Showing posts with label Eksiden. Show all posts
Showing posts with label Eksiden. Show all posts

10 Apr 2012

Kemalangan Kereta POLIS Malaysia..mmmmm

Kejadian kemalangan yang melibatkan kereta polis Malaysia yang jarang-jarang kita dapat lihat. Maklumat kejadian tidak diketahui. Apapun polis yang terlatih pun boleh kemalangan, inikan pula kita yang tak berapa nak hebat. Jadi, berhati-hatilah dijalan raya. Pandu Cermat, Jiwa Selamat.






Read more…

4 Apr 2012

[Gambar] Kemalangan ngeri di gilis trak

Sungguh ngeri..






Read more…

31 Mar 2012

Trak terbalik dan duit bertaburan atas jalan

Berjuta-juta syiling mata wang Kanada bertaburan di lebuh raya negara ini semalam, apabila sebuah trak keselamatan terbabas lalu melanggar batu granit di bahu jalan sebelum terbalik mengakibatkan dua orang cedera parah.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang waktu tempatan berhampiran Ramore, dekat Ontario, iaitu 635 kilometer barat laut Ottawa apabila sebuah kenderaan milik syarikat, Brinks terbabas sebelum berlanggar dengan dua buah trak lain dan sebuah van.

Polis Wilayah Selatan Porcupine Ontario, Konstabel Marc Depatie berkata, dua lelaki yang berada dalam trak Brinks dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun tiada kecederaan lain dilaporkan.


Read more…

30 Mar 2012

Remaja Maut Terperosok di Bawah Lori


SIBU: Seorang remaja di sini terbunuh selepas motosikalnya melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan paip di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, semalam.
 Mangsa yang maut berusia 20 tahun itu, dipercayai mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian yang difahamkan berlaku sekitar jam 10.10 pagi.

Kemalangan itu berlaku di salah satu selekoh kecil di jalan terbabit apabila mangsa dikatakan menuju ke arah Jalan Salim manakala lori terbabit difahamkan menuju ke Kanowit.
Motosikal yang ditunggang oleh mangsa difahamkan merempuh bahagian belakang lori terbabit sehingga menyebabkan mangsa terperosok ke dalam lori itu.

Paramedik yang bergegas ke tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian selepas beberapa minit ketibaan ambulans di kawasan kemalangan.
Trak tunda yang kebetulan melalui tempat kejadian kemudian membantu mengangkat bahagian belakang lori untuk mengeluarkan motosikal dan mangsa.
Jabatan Bomba kemudian membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Sehingga berita ini ditulis petang semalam, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan lagi dan kes masih dalam siasatan.

Read more…