31 May 2013

SANTAI INFO :: 10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA

Kita semua pasti suka dengan kepelbagaian makanan di Malaysia terutamanya nasi lemak dan roti canai. Tetapi adakah kita tahu kandungan kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung di dalam makanan tersebut? Sekiranya diambil tanpa kawalan, makanan-makanan ini boleh menyebabkan kegemukkan.


1. Nasi Lemak


Nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia. Bukan sahaja diambil pada waktu pagi, malah untuk makan tengahari dan makan malam. Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat, protein dan lemak. Ia juga mengandungi lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. 

Hidangan lengkap sepinggan nasi lemak mengandungi lebih kurang 450 hingga 500 kalori. Lebih menggemukkan apabila makan bertambah dan kadang-kala ada ayam goreng yang mengandungi 240 kalori, sambal sotong yang mengandungi 170 kalori atau pelbagai jenis lauk lain. Untuk resipi nasi lemak yang lebih sihat, klik di sini

2. Roti Canai


Roti canai dengan kuah kari adalah makanan paling laris pada waktu pagi, bertambah enak jika dimakan bersama dalca dan sambal tumis. Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori, jika dua keping bersamaan dengan 600 kalori. Tidak termasuk dengan kuah kari, dalca dan sambal tumis. 


3. Nasi Goreng 


Biasanya sepinggan nasi goreng mengandungi lebih kurang 630 kalori. Ia menjadi kurang seimbang kerana nasi tersebut digoreng dengan menggunakan minyak, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur. Nilai kalori lebih tinggi kepada lemak dan karbohidrat, untuk lebih sihat cuba makan tidak lebih daripada segenggam tangan.

4. Ais krim


Ais krim sememangnya sedap dan menyejukkan, lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Namun, harus diingat ais krim mempunyai nilai lemak, gula dan kalori yang tinggi. Dua scoop ais krim mengandungi 380 kalori. Jika ingin membuat sendiri aiskrim yang lebih sihat dan rendah kandungan kalori, lihat resipi ini

5. Burger 


Semua jenis burger mempunyai nilai kalori yang tinggi. Satu hidangan burger biasanya terdiri daripada keju, sos cili, mayonis dan lebih istimewa di tambah dengan sebiji telur yang mengandungi lebih kurang 475 kalori.

6. Mee kari 


Hidangan mee kari pastinya menyelerakan tetapi mengandungi lebih kurang 500 kalori. Seeloknya gantikan mee kari dengan hidangan mee sup yang hanya mengandungi 380 kalori. Atau untuk resipi mee kari yang lebih sihat lihat di sini

7. Makanan bergoreng


Ramai yang suka makan makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, mee goreng dan sebagainya. Sekeping pisang goreng sahaja mengandungi 170 kalori. Nilai kalori akan lebih meningkat jika menggoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus atau memanggang.

8. Susu Pekat Manis


Susu penuh krim mempunyai sumber kalsium tetapi ia juga mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan pastinya kurang elok untuk kita. Satu sudu susu pekat manis biasanya mengandungi lebih kurang 60kcal. Seeloknya gantikan dengan susu rendah lemak yang kurang kandungan lemak.

9. Roti Manis dan Donut


Roti manis seperti roti krim, roti coklat atau donut sememangnya tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. Sebiji donut mengandungi 200kcal, sekiranya kita makan satu dozen yang mengandungi 6 biji donut pastinya mengandungi 1200kcal. Pemakanan tanpa kawalan pasti boleh memberi kesan kegemukan.

10. Mayonis


Mayonis sememangnya sedap jika dimakan bersama salad. Namun, jangan diambil terlalu banyak kerana suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori atau 40gram lemak. Penggemar mayonis perlu kurangkan pengambilannya untuk kekal sihat dan tidak mengalami masalah kegemukkan.


Sebenarnya semua makanan yang disenaraikan diatas tidak akan mendatangkan kesan kegemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal. Jika kita mengambil semua makanan ini tanpa mengambil kira kalori dan lemak yang terkandung di dalamnya, pasti kita akan berdepan dengan risiko kegemukan. Oleh itu, kira harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment