Showing posts with label Artis Melayu. Show all posts
Showing posts with label Artis Melayu. Show all posts
8 Jun 2013
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
SANTAI ARTIS :: ISTERI IZZUE ISLAM TIDAK KECIL HATI ADA YANG PERTIKAI PERKAHWINAN MEREKA
Isteri dan pengurus kepada pelakon Izzue Islam iaitu Nurinafilah Waharudin tidak terkilan walaupun ada pihak yang mengkritik tindakannya yang enggan mendedahkan usia sebenar pada hari pernikahan mereka yang berlangsung pada 2 Jun lalu.
Awin, 31, berkata, dia tidak mempunyai sebarang alasan tertentu kerana bertindak sedemikian dan tidak terkejut apabila pihak media dapat mengetahui usia sebenarnya walaupun dia tidak memberitahu perkara itu.
"Saya tiada sebarang sebab tertentu kenapa ingin menyorokkan usia sebenar saya daripada pengetahuan umum dan saya tidak terkejut apabila pihak media dapat mengetahui usia sebenar saya.
"Ia bukan sesuatu yang ingin saya sorokkan daripada pengetahuan orang lain sebenarnya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Izzue Islam, 23, dan Awin selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun.
Awin turut menolak tanggapan bahawa dia berasa malu dengan perbezaan lapan tahun usianya dengan Izzue sehingga menyebabkan dia enggan mendedahkan umurnya ketika ditanya pihak media pada majlis pernikahannya itu.
Sementara itu, Awin berkata, dia tidak melihat perbezaan itu sebagai masalah kepada hubungan mereka kerana apa yang lebih penting mereka saling memahami antara satu sama lain.
Jelas Awin, walaupun Izzue masih muda tetapi suaminya itu memiliki kualiti yang dimahukannya daripada seorang lelaki iaitu matang, bertanggungjawab dan romantik.
"Usia bukan halangan tetapi yang lebih penting keserasian dan kesefahaman di antara kami yang membuatkan kami selesa bersama.
"Saya tidak kecil hati pun dengan apa yang orang ingin kata kerana paling penting keluarga memberikan restu dan kami serasi bersama," jelasnya.
Sementara itu, Awin berkata, dia dan Izzue masih bercuti dan mengambil peluang ini untuk bertemu dengan sanak-saudara sebelum kembali bertugas pada minggu hadapan.
"Kebetulan cuti sekolah jadi ambil peluang ini untuk bertemu dengan sanak-saudara kedua-dua belah pihak dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya.
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
SANTAI ARTIS :: LAGI GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN BEEGO DAN LINDA HASHIM
Tahniah kepada pelakon Beego dan Linda Hashim yang sah bergelar suami isteri sekitar 9.26 malam Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid. Beego dan Linda telah diijabkabulkan oleh imam, Ustaz Mohd Nizam Bin Wahab, Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM35, 000.
Pihak lelaki menyerahkan 7 dulang hantaran berupa sepasang kasut jenama Quince, sebentuk cincin, seutas jam tangan jenama Titus, sepasang jubah, set minyak Burberry, beg tangan jenama Furla dan sireh junjung. Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran iaitu sepasang pakaian berjenama Polo, sepasang kasut but Bershka, set perfume Issey Miyake, sepasang cermin mata Cartier, sedulang coklat, sedulang buah-buahan, sireh junjung, cincin jenama Emporio Armani, dan seutas jam Dolce & Gabbana, dipetik dari laman blog ohbulan.
Sumber : Ohbulan
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
SANTAI ARTIS :: GAMBAR NORA DANISH BERTUDUNG KETIKA DI KELANTAN
Cantik sungguh Nora Danish bertudung ketika menghadiri majlis di Kota Bharu Kelantan.
Nora Danish tetap cantik seperti remaja 19 tahun dengan wajahnya yang ayu
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
SANTAI ARTIS :: ADI PUTRA MENGAKU MENCIUM DAHI RITA RUDAINI
Mungkin ada yang tidak tahu sebuah lagi drama adaptasi novel akan menggantikan drama Adam dan Hawa yang sudah sampai ke episod akhir seminggu lepas. Drama yang dimaksudkan ialah Sehangat Asmara, diadaptasi dari novel dari judul yang sama tulisan Aisya Sofea.
Drama ini ialah gandingan pertama Adi Putra dan Rita Rudaini akan mula ditayangkan 21 Januari ini pukul 10.00 malam di Astro Mustika HD.
Pelakon lelaki yang semakin mendapat tempat dihati penonton, Adi Putra mengakui selesa akan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama dalam melakukan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.
“Rita Rudaini profesional, jadi tidak menjadi masalah apabila ada babak yang memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia cukup memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya,” katanya kepada wartawan sebuah akhbar tempatan.
Rita Rudaini memegang watak Kamilia Najwa manakala Adi Putra memegang watak Zainal Arief. Ia merupakan sebuah kisah pandang pertama antara mereka yang memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.
7 Jun 2013
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
SANTAI ARTIS :: BEEGO, LINDA HASHIM BERGELAR SUAMI ISTERI DENGAN SEKALI LAFAZ
Beego dan Linda selamat bergelar suami-isteri. Foto: Shaari Che Mat.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego, 33, sah bergelar suami kepada Norhazlinda Hashim,29, hanya dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Usaimah Bin Zain, Wangsa Maju, di sini, Jumaat malam.
Beego dan Norhazlinda atau Linda, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Yusof pada kira-kira pukul 9.25 malam.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan, sebentuk cincin dan wang hantaran kahwin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.
Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada seutas jam tangan, sepasang baju polo, sepasang kasut, cermin mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan, set penjagaan diri dan sirih junjung.
Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM35,000 sebagai wang hantaran.
Beego (kiri) tenang pada majlis akad nikahnya.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Beego menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar saya rasakan ia seumpama ‘perkahwinan pertama’ kerana semasa perkahwinan pertama saya dulu saya tidak rasa seperti ini.
"Insya-Allah saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik," kata Beego.
Sementara Linda menzahirkan rasa bersyukur kerana perancangan yang diaturkan berjalan dengan lancar.
"Saya sangat bersyukur dan berjanji akan mempertahankan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat," ujarnya.
Pasangan ini akan berbulan madu di Bali, Indonesia pada 19 Jun ini dan Taiwan pada 1 Julai depan.
Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.
Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat sini pada Sabtu malam.
Sumber : mStar Online
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
SANTAI ARTIS :: AMAR ASYRAF DAN ARNA SALLEH SAH SUAMI ISTERI
Tahniah diucapkan kepada Amar Asraf dan Arna Salleh yang telah sah bergelar pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja.
Sebentar tadi Amar sendiri telah mengesahkan melalui twitternya bahawa beliau telah selamat bergelar suami kepada Arna.Dengan ayat yang berbunyi :
Berdebar-debar tadi. Namun dengan hanya senafas saya telah bergelar suami
Amar Asyaraf telah menyerahkan Rm 13000 sebagai wang hantaran dengan Rm 1111 sebagai mas kahwin.Tahniah diucapkan.
Amar dan Arna tidak mengundang rakan media untuk majlis akad nikah namun untuk majlis yang akan diadakan di Melaka 17 Ogos nanti,mereka mengundang rakan media
Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan
- In: Artis Melayu
- Posted By: chinonet
- Comments: No comments
SANTAI ARTIS :: GAMBAR PERKAHWINAN ZAHID AF2 DAN SARAH JULIA
Tahniah! itulah ungkapan yang mampu kami ucapkan kepada pasangan mempelai Zahid AF2 dan pasangannya Sarah. Selain Amar Asyraf yang dinikahkan pada pagi tadi, seorang lagi artis tempatan telah selamat menikah iaitu Zahid peserta Akademi Fantasia musim kedua. Zahid AF 2 dinikahkan dengan Sarah di Teluk Intan.
Perkenalan antara Zahid, 32 dan Sarah Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter.
Berikut kami sajikan beberapa keping gambar ekslusif pernikahan Zahid dan Sarah yang kami ambil dari Facebook Fanpage Era FM.