JUSTIN BIEBER yang dikatakan bakal menganjurkan sebuah parti besar-besaran di kediaman mewahnya dalam masa terdekat ini bagaimanapun mengejutkan bakal para tetamunya dengan ugutan saman.
Menurut laporan TMZ, Bieber telah meletakkan syarat bahawa setiap tetamu yang menghadiri parti anjurannya nanti di Casa De Bieb, Calabasas, California bakal berhadapan dengan saman bernilai
AS$5 juta (RM16 juta) jika mendedahkan tentang apa yang berlaku di situ.
"Ia bukan sebarang ugutan tetapi yang telah didokumenkan dengan amaran bahawa semua yang terbabit dengan parti akan disaman jika mendedahkan sebarang fakta tentang apa yang berlaku di situ.
"Larangan itu termasuklah tidak boleh mendedahkan tentang karakter Justin atau para tetamunya termasuk dari segi fizikal, falsafah dan kerohanian," kata sumber kepada TMZ.
Tambah sumber, dokumen tersebut menyebut dengan jelas bahawa sesiapa yang melanggar sebarang larangan yang telah disenaraikan itu secara automatik akan dikenakan saman sebanyak AS$5 juta.
"Bukan itu sahaja....ada lagi. Jika pendedahan tentang parti tersebut dibuat menerusi Twitter akan dikenakan saman sebanyak AS$5 juta. Jika menerusi blog, juga AS$5 juta. Begitu juga Instagram, AS$5 juta," ujarnya.
Fakta majlis anjuran Bieber menyatakan bahawa terdapat beberapa aktiviti yang 'mempunyai potensi bahaya dan tidak digalakkan menyertainya kecuali terlatih serta memiliki kesihatan yang mantap.
Antara risiko bahaya yang bakal dihadapi adalah dari kecederaan kecil hingga yang serius, termasuk kematian.
Tambah sumber dalam nada sinis: "Selebriti lain pun banyak yang anjurkan majlis tetapi tidak melampau dan seperti sengaja digembar-gemburkan seperti yang bakal dianjurkan Bieber itu nanti."
Sumber : http://www.kosmo.com.my
0 comments:
Post a Comment