17 May 2013

SANTAI ARTIS :: NORISH KARMAN TUNTUT HARTA SEPENCARIAN 3 JUTA

Permohonan harta sepencarian Norish ditangguh Jun depan


SHAH ALAM - Permohonan harta sepencarian RM3 juta oleh pelakon Norish Karman Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam terpaksa ditangguh pada 24 Jun depan selepas bekas suaminya gagal hadir bagi kes yang telah berlarutan sejak 2009 itu.

Hakim Mohammad Adib Husain menetapkan tarikh ter sebut selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Norish, 37, untuk memasukkan hujahan kes bagi menjimatkan masa.

Beliau sebelum itu turut memohon mahkamah mem batalkan keterangan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir se lepas defendan tidak hadir sedangkan kes itu telah lama difailkan.

“Hari ini sepatutnya untuk defendan beri keterangan namun dia tidak hadir begitu juga peguam defendan (Ahmad Burok) tanpa sebab dan makluman,” katanya. 

Sumber - KOSMO

0 comments:

Post a Comment