Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

15 Aug 2012

FOTO SUSPEK BAKAR GADIS 16 TAHUN !! SEBARKAN !!



Nurul Firzanah dalam keadan kritikal dan dalam keadaan koma selepas berjaya diselamatkan oleh keluarga mangsa selepas menerima panggilan telefon dari Nurul sendiri.Perbualan semasa panggilan telefon tersebut 

“Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” ketika menghubungi ibu angkatnya.

Mangsa dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.Nurul dipercayai untuk keluar bersahur bersama teman lelakinya atas kebenaran ibu angkatnya.



539097_346167542136761_1603763915_n


Orang ramai yang mengenali suspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03-21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
KERJASAMA ANDA SANGAT DIHARAPKAN!!
MARI KITA BANTU BANTERAS JENAYAH!!

Read more…

11 Aug 2012

Polis Romania Guna JaguarXFR Banteras Pesalah Jalan Raya




ROMANIA - Polis Romania akan mewujudkan satu pasukan khas kereta Jaguar XFR yang akan digunakan dalam rondaan lebuh raya.

Penggunaan kereta berkuasa V8 5 Liter itu merupakan satu pendekatan pihak Polis Romania dalam usaha memerangi pesalah jalan raya yang melebihi had laju.

Kereta Jaguar XFR yang akan digunakan Polis Romania merupakan tajaan secara percuma dalam masa enam bulan oleh pengimport kereta.

Jaguar XFR berkuasa kuda 510 itu yang bernilai EUR 103,000 boleh mencapai 100 kilometer sejam dalam 5 saat.

Anggora polis yang akan memandu kereta tersebut telah dilatih oleh juara rally negara Romania Valentin PorciÅŸteanu.

Ini bukan kali pertama polis Romania menggunakan kereta berkelajuan tinggi untuk memerangi pesalah jalan raya.

Pada Ogos tahun lepas, Polis Romania menerima Lotus Evora S untuk digunakan selama dua tahun.

Read more…

10 Apr 2012

Kemalangan Kereta POLIS Malaysia..mmmmm

Kejadian kemalangan yang melibatkan kereta polis Malaysia yang jarang-jarang kita dapat lihat. Maklumat kejadian tidak diketahui. Apapun polis yang terlatih pun boleh kemalangan, inikan pula kita yang tak berapa nak hebat. Jadi, berhati-hatilah dijalan raya. Pandu Cermat, Jiwa Selamat.






Read more…

9 Apr 2012

SEMAKAN SAMAN POLIS DAN JPJ SECARA ONLINE DAN SMS

Untitled
Sebenarnya tahun lepas Admin kena saman sebab lesen mati. Tak sempat nak sambung tetiba je polis tu saman. So terpaksa lah akur kena saman jugak. Kalau ikutkan saman ni dah lama. Admin nak bayar saman tu hari tahun lepas dah tapi bila pergi mahkamah je pekerja dekat mahkamah cakap tarikh tu mahkamah tak bersidang. So Admin balik lah. Diam macam tu je. Tak bayar-bayar saman sampai sekarang.
Bukan apa Admin pergi mahkamah. Orang cakap kalau naik mahkamah kadar saman boleh dapat murah sikit sebab oleh buat rayuan. Kan? Lepas tu Admin tak nak ambil tahu dah pasal saman tu. Ingatkan saman tu terbatal macam tu je. Sekali check dengan internet. Ambik kau. Saman tu ada lagi. Tapi nasib baik saman tu murah je. RM150 je. Bilalah nak bayar saman tu ek? Murah-murah pun duit jugak kan? Melayang macam tu je duit nanti.
Sekarang ni kalau sape-sape yang nak check saman senang je. Semuanya dihujung jari je. Nak bayar saman melalui online pun boleh sekarang ni. Nak Admin tunjukkan macam mana cara nak check saman dan bayar saman? Ok. Admin tunjukkan macam mana.
1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI
2. Semakan saman PDRM melalui SMS:
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728
3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

4. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
 Nota Kaki: Untuk semakan saman PDRM secara online anda perlu daftar dahulu akaun anda sebelum semakan dan pembayaran saman melalui laman web itu.

Read more…

5 Apr 2012

Polis di Vietnam Tahan Mat Motor Guna Jala Ikan

TRIBUNNEWS.COM- Polis di Vietnam menangkap penunggang motor yang melanggar peraturan lalu lintas dengan menggunakan jala ikan.

Tran Van Thuc, ketua polis daerah Thanh Hoa, mengatakan pihaknya telah menahan lebih dari 100 penunggang motor yang membuat kesalahan di jalan-jalan.


Thuc juga mengatakan polis akan mengirimkan laporan terperinci soal metode penahanan seperti ini kepada Komisi Keselamatan Lalu Lintas dan badan-badan terkait lainnya.

"Kami akan meminta izin untuk meneruskan metode seperti ini," kata Thuc dilansir BBC Indonesia.

Pihak polis Thanh Hoa menerapkan taktik ini sejak 28 Oktober lalu bertepatan dengan hari pelancaran kempen keselamatan jalan raya.


Namun langkah ini menuai kritikan dan polis Thanh Hoa akan menghentikan sementara penggunaan jala ikan sambil mengkaji cara lain yang lebih efektif.

"Kami akan meminta para ilmuwan membantu menciptakan cara khusus untuk melemparkan jala ikan ke pengendara motor guna meningkatkan ketepatan dan keselamatan," kata Thuc.

Jaring ikan ini digunakan hanya untuk menangkap pengendara motor yang tetap ngebut walaupun telah diminta untuk berhenti.

Jaring ini dilempar ke arah penunggang kemudian diikat sehingga yang terkena tahan tidak melarikan diri.

Polis Thank Hoa mengatakan metode ini tidak menyebabkan pengunggang motor yang terjaring terluka atau menimbulkan kecelakaan.

Read more…

2 Apr 2012

Kerana disuruh bersihkan rumah,anak buat report ibu ke Polis

AACHEN - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menghubungi polis untuk mengeluhkan "kerja paksa" kerana disuruh ibunya membersihkan rumah.

Polis mengatakan bahawa kanak-kanak yang berasal dari Aachen, Jerman, itu menghubungi polis dari nombor kecemasan.

Dia mengatakan bahawa "Aku harus bekerja terus sepanjang hari, aku tidak punya waktu bebas," ujar kanak-kanak tersebut kepada polis.

Ibunya sendiri memang mengatakan bahawa anaknya selalu mengancam akan menghubungi polis kerana selalu disuruh membersihkan rumah pada saat dia cuti sekolah.

Ketika ditanyakan "kerja paksa" apa yang dimaksudkan, dia mengatakan bahawa dirinya dipaksa untuk membersihkan rumah .

"Anak itu selalu bermain sepanjang hari, dan ketika disuruh membersihkan rumah setelah dia bermain, dia selalu berkata disuruh kerja paksa," ujar sang ibu kepada polis, seperti dilapor BBC, Selasa (16/8/2011).(rhs)

Read more…