11 Aug 2012
- In: Polis
- Posted By: Anonymous
- Comments: No comments
Polis Romania Guna JaguarXFR Banteras Pesalah Jalan Raya
ROMANIA - Polis Romania akan mewujudkan satu pasukan khas kereta Jaguar XFR yang akan digunakan dalam rondaan lebuh raya.
Penggunaan kereta berkuasa V8 5 Liter itu merupakan satu pendekatan pihak Polis Romania dalam usaha memerangi pesalah jalan raya yang melebihi had laju.
Kereta Jaguar XFR yang akan digunakan Polis Romania merupakan tajaan secara percuma dalam masa enam bulan oleh pengimport kereta.
Jaguar XFR berkuasa kuda 510 itu yang bernilai EUR 103,000 boleh mencapai 100 kilometer sejam dalam 5 saat.
Anggora polis yang akan memandu kereta tersebut telah dilatih oleh juara rally negara Romania Valentin Porcişteanu.
Ini bukan kali pertama polis Romania menggunakan kereta berkelajuan tinggi untuk memerangi pesalah jalan raya.
Pada Ogos tahun lepas, Polis Romania menerima Lotus Evora S untuk digunakan selama dua tahun.
0 comments:
Post a Comment