Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

8 Jun 2013

SANTAI NGERI :: BERKAYAK BERDEKATAN LELEHAN LAVA GUNUNG BERAPI

 

Menang satu kerja gila dan membahayakan diri yang telah dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang bernama Pedro Olivia, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry dari Brazil. Mereka berkayak berhampiran lelehan lava gunung berapi di gunung berapi Kilauea, kepulauan Hawaii.



Bukan setakat itu sahaja, mereka menjelajahi di persisiran pantai yang berdekatan dengan lava ini malah mahu menguji suhu lava yang boleh mencecah 700 darjah celsius sehingga 1100 darjah Celsius. Lihat sahaja aksi lagak beliau ini, ia cukup membahayakan. 



Untuk pengetahuan anda, ancaman terbesar mereka lakukan aksi ini adalah berdepan dengan gas beracun disaat lava menghempas ke dalam air laut. Air laut tersebut boleh membuatkan tangan anda terbakar bila mengenanya.

Read more…

7 Jun 2013

SANTAI NGERI :: ROLLER COASTER YANG DIREKA UNTUK MEMBUNUH PENUMPANG

Tahukah anda apa itu euthanasia? Euthanasia adalah satu proses mengambil nyawa seseorang dengan tujuan untuk menamatkan sakit dan penderitaan. Ianya juga disebut sebagai mercy killing.

Proses euthanasia yang mendapat kebenaran daripada pesakit dibenarkan menurut undang-undang di sesetengah negara, manakala yang tidak mendapat kebenaran atau secara paksaan adalah diharamkan di mana-mana negara. Terdapat beberapa cara untuk melakukan proses ini, namun satu rekaan konsep roller coaster ini dibina bertujuan untuk mematikan seseorang dalam keadaan ghairah (huh?).

'Euthanasia Coaster' yang direka oleh Julijonas Urbonas, seorang bakal pelajar PhD di Royal College of Art in London ini direka untuk mematikan seseorang di "dalam keadaan elegan dan ghairah". Roller coaster ini direka dengan kepanjangan setengah kilometer, berketinggian kira-kira 500 meter dan perjalanannya mengambil masa selama 3 minit untuk ditamatkan. 

Anda tertanya-tanya bagaimana dengan menaiki roller coaster ini mampu membunuh seseorang? Trek roller coaster ini terdiri daripada satu puncak tinggi dan tujuh gelung yang bersambung, di mana apabila dinaiki ianya akan menghasilkan daya sebanyak 10 Gs pada kelajuan 360 kilometer sejam dalam masa satu minit. Ianya akan menyebabkan otak penumpang tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana jantung tidak mampu mengepam darah melawan g-force yang terlalu tinggi. 

Tapi tahukah anda apa yang lebih menakutkan? Dalam masa 3 minit untuk menamatkan perjalanan roller coaster ini, 2 minit dihabiskan hanya untuk menaiki puncak yang tinggi tersebut sebelum menjunam ke bawah. 



 

Untuk masa sekarang, Euthanasia Coaster masih kekal sebagai sebuah model dan Urbonas beranggapan ianya tidak akan dibina buat masa sekarang. Rasanya ianya lebih sesuai jika digelar suicide coaster. Kalau roller coaster ini dibina satu hari nanti, terasa nak naik? 

Sumber : Discovery News

Read more…

18 May 2013

SANTAI NGERI :: APA BENDA NI ?

Harap-harap kes macam ni tak kan jadi kat tempat kita.. kalau ada, tak tau apa akan jadi. Tapi, apa benda ni?

Gambar-gambar ni menunjukkan satu kawanan nyamuk yang bapak besar ditemui di Belarus. Kawanan ni bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan mujur la tak dak sapa yang kena sedut darah sampai kering. Ngerinya...

















Read more…

16 Oct 2012

Wanita Ini Tertusuk Batang Kaktus Pada Lehernya

Saya tidak tahu insiden tragis ini terjadi di mana, seorang wanita mengalami kemalangan yang sangat mengerikan di mana lehernya tertusuk batang kaktus yang tajam dan berduri. Beruntung batang kaktus tidak merobek saluran darah utama dalam lehernya, jika itu berlaku, maka sama saja wanita ini seperti di sembelih dengan batang kaktus tersebut.

Begitulah ajal yang kelihatannya sudah sangat dekat menghampiri seseorang namun tidak terjadi, kerana ajal bukanlah manusia atau keadaan yang boleh menyebabkan, Tuhanlah yang punya keputusan atas ajal sesiapa di muka bumi ini. Begitupun ajal boleh saja terjadi atas diri seseorang walaupun orang tersebut berada pada tempat yang sangat aman menurutnya








Read more…

13 Aug 2012

Gambar-Gambar Proses Pembedahan Plastik Pada Muka!!

Fotografer Cheng Chang telah mencipta desain terperinci dunia pembedahan plastik. Dia mengambil gambar lima gadis yang bersaing untuk tajuk "Model pembedahan kosmetik," keempat Korea. Ini seperti pertandingan, sponsor dari klinik yang disebut "Kecantikan Kawasan" - Shinsa kawasan. Dengan populasi 50 juta orang dan luas sedikit lebih dari Ohio, Korea Selatan ini dengan cepat menjadi pusat dunia untuk bedah kosmetik.










Read more…

12 Aug 2012

13 mati Di panah Petir selepas Solat Tarawih


SYLHET, Bangladesh - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah petir di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih.

Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid.

Ada mangsa yang mati di tempat kejadian, sementara mangsa lain meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.

Imam yang mengetuai solat tarawih pada malam itu turut maut.

Sylhet terletak kira-kira 192 kilometer dari ibu negara Bangladesh, Dhaka.

Read more…

11 Aug 2012

Ngeri!! Bom Depan mata!!



Unit Pemusnah Bom merupakan satu unit khas yang terdiri daripada anggota polis yang mempunyai kepakaran untuk mencari dan memusnahkan bom yang mengancam keselamatan awam.

Setiap pasukan polis di seluruh dunia pasti mempunyai unit khas seperti ini.Antara tugas utama yang perlu dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom ini ialah :

1) Mencari dan mengenalpasti kedudukan dan jenis bom

2) Selepas itu,bom akan dimatikan dan dibawa ke tempat yang selamat sebelum dimusnahkan

Namun tidak semua perkara yang dirancang menjadi.Ada juga yang tidak bernasib baik apabila bom yang ingin dimatikan meletup di depan mata!Semua ini kerana ingin menyelamatkan orang awam daripada menjadi mangsa.

Video yang dipaparkan adalah dirakam dinegara jiran Thailand.Saksikan secara live bom meletup di depan mata.Walaupun saiznya hanya dapat dimuatkan di sebuah motor kapcai namun ia tetap menyayat hati - 




Read more…

8 Aug 2012

Inilah akibat suka ponteng sekolah!Bahu tertusuk pagar!!


BEIJING – Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.

Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah. De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya. Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.

Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah. Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya. 

Read more…

7 Aug 2012

Ngeri!! Isteri ‘Cangkulkan’ Kepala Suaminya!!

Apabila Isterinya 'Cangkulkan' Kepala Suaminya... 

Pada suatu hari, Maria Savez telah dapat mendapat tahu yang suaminya mempunyai hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka.
Malah, dia berjaya menemui mereka sedang berdua-duan di dalam bilik.
‘Hangin’ satu badan, Maria pun berlari kedalam garaj dan mengambil cangkul…lalu ‘dicangkulnya’ kepala suaminya  itu .
Cangkul tersebut tertusuk TEPAT di kepala suaminya.
Suaminya telah di bawa ke hospital selepas kejadian berkenaan.


Pembedahan itu mengambil masa selama 6 jam dan ajaibnya,  dia hidup serta dalam keadaan stabil.
Dia menjalani kehidupan macam biasa selepas sembuh.
Tetapi bagaimana pula dengan nasib Maria?
Hehehe, dah ‘ke dalam’ ler bro…

Read more…

6 Aug 2012

Akibat Salah Jump Beteri!

Mungkin ada segelintir daripada kita menganggap melakukan proses jumper adalah satu perkara yang biasa. Namun jika tersilap langkah, berkemungkinan ia boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.
Sekiranya kita mahu melakukan jump startkereta, perkara utama yang perlu dilakukan adalah mendapat kabel jumper. Tetapi kabel tersebut mestilah yang betul-betul diiktiraf dan selamat digunakan. Boleh lihat gambar di bawah ini, apabila dua buah kereta melakukan proses jump start, secara tiba-tiba kedua-dua kereta mereka meletup dan mengakibatkan kerosakan enjin yang teruk.

Read more…

4 Aug 2012

[video]Ular Mati Selepas Gigit Payudara Silikon!!!

SEEKOR ular sawa telah mati akibat mengigit payudara seorang model. Kejadian ini berlaku apabila model tersebut sedang bermain-main dengan ular tersebut termasuklah cuba menjilatnya sambil membiarkan melilit-lilit sekitar tubuhnya. 
Ketika model itu cuba melepaskan dari lilitan tersebut, dengan tiba-tiba ular tersebut mengigit sebelah payudara model tersebut.
Menurut beberapa sumber, ular tersebut mati beberapa ketika selepas ia mengigit payudara model tersebut dipercayai kerana keracunan silikon dari implan yang digunakan.

Read more…

Ngeri!! Teknologi perubatan zaman dahulu

Masyarakat sekarang bertuah kerana saat ini teknologi dan kejuruteraan perubatansemakin memberangsangkan dan meningkat naik. Pernah anda terbayang bagaimana rupa alatan perubatan yang digunakan 200 – 500 tahun dahulu? Sekali tengok kelihatan seperti alat mekanikal untuk pembinaan, tetapi tujuannya khas untuk pembedahan manusia:)

1. Tobacco Enema (1750-1810)
Digunakan dalam dunia perubatan ketika itu untuk memasukkan asap tembakau ke dalam dubur mangsa-mangsa yang mati lemas. Dipercayai memasukkan asap tembakau dapat membuatkan mangsa-mangsa yang dah mati, kembali bernafas. ???

2. Artificial Leech(1840)
Digunakan dalam hal perubatan mata dan telinga. Hmmm ganas sehh!
3. Double Guillotine (1860)
Di gunakan ketika pembedahan membuang tonsil.
4. Screw Gag (1880-1910)
Digunakan untuk memaksa pesakit membuka mulut ketika rawatan. Fuhhh!
5.Saw (1830-1860)
Gergaji berantai khas digunakan untuk memotong bahagian badan yang tiada harapan lagi. Bedah pun tak guna, potong je. Ngeri habis..
6. Knive For Cutting (1770)
Pisau dan gunting yang biasa digunakan semasa pembedahan ketika itu.
7. Manual Trepanation Skull (1800)
Alat yang biasa digunakan untuk menebuk lubang di tengkorak atau bahagian kepala lain semasa pembedahan kepala dijalankan
8. Tools For Operations On Hemorrhoids And The Uterus (1870)
9. Combating Hernia (1850)
Alat ini dimasukkan ke dalam bahagian badan yang diserang hernia dan dibiarkan selama beberapa minggu. Luka dalam badan akibat daripada alat ini dipercayai akan menyembuhkan hernia.
10. Tool To Extract the bullet (1500)
Alat yang digunakan untuk mengeluarkan peluru daripada bahagian badan yang ditembak.

Read more…

Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup

Muka lawa, ada rupa tetapi sanggup menganiaya binatang tanpa rasa belas kasihan. Seekor anjing dibunuh dan disiat-siat kulitnya untuk dimasak sup seakan-akan sup tulang lembu. Lihat wanita ini berposing dengan anjing yang sudah mati.
bunuh+anjing Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup
Gadis+masak+anjing1 Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup
Gadis+masak+anjing2 Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup
Gadis+masak+anjing3 Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup
Gadis+masak+anjing4 Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup
Gadis+masak+anjing5 Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup
Gadis+masak+anjing6 Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup
Gadis+masak+anjing7 Gambar Wanita Cantik Tapi Sangat Kejam Bunuh Anjing Buat Sup

Read more…