18 May 2013

SANTAI TEKNOLOGI :: YOTAPHONE : TELEFON PINTAR DENGAN DUA SKRIN

Yotaphone ialah sebuah peranti pintar Android dengan dua skrin. Skrin utama ialah skrin LCD biasa manakala skrin dibahagian belakang telefon ini ialah skrin E-Ink seperti yang ada pada Kindle. Ketika dalam mod terkunci paparan E-Ink ini boleh menunjukkan ramalan kaji cuaca, pasaran saham ataupun status terkini media sosial teman anda. Kerana E-ink menggunakan voltan yang kecil ia tidak akan memendekkan jangka hayat peranti anda seperti skrin LCD yang diguna pakai sekarang. 

Yotaphone diperkasakan dengan pemproses dua teras 1.5 Ghz, RAM sebesar 2 GB, kamera 12 Megapixels, skrin sebesar 4.3" dan sistem operasi Android Jellybeanterkini Google. Ia juga dilengkapi bateri sebesar 2100 mAh bagi memastikan penggunaan sepanjang hari. Tiada maklumat lanjut maupun harga jualan buat masa ini tetapi peranti dari Russia ini dikatakan bakal memasuki pasaran Eropah Febuari depan. Nampak menarik.



0 comments:

Post a Comment