31 May 2013

SANTAI DUNIA :: MUZIUM MANGSA LEDAKAN GUNUNG MERAPI

Gunung Merapi meledak pada 10 November 2010 dan mengakibatkan 352 orang tekorban dan lebih 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Ledakan pada tahun 2010 adalah ledakan terkuat gunung berapi ini sejak direkodkan pada tahun 1872. Selepas ledakan, ketinggian Gunung Merapi berkurangan sebanyak 38 meter. Kebanyakkan kerosakan berlaku akibat aliran pyroklastik yang turun dari bukit. Akibatnya rumah penduduk hangus terbakar oleh aliran debu dan batuan yang panas ini. Seorang mangsa yang dikenali sebagai Wati membuka Musium Sisa Hartaku di bekas tapak rumah beliau. Muzium ini menempatkan segala harta benda beliau yang musnah akibat ledakan 2010. Boleh tengok kaca cair dan bangkai lembu. 



Sumber : Id.Yahoo

0 comments:

Post a Comment