Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

12 Nov 2012

Nurul Izzah Bertindak Melampau - Tun M



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata:"Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November

Read more…

16 Oct 2012

PANAS!!!! Kaabah dan Aidiladha DIHINA di Megamall Kuantan!!!

\
Memang panas beb.. Sapa lah punya idea yang bongok sangat bila nak samakan Hari Raya Haji dan juga Hari Halloween di Megamall Kuantan?

Lepas tu, letak backdrop Kaabah sebelah-menyebelah dengan gambar 'hantu labu' yang jadi simbol kepada Halloween tu pulak.. Memang saja nak bikin panas ke?

Kepada yang still tak tahu, Halloween ni merupakan satu perayaan agama Kristian Katolik!

Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow).

Halloween diambil dari hari perayaan agama Katolik yang bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November dan pernah dikenali sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian.

Halloween juga di sesetengah tempat dikenali sebagai Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di Brazil, Mexico, dan Filipina.

So.., patut ke Aidiladha disamakan dengan Halloween ni beb? Rela kah kita sebagai umat Islam tengok Hari Raya Haji disamakan dengan perayaan 'hantu' oleh orang kafir??!!!

Read more…

3 Oct 2012

Video Azhar Idrus Hina Pemimpin Pakatan Pembangkang?



Terkejut pula MyMassa tengok video ni.


Baguslah Azhar Idrus dah berani tegur pemimpin pembangkang yang tak betul.



*Kenyataan Kadiaq boleh dengar 'SUARA ALLAH' melengkapkan cerita-cerita sesat pembangkang. Dulu dah ada samakan Nik Aziz dengan nabi, Guan Eng jadi khalifah Umar Abdul Aziz, Anwar Ibrahim digelar Imam Mahdi oleh Badrul Amin. Macam-macam cara puak-puak sesat ni nak raih undi. 

Read more…

21 Sept 2012

PAKATAN HARAM BERLAGAK SEPERTI HERO TAMIL SETELAH KORBANKAN ANAK MUDA !!!



Setelah berjaya mempengaruhi golongan muda di himpunan 'Janji Demokrasi' untuk melakukan perkara yang berlawanan dengan undang-undang dan tata susila rakyat Malaysia,pembangkang kini mahu menjadi hero pula membela mereka yang bersalah.Seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,walaupun beliau boleh memaafkan perbuatan beberapa remaja memijak gambar beliau pada ambang sambutan kemerdekaan ke 55 namun mahu tidak mahu mereka terpaksa juga menghadapi konsekuensi undang-undang.Ini menunjukkan jiwa besar yang dimiliki Perdana Menteri yang sanggup menerima permohonan maaf daripada pihak yang terbabit sungguhpun sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan amat mengaibkan beliau.Seorang pemimpin harus mempunyai semangat serta perasaan belas kasihan terhadap yang dipimpin dan inilah antara ciri keistimewaan yang tertanam di dalam diri Datuk Seri Najib.

Malangnya pihak pembangkang yang mengambil kesempatan ke atas kenaifan golongan muda dalam isu-isu politik untuk menanam bibit-bibit kebencian terhadap Perdana Menteri,isteri beliau,pemimpin-pemimpin negara dan kerajaan.Dengan menggunakan taktik baling batu sembunyi tangan,pembangkang kononnya menafikan pula mereka terbabit membakar perasaan dan mengapi-apikan jiwa anak muda.Apabila keadaan sudah berada di luar kawalan dan golongan muda melakukan perkara yang melampaui batas,pembangkang mengatakan golongan itu hanya mahu meluahkan perasaan mereka terhadap sesuatu isu.Hakikatnya pembangkang dilihat sebagai amat tidak bertanggungjawab dan tidak langsung mempunyai pertimbangan moral apabila tergamak memperalatkan golongan muda dan remaja untuk tujuan politik kotor mereka.


Pembangkang langsung tidak memikirkan implikasi perundangan dan kesan ke atas masa hadapan mereka.Dalam kes 'Janji Demokrasi' kebanyakan yang terbabit terdiri daripada pelajar instisuti pengajian tinggi.Ada di antara mereka telah diambil tindakan disiplin oleh kolej dengan dipecat daripada pengajian.Bukankah ini amat malang bagi pelajar terbabit kerana dengan rekod jenayah dan perlakuan yang buruk, tidak mungkin pusat pengajian tinggi samada swasta atau awam akan mengambil pelajar tersebut untuk menyambung pelajaran.Kini pembangkang mendesak pula supaya pihak polis dan mahkamah serta Peguam Negara tidak mengambil tindakan keras ke atas pesalah.Masalah di sini kesalahan yang dilakukan adalah amat serius termasuk mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' yang kononnya akan menggantikan Jalur Gemilang sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.Bendera Jalur Gemilang yang merupakan lambang serta simbol Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seolah-olah telah dijadikan satu jenaka oleh pembangkang.Seolah-olah Jalur Gemilang yang berkibar megah di setiap kedutaan dan suruhanjaya tinggi di seluruh dunia serta mengipas dengan bangga di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh dipersendakan begitu rupa dengan mengibarkan satu bendera asing dan tidak mewakili Malaysia.


Di manakah letaknya logik pembangkang yang menentang kerajaan dari segi politik tetapi tidak tahu membezakan antara yang wajar dibahaskan atau apa yang tidak seharusnya disentuh seperti bendera rasmi negara,Rukun Negara,lagu Negaraku dan sebagainya.Malah di sesetengah negara seperti Thailand terdapat undang-undang lese-majeste yang mememjarakan mana-mana individu yang didapati menghina raja atau simbol-simbol negara yang berkaitan dengan institusi raja di negara itu.Jika gejala negatif ini tidak dibendung dengan segera dan disusuli dengan tindakan yang setimpal,lambat laun ia akan bertujar menjadi sesuatu yang lebih merbahaya dan krtitikal kepada keselamatan negara. Mungkin suatu hari,pembangkang akan mula betindak dengan memijak-mijak pula Perlembagaan Negara dan menghina sosok peribadi Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung.Oleh itu amat wajarlah sekali Perdana Menteri mengatakan mereka yang terbabit tidak boleh melepaskan diri daripada tindakan di sisi undang-undang kerana kesalahan yang dilakukan jelas melanggar peraturan negara.Pembangkamng mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa semnua tindakan mereka tidak boleh disentuh oleh undang-undang walaupun banyak perbuatan mereka menyanggah keluhuran undang-undang. Mungkin inilah jawapan kepada persoalan mengapa Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim enggan mengangkat tangan tanda taat setia ketika Rukun Negara dilafazkan pada majlis sambutan kemerdekaan di Shah Alam 31 Ogos lalu.Sifat besar kepala Ketua Pembangkang menunjukkan beliau sudah tidak peduli samada gambar Perdana Menteri yang dipijak,bendera asing yang dikibarkan atau Rukun Negara yang dihina kerana paling utama bagi beliau ialah memporak-perandakan negara ini dengan apa cara pun. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Anwar yang ingin membawa 'Harapan Baru'kepada Malaysia kerana semuanya akan ditukar atau dihapuskan menurut selera pembangkang


RENUNG-RENUNGKAN

sumber: Badut Rakyat

Read more…

13 Sept 2012

Enggan Bubar DUN Bukti Kerajaan PKR Selangor Tidak Sedia Hadapi PRU 13 - Noh Omar


 

KUALA LUMPUR, 12 Sept - Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat 

(PKR) takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan.

"PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.

"Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang di sini malam Rabu.

-- BERNAMA

Read more…

11 Sept 2012

TNB Beri Amaran Parti Politik Agar Tidak Menggantung Bendera Parti Di Talian Voltan Tinggi

BACHOK, 9 Sept - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi amaran kepada parti politik agar tidak menggantung sebarang poster atau bendera parti berhampiran talian voltan tinggi kerana perbuatan itu boleh mengancam keselamatan.




Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat TNB Mohd Jailani Abas berkata kegiatan menaikkan lambang parti di kawasan talian voltan tinggi boleh membawa kecederaan dan maut.

"Arus elektrik boleh menyambar sesuatu objek lembab jika berada beberapa meter dari talian bervoltan tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan hari raya Aidilfitri TNB Kelantan di sini.

Mohd Jailani berkata pihaknya menjangkakan aktiviti pemasangan lambang dan bendera parti akan bertambah sengit menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak.

Katanya pihaknya tidak mampu mengawasi kesemua kawasan talian voltan tinggi melainkan meminta kerjasama semua pihak agar menjauhi kawasan berbahaya itu.

-- BERNAMA

Read more…

8 Sept 2012

Maafkan lah saya.., saya janji tak buat lagi.. - Muhammad Ammar


Kita kena akui perbuatan minta maaf selepas buat setiap kesalahan tu adalah perbuatan yang bagus.. Tambah-tambah pulak jika permohonan maaf tu dilakukan dengan penuh ikhlas..

Tapi dalam kes pelajar yang tunjuk bontot dan pijak gambar Perdana Menteri baru-baru ni, betul ke permohonan maaf dorang tu ikhlas beb?

Pada pandangan peribadi gua, permohonan maaf yang pencacai-pencacai Anwar tu buat selepas tunjuk bontot dan pijak gambar Najib hanyalah sekadar untuk menyelamatkan diri sendiri..

Ye lah kann.., bila satu negara dah marah, tambah pulak beratus report Polis yang dibuat ke atas dorang.., of course lah perasaan takut mula menyelubungi diri..

Polis pulak dah mula siasat dan kemungkinan besar hukuman yang bakal ditanggung membuatkan pencacai-pencacai Anwar tu mula tak senang duduk beb..

Jalan yang paling mudah.., mintak maaf je lahh.. Ikhlas atau tak, itu belakang kira beb.. Tujuan dorang cuma nak selamatkan diri dari dikenakan hukuman je..

Sebenarnya ada benda yang boleh diselesaikan dengan mintak maaf.., tapi dalam kes-kes berat dan melampau, gua rasa tiada maaf bagimu beb..

Kalau macam tu punya senang dimaafkan, tak gunalah ada mahkamah.., tak gunalah ada pihak berkuasa macam Polis dan KDN..

Sebagai contoh, lepas ni perompak dan perogol hanya perlu mintak maaf je atas jenayah yang dorang lakukan.. Semuanya sekadar untuk lepaskan diri.. Boleh ke macam tu beb?

So.., maaf tu maaf jugak.., tapi hukuman tetap kena terima.. Rakyat Malaysia bukannya bodoh untuk terima permohonan maaf dari individu yang memalukan negara!!

sumber:MPP ONLINE

Read more…

7 Sept 2012

Malaysia Bermasalah Jika Pakatan Mentadbir Negara - Tun M

KUALA LUMPUR, 6 Sept - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perubahan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara tidak semestinya membawa kebaikan malah boleh mengundang lebih banyak keburukan kepada sesebuah negara.




Bekas perdana menteri itu berkata keadaan itu boleh berlaku sekiranya rakyat menyerahkan sistem pentadbiran negara kepada pembangkang yang hanya pandai menabur janji selain mengutamakan kepentingan diri daripada hal ehwal negara.

Katanya pembangkang meminta rakyat melakukan perubahan dengan memilih kerajaan baharu dalam kempen mereka tetapi sebenarnya bukan betul-betul ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya ingin mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata demikian ucapannya pada majlis 'Sepetang bersama Tun Mahathir bersama pesara kerajaan Lembah Pantai' di sini hari Khamis.

-- BERNAMA

Read more…

6 Sept 2012

PM Sedia Jumpa Keluarga Pelajar 'Tunjuk Punggung!!



KUALA LUMPUR, 6 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedia jumpa keluarga Ammar yang menunjuk punggung di gambarnya dikhalayak ramai ketika perhimpunan Janji Bersih malam ambang merdeka yang lalu.

Tindakan Perdana Menteri untuk berjumpa keluarga Ammar yang tinggal di Batu Pahat adalah amat tepat untuk mengetahui masalah pelajar berkenaan dengan lebih dekat.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Mohd Yusof Ahmad berkata kepada Putrajaya Online, "pihak belia negeri Johor telah menemui keluarga Ammar kelmarin. Ibu bapanya amat kesal dengan tindakan Amar yang tidak melambangkan seorang mahasiswa yang bertamadun."

Bapa Ammar, A. Rahman berkata, "tindakan Ammar itu memang diluar jangkaan kami, setahu saya anak saya tidak pernah melibatkan diri dalam parti politik. Saya beranggapan Ammar terpengaruh dengan rakan-rakan mereka."

Mohd Yusof berkata lagi "tindakan Ammar ini sebenarnya berpunca daripada 3 perkara yang tidak ada dalam dirinya sebagai mahasiswa. Pertamanya moral, jika dia mempunyai akhlak yang baik saya fikir Ammar tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Kedua, ketatanegaraan, seseorang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi makanya mereka akan mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara. Rakyat Malaysia hari ini sudah mula melupakan elemen-elemen dalam rukun negara.

Elemen ketiga ialah Sejarah, selama 55 tahun Merdeka kita amat menghormati panji perjuangan kita Jalur Gemilang. Ketika perhimpunan itu, ada peserta Janji Bersih mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' tidak berlaku jika pihak penganjur Janji Bersih bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Mereka sepatutnya belajar sesuatu dari pengalaman Bersih 3.0. Bila sudah terjadi perkara ini baru hendak menuding jari menyalahkan pihak lain. Itu sudah terlambat. katanya lagi kepada Putrajaya Online.

Keluarga Ammar dikhabarkan turut menyatakan kesediaan menemui Perdana Menteri untuk memohon maaf atas tindakan Ammar. Dalam pada itu, Majlis Belia Johor sedang berusaha untuk menemui keluarga remaja perempuan yang memijak gambar Perdana Menteri.

Read more…

Pelajar Menunjuk Punggung Dibebaskan Jaminan Polis dan Wanita Memijak gambar PM ditahan


Muhammad 'Ammar Bin A. Rahman dibawa masuk ke kereta polis.

KUALA LUMPUR, 5 September - Pelajar sebuah Kolej swasta yang menunjuk punggung digambar pemimpin dikhalayak ramai ketika perhimpunan Janji Bersih ambang merdeka telah dibebaskan malam semalam.

Dipetik daripada Bernama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Ku berkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera ‘baru’ Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, seorang gadis berbangsa cina 19 tahun yang memijak gambar Perdana Menteri pada malam berkenaan telah menyerah diri di Balai Polis di Johor Bahru sambil ditemani pemimpin DAP Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez.

Gadis tersebut kemudiannnya dibawa ke balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siastan lanjut.

Norman berkata, "gadis tersebut ditahan di bawah seksyen 4 (1) Aktan Hasutan 1948" atas perbuatannya yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raza dan Isteri ketika menyertai perhimpunan Janji Bersih.



Setakat ini, Polis Diraja Malaysia telah mewujudkan tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta Janji Bersih yang melakukan kesalahan memijak gambar pemimpin, menunjukkan punggung dikhalayak ramai dan mendesak supaya bendera Malaysia ditukar. Kesemua siasatan ini tertakluk dibawah Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Read more…

5 Sept 2012

TUKAR BENDERA !!! MEDIA INDONESIA MEMBELASAH DAN PERLEKEH JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???



Penulis agak terganggu setelah menerima kiriman sms dari rakan media di Indonesia yang secara sinikal menggambarkan rakyat negara ini lebih mendambakan negara jiran Indonesia berbanding dengan tanah tumpah darah.Dalam sms tersebut,rakan penulis ini mencuit dengan suatu sindiran berbaur nakal "ngapain ada krisis jiwa nasionalisme dikalangan kamu".Lantas turut memberikan dua pautan agar penulis membaca dengan kesabaran sindiran secara tidak langsung dari media di Indonesia terhadap jati diri rakyat Malaysia.



Penulis faham dengan mesej yang hendak disampaikan oleh rakan media dari Indonesia ini.Mesej yang sangat mudah difahami dengan akal yang cukup waras patriotisme dan kenegaraan yang telah pudar dikalangan jiwa golongan muda di negara ini.Rakyat perlu memahami mengapa banyak pihak di luar amat mencemburui kemakmuran Malaysia.Mustahil jutaan rakyat Indonesia sanggup meredah lautan untuk mencari makan dan rezeki disini jika tidak kerana kemakmuran negara.Ironinya,rakyat Indonesia yang sememangnya tidak mempunyai semangat kecintaan terhadap Malaysia ini turut dikongsi semangat 'Malingsia' oleh golongan muda di negara ini yang hilang pertimbangan akal yang waras.Penulis faham dengan berita yang disensasikan oleh pengamal media di Indonesia.Persaingan disana cukup sengit dalam melariskan berita agar mampu menarik minat pembaca.Namun begitu komen para pembaca dari dua pautan ini,merdeka.com dan lensaindonesia.com nyata mengguris hati penulis sebagai rakyat yang cintakan tanah airnya.

trxata... krisis jiwa nasionalisme d kalangan generasi muda,bkn hx trjadi di indonesia......piiiis! ada temanx...

Itu kan Bendera Singapura? Cuma diganti bulan bintang nya jadi bulan matahari. Weleh weleh, maling lagi nih. Sebelumnya pake bendera Amerika Serikat diganti bintang-bintang nya jadi Bulan matahari

Yach Wajar lah kalau mrk jiplak2 bendera negara tetangga, Krn Malaysia bebas dr Inggris juga tdk melalui tetesan keringat dan darah.., mrk merdeka atas pemberian Inggris.

kasihan ya ga punya ide buat design bendera negaranya sendiri, akhirnya jiplak 90% dari bendera negara lain.

waduhh... lagi lagi malaysia berulah lg... sepintas niru punya negara singapura, hanya dirubah aja jd bulan matahari....

Malaysia,,,, MALing Asli Yang selalu SIAl.

klo begitu siap2, aja nanti banyak yg protes bendera kita dibajak malingshit..


Cukup jika penulis hanya memaparkan sebahagian dari komen dan reaksi rakyat Indonesia memperlekehkan jati diri rakyat Malaysia yang tidak berbangga dengan bendera kebangsaan Jalur Gemilang.Namun apa yang paling memeranjatkan penulis adalah komen yang datangnya dari rakyat Malaysia, ini yang dicatatkan dalam ruangan komen di laman merdeka.com.

sumber: Badut Rakyat

Read more…

4 Sept 2012

MASA PIJAK TAK MALU, SEKARANG TUTUP MUKA PULAK!!!



Macam ni rupa nak jadi pejuang? Masa buat, dia rasa tak malu. Depan orang ramai pun dia sanggup tayang punggung dia.

Sekarang, dah kantoi berak tengah jalan, buat apa dia nak tutup muka? Malu ke? Tak sedar diri yang Kemaluan dia dah terdedah? Inilah akibatnya bila bierfikir tak guna otak. Dia ni berfikir guna Kepala Lutut!!!

SHAH ALAM - Polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka, Khamis lalu.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pelajar itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, dua pelajar lelaki di kolej yang sama turut diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes.

Read more…

28 Aug 2012

Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Dan Anak Ditahan Kes Sumbang Mahram


Gambar hiasan
JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan pada Isnin.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
“Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.

Read more…

18 Aug 2012

Menepati Janji - Satu Perlambangan Patriotisme



RAKYAT yang mindanya telah Merdeka mempunyai tekad untuk maju ke hadapan dan pasti mempunyai ciri kesucian hati yang mahu sentiasa menepati janji untuk negara.

"Jika janji tidak ditunaikan, kita adalah pembohong," inilah teguran pedas tokoh budayawan dan veteran politik negara Tan Sri Abdul Aziz Tapa ketika merungkai pendapatnya mengenai nilai murni itu.

Baginya setiap manusia terikat dengan tanggungjawab menepati janji, daripada peringkat pemimpin hinggalah pengemis.

Lagipun, jelas beliau, sikap menepati janji itu sendiri bukan perkara baru, ia merupakan nilai murni yang lama sinonim dengan budaya masyarakat kita.

Justeru, apabila pemimpin melakukan perkara bersesuaian dengan janji yang pernah dilaungkan seketika dahulu, janganlah ia dikaitkan semata-mata untuk memancing kuasa sebaliknya perlu dilihat daripada perspektif nilai kemasyarakatan yang luas.

Parameswara, putera dari Sumatera, misalnya menabur pelbagai janji dan harapan kepada pengikutnya sehingga mereka sanggup meredah hutan belantara, mengadai nyawa bertempur dengan lanun dan haiwan buas untuk bertakhta di Melaka.

Kepercayaan pengikut terhadap pemimpin itulah yang memangkin kejayaan dan perkembangan Kesultanan Melayu Melaka sehingga menjadi empayar yang kaya dan digeruni selama beberapa generasi.

DEDIKASI MERDEKA

Seperti ramai pejuang anak bangsa lain yang kini warga emas, pejuang kemerdekaan dari Jasin ini telah melalui ribuan perit getir demi masa depan anak bangsanya.

Kedutan di wajah berusia 89 tahun itu antara lain menjadi saksi perjalanan hidup sebagai askar sukarela di zaman perang dunia kedua sehingga berdiri sebagai pejuang kemerdekaan sejak tahun 1946 bersama Dato' Onn Jaafar dan pemimpin yang lain.

Dedikasi perjuangan beliau dalam menjulang anak bangsa dan budaya Melayu, kesetiaan terhadap parti pembela nasib orang Melayu iaitu UMNO, dan kesucian hati menongkah arus mempertahankan budaya sama sekali tidak boleh dipertikai atau dijual beli.

Menegur generasi selepas Merdeka supaya lebih bertanggungjawab dalam mempertahankan kemerdekaan negara, beliau lancar mengucapkan dua rangkap pantun yang dinukilnya,

'Dari Melaka pergi ke Deli,
Ayam berlaga di pasar seberang,
Merdeka tidak boleh dijual beli,
Ia bukan barang sebarang.'

'Ayam berlaga di pasar seberang,
Kepak terkapar patah tajinya,
Merdeka bukan barang sebarang,
Kalau dicabar nyawa padahnya.'

Jelasnya, kemerdekaan negara bukan barang yang boleh dipajak gadai, sebaliknya maruah yang mesti ada dalam diri semua rakyat yang berlindung di bawah panji Jalur Gemilang.

"Jika maruah ini dicabar, seperti perang, maka padahlah pada nyawa kerana semua orang tak kira apa bangsa dan usia wajib bangkit berjuang mempertahankan maruah negara dalam erti kata 1Malaysia yang sebenar," terang beliau bersungguh-sungguh.

TUNAI JANJI

Menyentuh tentang slogan 'Janji Ditepati', Abdul Aziz berpendapat tema pilihan itu amat sesuai dan relevan dinyatakan sebagai tanda kejayaan Merdeka tahun ini.

Ini kerana, kerajaan telah melaungkan pelbagai janji dalam pelbagai kempen sejak sebelum Merdeka lagi, tetapi mereka tidak pernah menghampakan rakyat dalam menepati janji selepas setiap pilihan raya.

"Antara janji kerajaan yang paling penting adalah memastikan aspek keselamatan rakyat, bukan sahaja dalam tempoh setiap lima tahun pemerintahan tetapi untuk puluhan malah ratusan tahun panjang jangka masanya," kata beliau.

Aspek keselamatan diusahakan kerajaan dengan tegas melalui usaha gigih pemimpin negara yang sama sekali tidak dapat ditandingi negara lain terutama banyak negara Arab dan Afrika yang sering dilanda wabak perang saudara.

Mengimbau kenangan kempen sebelum Merdeka 55 tahun lalu, beliau masih ingat Tuanku Abdul Rahman Putra berjanji akan membina jalan raya sempurna merentangi Johor hingga ke Kedah.

Walaupun secara berseloroh beliau menyebut 'saya pun senang mau balik Kedah', janji itu segera beliau tunaikan bersama janji-janji lain selepas Parti Perikatan menang pilihan raya.

CERMIN AKHLAK DAN ETIKA

Selain itu, 'Janji Ditepati' boleh dikira sebagai satu slogan yang cukup patriotik dijadikan tema negara lantaran nilai murni itu mencerminkan akhlak dan etika dalam kehidupan manusia.

Kupasan konsep menepati janji antara negara dan rakyat serta sebaliknya boleh juga ditafsirkan daripada sudut peluang pendidikan sejak awal kemerdekaan ketika rata-rata rakyat dibelenggu kemiskinan hingga ke zaman ini.

Ketulusan pemimpin membangunkan negara cukup terserlah apabila majoriti rakyat berjaya mengecapi kehidupan mewah dalam pelbagai bentuk, tetapi kerajaan masih tidak berhenti memastikan kita berpeluang mendapat pendidikan sempurna.

Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh menunjukkan bahawa kerajaan masih membiayai lebih 80 peratus daripada kos pendidikan di negara ini walaupun kita jauh lebih kehadapan berbanding banyak negara lain.

"Ini adalah prinsip menepati janji yang amat menarik memandangkan ia dilakukan secara berterusan selama lebih 55 tahun tanpa gagal," kata pemegang ijazah falsafah kedoktoran Perancangan Pembangunan daripada Universiti of Bath di United Kingdom.

NIKMAT PENDIDIKAN PERCUMA

Tidak banyak kerajaan di dunia yang menyediakan platform pendidikan percuma, manakala yang ada pun kebanyakannya sehingga tempoh pendidikan asas sahaja.

Beliau sendiri tidak segan mengakui pernah bergantung sepenuhnya kepada bantuan biasiswa kerajaan yang diterima sejak dibangku sekolah hingga ke peringkat ijazah di Monash University dan sarjana di University of Wales sebelum menerima PhD.

Hakikatnya bantuan itu banyak membantu kehidupan rakyat jelata ketika itu, termasuk keluarga beliau sendiri apatah lagi ibunya adalah ibu tunggal yang membesarkan anak-anak secara sendirian selepas kematian bapanya.

"Dulu ramai pelajar cemerlang tetapi yang kurang berkemampuan termasuk saya menerima pembiayaan penuh melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dan jasa itu dihargai melalui sumbangan perkhidmatan dalam kerajaan," jelasnya yang telah berkhidmat sebagai pegawai tinggi kerajaan sejak 1973.

Kalau mengikut umur beliau telahpun bersara tujuh tahun lalu, tetapi beliau masih lagi bersedia menabur jasa dengan ikhlas hati selagi negara memerlukan ilmu dan pengalaman beliau.

"Untungnya, generasi selepas merdeka tidak perlu banyak bersusah payah kerana nikmat kemerdekaan dan peluang yang luas telah dibentangkan oleh generasi terdahulu," kata Mohd Tap.

Untuk generasi zaman ini, tambahnya, kerajaan telah melantik pelbagai agensi untuk menyediakan bantuan pendidikan dalam usaha memastikan anak muda mendapat peluang pendidikan terbaik.

Beliau menyifatkan semua bentuk bantuan yang dicetus kerajaan merupakan satu bentuk kesaksamaan pendidikan sama rata yang membolehkan pelajar miskin berpeluang mendapat pendidikan setinggi yang boleh, sama seperti golongan kaya.

Bantuan ini termasuk Yayasan Pendidikan Mara, dan agensi lain yang menyediakan laluan pendidikan luar negara dalam pelbagai bidang selain pelbagai tabung pendidikan khas seperti PTPTN.

JANJI BAYAR BALIK PTPTN

"Menggunakan dana tabung itu sendiri telah mengikat pelajar dengan janji dan menjadi tanggungjawab peminjam untuk menepati janji melalui pembayaran semula dengan segera apabila mula bekerja," kata Mohd Tap.

Baginya, membayar pinjaman bukan sahaja merupakan sifat menepati janji yang murni tetapi satu tindakan patriotik mulia yang boleh dilakukan generasi kini.

"Wang pembayaran balik itu akan diguna semula membantu generasi seterusnya mendapat pendidikan terbaik dan ini secara tidak langsung menjana pembangunan sosio-ekonomi anggota masyarakat," jelas beliau.

Hakikatnya kebanyakan peluang pendidikan negara masih lagi percuma, malah peminjam PTPTN yang cemerlang dalam akademik berpeluang pula menukar pinjaman menjadi biasiswa.

Lantas, beliau berharap agar semua lapisan masyarakat yang pernah menerima bantuan pendidikan menunjukkan rasa syukur dan penghargaan dengan kembali berjasa menabur bakti kepada masyarakat dan negara.

"Sumbangan balik kepada negara dalam sebarang bentuk mengikut bakat dan kebolehan adalah bentuk patriotisme paling tepat untuk generasi selepas merdeka.

"Pendek kata, patriotisme hari ini bukan lagi bermakna berperang malah ia tidak ada kaitan dengan politik, sebaliknya ia merupakan satu semangat kebangkitan dalam diri untuk majukan bangsa dan negara," hurai beliau secara mendalam. -BERNAMA

Read more…

12 Aug 2012

Siapa Abby Abadi, Ceteknya Pemikiran Dia? - Umie Aida


AKTRES Umie Aida menempelak sikap Abby Abadi yang kerap mengeluarkan kenyataan yang dilihat terlalu dangkal dan naif mengenai isu-isu semasa dan politik.

Mungkin kerana barisan artis tidak lagi sanggup melihat tindakan bekas pelakon yang pernah membawakan watak Inspektor Aleeza itu semakin lantang dan gopoh dalam mengeluarkan kenyataan berbentuk hentam kromo sebagaimana disiarkan sebuah akhbar online baru-baru ini.

Menyebabkan beberapa artis tampil menempelak kenyataan Abby Abadi, antara bentuk kenyataan Abby Abadi yang turut disiarkan oleh MH Online itu tidak dipersetujui menyebut :

“Apabila kita berhijrah, ruang untuk kita berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PAKATAN RAKYAT perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah Islam.” – Abby AbadiKenyataan Abby Abadi ini ditempelak oleh aktres versatile Umie Aida melalui laman twitter yang menganggap Abby Abadi perfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.



Jika diperhatikan dengan pemerintahan kerajaan sedia ada pun, banyak karya-karya kreatif berbentuk Islamik dihasilkan oleh produser-produser kita.

Jelaslah Abby Abadi ini jenis manusia yang berfikiran terlalu naif, bagaimana pula dengan anda?

Read more…

10 Aug 2012

DAP malu besar, Datuk Lee Chong Wei sah sertai Kelab Cinta Malaysia !


Sebentar tadi menerusi facebook Mejar Huan Cheng Guan , Datuk Lee Chong Wei sah menyertai Kelab Cinta Malaysia dan beliau telah   dilantik sebagai  Penasihat kelab berkenaan .

Adakah beliau selepas ini akan menjadi ahli Parti Cinta Malaysia ? Ini kerana  Mejar Huan sendiri  adalah pemimpin parti  berkenaan . 

Apa yang pasti wira negara ini tak sokong DAP !! ..haha.. wakil rakyat DAP lah yang menghina pengorbanan & perjuangannya ketika di Olimpik London 2012.

Read more…

2 Aug 2012

Janji Ditepati: Bila Obama Pun Tiru Najib, Apa Cerita

 


dakah semua ini terjadi secara kebetulan?  
Tapi yang lebih menarik lagi ialah, slogan Obama ini menunjukkan bahawa konsep Janji Ditepati ini diterima pakai di seluruh dunia dan diiktiraf mampu menarik sokongan rakyat.  Kalau tidak, macam mana Presiden negara kuasa besar seperti Obama pun menggunakannya?


obama_kept_promises

Read more…

9 Apr 2012

Jangan Ada Amoi Pakai Skrit Pendek Masuk Masjid Pulak Nanti

Jangan Ada Amoi Pakai Skrit Pendek Masuk Masjid Pulak Nanti
Setelah masyarakat Islam secara umumnya menjauhkan diri daripada isu Lynas selepas Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat mengesahkan kilang berkenaan bukan loji nuklear, kini kaedah agak radikal hendak digunakan untuk menarik masyarakat berkenaan ke dalam isu itu.
Terbaru sudah ada rancangan untuk menjadikan masjid-masjid terpilih di seluruh negara pada 13 April ini sebagai lokasi demostrasi anti Lynas.
Mengapalah harus dibawa ke masjid? Di luar masjid atau dalam kawasan masjid tidak penting, tetapi berhampiran masjid pada waktu sembahyang Jumaat…itu pun sudah melampau.
Kita semua tahu DAP adalah tunjang di belakang penentangan terhadap kilang Lynas di Gebeng.
PKR dan sebahagian kecil ahli PAS dan masyarakat Islam digunakan untuk faedah DAP. Mereka cuba dijadikan public face untuk isu yang sengaja diputar belitkan.
Dan semua tahu penutupan kilang Lynas di Gebeng akan menguntungkan negara China untuk terus kekal sebagai pengeluar terbesar komponen strategik iaitu nadir bumi di peringkat global.
Kilang Lynas adalah salah satu daripada dua kilang nadir bumi yang dibangunkan untuk memecah monopoli negara China terhadap bahan penting itu.
Besar jasa siapa yang dapat bantu China bukan.
Entah la apa nak kata. Kalau ada sesiapa yang hendak percaya kepada anti Lynas, itu terpulang.
Tengok klip di bawah, lihat keikhlasan Che Rosli. PAS pun satu hal siap bagi amaran jangan bercakap pasal Lynas kepada beliau. Mengapa hendak bagi amaran kepada seseorang yang berilmu dalam bidangnya dan hendak bercakap benar?
Apa pun, beliau tahu apa yang benar berkaitan Lynas. Yang tidak faham cuma Lim Kit Siang dan Guang Eng serta kuncu-kuncu mereka.
Sampai hari ini, belum ada sebarang fakta saintifik dibawa mana-mana pihak anti Lynas untuk mengesahkan dakwaan mereka bahawa Lynas adalah merbahaya.
Sedangkan saintis-saintis dan badan dunia (IAEA) dalam bidang berkaitan mengesahkan Lynas selamat. TAK FAHAM BAHASA LAGI KE?
Untuk anti Lynas, yang ada hanyalah cakap-cakap berdasarkan persepsi yang sengaja diwujudkan dan banner penentangan berwarna-warni.
Dan bila semua itu gagal, sekarang masjid pula hendak digunakan. Apasal DAP terlalu berminat dengan masjid?
Kalau tak faham sensitiviti pun, tolonglah pastikan jangan sampai ada amoi pakai skrit masuk masjid masa orang Islam bersembahyang Jumaat nanti. Tolong ok…

Read more…