24 May 2013

SANTAI BERITA :: PENDAKI JEPUN, MANUSIA TERTUA TAKLUKI GUNUNG EVEREST

GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukkan Yuichiro Miura (kanan) dan anak lelakinya, Gota sebelum mereka memulakan pendakian ke puncak Everest.


KATMANDU, Nepal - Seorang pendaki gunung berusia 80 tahun dari Jepun menjadi manusia tertua sampai ke puncak Gunung Everest semalam.

Menurut seorang pegawai agensi pendakian Nepal, Yuichiro Miura tiba di puncak gunung tertinggi di dunia itu pada pukul 9.05 pagi waktu tempatan.

"Saya berjaya!" kata Miura melalui telefon kepada agensi penyiaran Jepun, NHK semasa berada di puncak Everest.

"Saya tidak pernah menyangka dapat menakluki gunung ini pada usia 80 tahun," tambahnya.

Dia mendaki bumbung dunia itu dengan dibantu oleh anak lelakinya dan beberapa penunjuk arah tempatan.

Rekod kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh warga Nepal, Min Bahadur Sherchan yang menakluki puncak Everest ketika berusia 76 tahun pada 2008.

Rekod Miura juga dijangka tidak akan bertahan lama kerana Sherchan, 81, akan memulakan pendakiannya ke puncak Everest dari bes kem pada minggu depan. - Agensi

0 comments:

Post a Comment