8 Sept 2012

Jennifer Lopez Bakal Buat Persembahan di Malaysia!!

KUALA LUMPUR - Penyanyi antarabangsa, Jennifer Lopez bakal membuat persembahan di Malaysia pada Disember ini. Jennifer Lopez atau JLO merupakan pengganti kepada Rihanna dan Beyonce yang membatalkan persembahan di Malaysia hujung tahun ini.





Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak penganjur, Galaxy Group di laman web rasmi mereka. Galaxy Group mengumumkan penyanyi lagu 'On The Floor' itu bakal mengadakan konsert 'Dance Again World Tour' pada 2 Disember ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sebagai langkah mempromosikan album terbarunya, 'Dance Again'.

Harga tiket bagi menyaksikan persembahan JLO dijual dari RM 168 hingga RM 628 dan boleh dibeli melalui Galaxy Group. Pihak penaja turut mengumumkan diskaun 15% kepada pembelian tiket melalui Visa Card yang boleh dibeli bermula 8 hingga 30 September ini.

Bagi yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi menghubungi pihak penganjur di talian hotline 03-2282 2020

0 comments:

Post a Comment