permulaan seperti Spotify, Tinychat dan Enflick.

4. RIHANNA
Tidak kisahlah kalaupun Rihanna mengalami banyak masalah dan menunjukkan pelbagai ragam, bintang kelahiran Barbados ini tetap berada di kedudukan keempat selebriti paling berkuasa melalui lagu-lagu hit seperti "We Found Love" dan "Talk That Talk", selain kontrak pengiklanan dengan Vita Coco dan Nivea. Dia juga mendapat keuntungan melalui minyak wanginya, Reb'l Fleur dan konsert jelajahnya. Dia juga selebriti kedua dengan peminat terbanyak di Facebook, dengan jumlah peminat seramai 53 juta orang, hanya kalah pada bintang rap Eminem di tempat pertama.

5. LADY GAGA
Jatuh empat anak tangga ke tangga yang kelima, kekurangan konsert jelajah menyebabkan Lady Gaga terpaksa melepaskan takhtanya. Namun begitu, pengaruhnya dalam rangkaian sosial menyebabkan dia masih berada di ranking lima teratas. Lady Gaga merupakan pengguna Twitter paling popular dengan lebih 24 juta pengikut dan artis ketiga dengan peminat paling ramai di Facebook, mencapai 50 juta orang. Dia juga masih lagi mengaut keuntungan melalui jualan album lama kerana kebanyakan lagu-lagunya dicipta sendiri oleh Gaga.


6. BRITNEY SPEARS
Sekalipun dia menghilang dalam senarai Celebrity 100 2011, Britney Spears kembali memasuki carta disebabkan lebih 75 persembahan konsert jelajahnya. Dia juga mengaut keuntungan melalui iklan dan juga produk minyak wanginya bersama Elizabeth Arden. Album terbarunya, "Femme Fatale" berjaya mencapai platinum dan dia kembali mendapat perhatian media melalui pertunangannya pada akhir 2011.

7. KIM KARDASHIAN
Perkahwinannya yang berlebihan ditonton lebih daripada 10 juta penonton dan perceraiannya tiga minggu kemudian juga meraih perhatian terbanyak oleh pihak media sehingga menjadi muka depan 63 buah majalah. Kim Kardashian mungkin ratu dalam bab gosip sensasi, namun dia juga ratu siri realiti (kontrak tiga buah musim lagi dengan E! bernilai USD 30 juta), ratu minyak wangi (produknya mengaut lebih USD 6 juta dalam jualan runcit) dan dia juga bekerjasama dengan adik-beradiknya Kourtney dan Khloe untuk mereka rangkaian fesyen,"Kardashian Kollection for Sears", membuka lokasi baru butik DASH milik keluarga dan melancarkan kedai khusus, Kardashian Khaos di Hotel Mirage, Las Vegas.

8. KATY PERRY
Sebagai satu-satunya penyanyi yang memiliki lima buah single nombor satu dalam sebuah album yang sama selain Michael Jackson, Katy Perry banyak mendapatkan hasil melalui album "Teenage Dream" yang terus meletup sekalipun dua tahun telah berlalu sejak ia dilancarkan. Selain itu dia juga menjana pendapatan sehingga hampir USD 60 juta melalui Konsert jelajah California Dreams. Dia juga menjadi tumpuan media apabila bercerai dengan suaminya, pelawak British, Russell Brand.


9. TOM CRUISE
Tom Cruise berjaya meletakkan dirinya dalam Top 10 kali ini kerana kejayaan "Mission: Impossible - Ghost Protocol". Filem tersebut berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD 700 juta di box office.

10. STEVEN SPIELBERG
Di tempat kesepuluh, Spielberg memasuki carta ini dengan jayanya apabila syarikat penerbitan Spielberg, "DreamWorks" berjaya memasuki arena televisyen melalui empat siri baru termasuk "Terra Nova" dan "Smash". Selain itu dua filemnya "The Adventures of Tintin" dan "War Horse" juga menjadi pilihan penonton dan pengkritik apabila mendapat pencalonan di Anugerah Academy.

0 comments:

Post a Comment