Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

28 May 2013

SANTAI FILEM :: KOLEKSI KERETA FAST AND FURIOUS 6

Koleksi gambar kereta dalam filem Fast & Furious 6 yang tengah meletup di pawagam kini.

Ramp Car

1969 Dodge Charger Daytona


1970 Ford Escort RS1600

Lucra LC470


2011 Wide-Body Dodge Challenger

1971 Jensen Interceptor


2010 Nissan GT-R

1970 Plymouth Hemi ‘Cuda


2012 Dodge Charger SRT8

2010 BMW M5

Read more…

27 May 2013

SANTAI FILEM :: FLIP CAR FILEM FAST AND FURIOUS 6

Kenderaan paling tidak boleh dilupakan dari filem Fast 5 ialah Gurkha LAPV yang digunakan The Rock. Kenderaan paling tidak boleh dilupakan di dalam filem Fast and Furious 6 pula ialah Flip Car di bawah. Kenderaan buatan khas ini dihasilkan oleh penyelaras kenderaan Dennis McCarthy . Dennis sudah menjadi penyelaras kenderaan yang digunakan di dalam francais filem ini sejak Tokyo Drift. Pada asalnya Flip Car sepatutnya ialah sebuah trak berkuasa tinggi yang mampu menterbalikkan kenderaan tetapi pengarah Justin Lin mahukan sesuatu yang lebih Eropah. Dennis kemudian mereka sebuah kenderaan yang diilhamkan oleh sebuah kenderaan F1. Sebab itulah flip car dibina sangat rendah dan berbentuk seperti sebuah kereta F1. Sebanyak 7 Flip Car dibina bagi kegunaan pergambaran. Ia diperkasakan enjin 6.2 liter LS3 V8 General Motor dengan 480 kuasa kuda. Flip Car mampu membawa 3 orang penumpang dan mempunyai sistem stering 4 tayar bagi memudahkannya berpusing. 


Sumber : Edmunds

Read more…

6 Sept 2012

David Teo Mahu Terbitkan Lebih Banyak Filem Bercorak Islamik


PENERBIT filem terkenal tanahair, David Teo tanpa berselindung mengakui bahawa walaupun filem terbaru terbitannya, 'Salam Cinta' yang mengenengahkan filem bergenre Islamik mungkin tidak mampu mencatat kutipan pecah panggung, namun ia sama sekali tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menerbitkan filem berbentuk Islamik ini.

David yang ditemui pada Majlis Pra-tonton filem 'Salam Cinta' di Sunway Pyramid malam semalam, turut menyifatkan, penghasilan sesebuah naskah atau filem bercorak Islamik bukanlah sesuatu yang mudah seperti filem bergenre lain kerana ia memerlukan pemahaman dan pengetahuan yang tepat berlandaskan ajaran Islam.

"Filem berbentuk dakwah atau Islamik ini bukanlah satu genre yang senang dihasilkan, ramai penerbit dan pengarah di negara ini tidak berani untuk menghasilkan filem sebegini. Ia bukan saja dilihat dari segi penghasilan, namun faktor untung juga turut diambil kira.

'Salam Cinta' arahan Azhari Zain merupakan filem ke-63 terbitan Metrowealth Movies Production dan merupakan filem Islamik terbaru yang pernah dihasilkan oleh produksi tersebut selepas filem Islamik pertama, 'Syukur 21' pada tahun 2000.

Tambah David, dengan penerimaan positif para penonton terutamanya sambutan daripada peminat filem bergenre Islamik, dia berhasrat untuk menerbitkan lebih banyak filem bergenre ini untuk tatapan umum.


 "Tahun ini hanya sebuah filem Islamik diterbitkan, tapi pada tahun hadapan saya berhasrat untuk menambah pengeluaran filem Islamik daripada lima ke 10 buah setahun. Kalau sudah tidak ada sesiapa yang mahu  buat,biar saya yang buat.

"Biar tidak untung, asal jangan bagi rugi saya, itu sudah memadai," ujarnya berseloroh.

David turut memuji keberanian pengarah filem ini, Azahari Zain yang sebelum ini pernah mengarahkan filem bergenre sama, '7 Petala Cinta' kerana berani menyahut cabaran mengarahkan filem ini.

"Seperti yang saya kata tadi, ramai pengarah yang tidak berani mengarahkan filem sebegini dan saya puji keberanian Azhari yang tidak pernah patah semangat untuk terus menghasilkan filem berunsur dakwah," Jelas David.

David turut melihat filem ini seakan mengambarkan transisi heroin filem ini yang juga bintang kelahiran Metrowealth, Diana Amir suatu ketika dulu sebelum mengambil keputusan mengenakan hijab.

"Sebelum ini, Diana Amir tampil dengan penampilan agak seksi menerusi filem pertamanya, 'Aku Masih Dara' terbitan Metrowealth, dan kini dalam filem kedua lakonannya, 'Salam Cinta' pula, Diana tampil lebih sopan mengenakan tudung. Ia secara langsung memperlihatkan Diana sebelum dan selepas berhijrah," ujar David tersenyum.

'Salam Cinta' yang membariskan lakonan mantap barisan pelakon seperti Kamal Adli, Diana Amir, Syk Balas serta ramai lagi bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 Spetember ini.

Antara filem-filem MIG yang turut menemui penonton tidak lami lagi adalah seperti 'Aji Noh Motor' (20 September 2012, 'Taikun' (4 Oktober 2012), 'Aku Terima Nikahnya' (11 Oktober 2012), 'Pe-3' (18 Oktober 2012), 'Budak Pailang' (1 November 2012) dan 'Ajiboy' pada 8 November ini.

Read more…

5 Sept 2012

8 BUAH FILEM TEMPATAN SEPANJANG SEPTEMBER 2012!!




Skim Wajib Tayang yang memperuntukkan 2 buah filem tempatan seminggu sejak ia diperkenalkan nyata menjadikan filem tempatan sebagai satu 'lambakkan dalam dunia sinema' . Filem dilihat sebagai satu komuniti dagangan yang komersial mahupun sebagai medium penceritaan dalam sesuatu naskhah yang memerlukan 'kajian teliti atas pemahaman sesebuah karya', sering kali dipelopori oleh golongan tertentu. Filem saban hari ditonton oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira batas usia, jantina dan kedudukan. Filem antarabangsa termasuk dari Hollywood, Thailand, Korea, Indonesia, dan sebagainya antara pencabar kepada skim wajib tayang yang menayangkan 2 buah filem seminggu di beberapa pawagam tempatan. Cabaran ini boleh memusnahkan sinema tempatan kerana filem hari ini semakin murah dan rendah kualitinya dibiarkan bermaharajalela di beberapa pawagam tempatan seluruh Malaysia.


Sebanyak 8 buah filem tempatan ; bermakna setiap seminggu akan ada 2 buah filem tempatan ditayangkan sepanjang September 2012. Penayangan filem ini boleh dilihat dari sudut positif, tetapi ia juga boleh dipandang dari sisi negatif, sekiranya industri filem tempatan tidak dikawal sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Pihak Finas perlu memastikan pihak pawagam mengikut peruntukkan tayangan bagi sesebuah filem tempatan yang ditayangkan di pawagam tempatan, bukannya membiarkan nilai sesebuah filem ditarik balik tayangannya oleh beberapa pawagam, memandangkan terlalu banyak filem bersaing sesama sendiri di beberapa pawagam seluruh tanah air.


'
Hantu Air, Salam Cinta, Kepong Gangster, Halim Munan, Untuk Tiga Hari, Aji Noh Moto, Sofazr The Movie: Jiwa Kacau dan Hantu Kapcai' antara 8 buah filem tempatan akan menemui penonton di seluruh pawagam tempatan di sepanjang bulan September 2012. Kelapan-lapan filem ini pastinya mempunyai pelbagai cerita dan penontonnya tersendiri. Diharapkan filem-filem ini tidak tandus di pertengahan jalan, memandangkan terlalu banyak sangat filem tempatan yang akan bersaing dengan filem-filem besar dari seluruh pelusuk negara. Apa yang pasti, pihak Finas perlu mengkaji apakah relevannya seminggu 2 filem di pawagam memandangkan ketika ini kutipan filem tempatan kita agak merosot, cuma ada juga filem tempatan kita yang mampu menarik minat penonton sepertimana yang dibuktikan Syafiq Yusof menerusi filem SAM.


Wallahuallam.

HANTU AIR

SALAM CINTA

KEPONG GANGSTER

HALIM MUNAN

UNTUK TIGA HARI

AJI NOH MOTO

SOFAZR THE MOVIE : JIWA KACAU

HANTU KAPCAI

Read more…

1 Sept 2012

Cicak-Man 3 Versi 3D akan Memulakan Pengambaran Oktober ini.



KRU Studio sekali lagi membawa pembaharuan dalam industri perfileman negara apabila berjaya menghasulkan sebuah filem dalam bentuk 3D berjudul "29 Februari" pada 30 Ogos lepas. Selepas melihat filem 3D ini mampu membawa pembaharuan dalam industri tempatan, KRU Studio akan menghasilkan filem 'Cicak-Man 3' dalam 3D yang akan memulakan pengambaran pada bulan Oktober ini.

Menurut Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, filem "Cicak-Man 3" ini tidak akan dirakam menggunakan kamera dua lensa seperti yang dilakukan pada filem "29 Februari", sebaliknya hanya akan menggunakan satu lensa, dan pengalihan ke bentuk 3D hanya akan dilakukan ketika proses pasca produksinya.

"Dengan cara itu, kos penggambaran dapat dijimatkan, walaupun perbelanjaan ketika proses pasca produksi dijangka lebih tinggi," kata Norman.

Tambahnya, filem "Cicak-Man 3" ini bakal memperlihatkan perubahan besar pada barisan pelakon, namun Norman enggan mendedahkan dahulu pelakon yang bakal membintangi filem adiwira itu.

Yusry akan kembali mengarah filem ketiga "Cicak-Man", dimana ia merupakan filem kelima arahannya selepas "Cicak-Man", "Cicak-Man 2", "Hikayat Merong Mahawangsa" dan "Vikingdom".

Sementara itu, Norman memberitahu, mereka akan menggunakan kepakaran luar untuk arahan aksi.

"Rekaan aksi kita belum mencapai tahap antarabangsa. Jadi kami gunakan dulu pelakon lagak ngeri utama dari luar. Dengan cara ini, kita dapat belajar daripada kepakaran luar ini," kata Norman yang sebelum ini pernah menggunakan pakar lagak ngeri luar negara untuk filem "My Spy", "Merong Mahawangsa", dan "Vikingdom"

Read more…

19 Aug 2012

'Tanda Putera' Ditunda Ke 15 November


SELEPAS pelbagai kontroversi melanda filem terbaru arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba, "Tanda Putera", pengarah terkenal itu tampil memberi penjelasan mengenai khabar angin tentang penangguhan tarikh tayangan yang kini dengan tarikh baru iaitu 15 November 2012.

"Tarikh ini telah diberikan kepada kami oleh FINAS. Isu tarikh 13 September itu bukanlah isu buat kami dan kami gembira dengan tarikh yang baru ini. Kami percaya dengan cuti sekolah yang bermula ketika itu bersesuaian dengan tarikh tayang, sekaligus memberi peluang kepada kami untuk merangka promosi. Kami berterima kasih kepada FINAS kerana membantu," ujar Shuhaimi Baba atau mesra dengan panggilan Shumi di kalangan peminatnya.

Di samping mengumumkan tarikh tayangan baru "Tanda Putera", Shumi turut mengadakan sidang media khas ini untuk mengetepikan kontroversi serta kritikan sesetengah pihak.
Menurutnya, ada dakwaan yang mengatakan satu watak ketua pembangkang DAP turut dimasukkan dalam filem itu, tetapi Shumi menegaskan bahawa "ia tidak benar"

"Sejak treler filem berdurasi 90 saat diriliskan, terdapat banyak dakwaan tidak benar dan tidak berasas oleh orang ramai di internet terutama sekali mereka yang masih belum menonton filem tersebut dan juga bukan peminat filem tempatan. Malah ada yang meminta agar filem yang mereka belum tonton untuk diboikot.

"Kami akan mempertahankan filem kami kerana ia adalah hak sebagai seorang pembikin filem dan juga kerja keras daripada semua penerbit dan barisan pelakon. Rakyat Malaysia, kita lebih baik daripada ini. Jangan mengkritik hanya kerana orang lain berbuat demikian atau ia melanggar kepercayaan anda. Ini adalah sebuah produk filem dimana penyelidikan mendalam telah dilakukan," jelasnya lagi.

"Tanda Putera" dibintangi oleh Rusdi Ramli, Faezah Elai, Zizan Nin dan Linda Hashim. Filem ini mengisahkan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Razak (Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Ismail (Zizan Nin), persahabatan mereka serta usaha mereka dalam memulihkan keadaan negara selepas rusuhan sehinggalah menghembuskan nafas terakhir mereka

Read more…

4 Apr 2012

Filem anti Facebook yang popular di Facebook


Sebuah filem dengan tema anti-Facebook ternyata malah popular di Facebook. Seperti apa?

Seperti yang dikutip dari Scotsman, filem berjudul "You Need to Get Off Facebook" itu telah menjadi salah satu sensasi internet terbaru, dengan majoriti orang melihatnya di Facebook.

Filem YouTube tersebut dibuat oleh seorang guru dari Skotland yang tinggal di Korea Selatan. Filem ini bercerita tentang bahaya menggunakan situs jejaring sosial. You Need to Get Off Facebook di YouTube sudah ditonton oleh lebih dari 2,5 juta kali.

You Need to Get Off Facebook yang berdurasi enam minit tersebut berisi pesan-pesan bertuliskan 'Anda tidak memiliki 852 teman, 'Orang-orang ini sedang melihat dan menilai foto anda'.

Ross Gardiner, 24 tahun, dari Ballachulish, yang membuat filem You Need to Get Off Facebook.

Filem You Need to Get Off Facebook ditayangkan dalam sebahagian acara dokumenteri BBC2 mengenai pendiri Facebook, Mark Zuckerberg. Ironisnya, ribuan orang memposting filem tersebut di profil Facebook mereka.

Gardiner mengakui bahawa dulu ia sangat ketagih dengan Facebook. Kini ia tidak lagi menggunakan Facebook.
Selain itu Gardiner juga sangat tersanjung atas besarnya respon dari filem tersebut. "Saya tidak habis fikir, mengapa responnya boleh sebesar itu," ungkapnya.

Berikut Film You Need to Get Off Facebook diambil dari youtube :


Read more…