18 May 2013

SANTAI BERITA :: DUA MASJID DIBOM, 20 TERBUNUH


ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 50 lagi cedera apabila bom berkembar meletup di dua masjid Sunni di wilayah Malakand, tengah hari tadi, lapor agensi berita Xinhua yang memetik media tempatan.

Siaran TV Urdu, Dunya melaporkan dua bom meletup pada masa yang hampir sama iaitu kira-kira 2 petang (waktu tempatan) dalam kawasan Bazdara Bala di Malakand, iaitu bandar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. 

Pihak berkuasa ketenteraan mengesahkan bom pertama meletup sebelum solat Jumaat dan disusuli letupan kedua ketika Muslim sedang bersembahan di sau lagi masjid dalam kawasan yang sama. 

Satu daripada bangunan masjid berkenaan musnah sama sekali dengan sekurang-kurangnya lapan tertimbus di bawah runtuhan manakala satu lagi masjid rosak teruk.

LELAKI ini menerima bantuan perubatan di hospital berikutan serangan bom berkembar di kawasan Dargai, wilayah Malakand. FOTO AFP

Mereka yang cedera dipindahkan ke Dargai Hospital dengan sebahagian daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Tujuan pengemboman masih belum dikenal pasti tetapi media tempatan memetik saksi yang mendakwa serangan itu dilakukan mereka yang berani mati. 

Sehingga ini, tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. 

Polis pula sudah menyekat dan mengekang kawasan berkenaan daripada keluar masuk bagi melakukan siasatan.

Presiden Asif Ali Zardari mengutuk serangan berkenaan dan meminta pegawai dan kakitangan perubatan yang terbaik untuk merawat mereka yang cedera., 

Pengerusi Liga Muslim Pakistan, Nawaz Sharif turut mengutuk letupan berkenaan. 

Sumber : Bernama

0 comments:

Post a Comment