Showing posts with label Artis Luar. Show all posts
Showing posts with label Artis Luar. Show all posts

2 Jun 2013

SANTAI ARTIS :: KEANU REEVES DULU VS SEKARANG (THE MATRIK)

Mari lihat Keanu Reeves versi 2013. Setelah membintangi filem hebat dan terkenal seperti Speed ​​dan Matrix, peminat biasa dengan melihat Keanu Reeves dalam keadaan yang kemas dan bergaya. Disebabkan itu, apabila kelibat pelakon terkenal itu disedari peminat baru-baru ini, mereka terkejut dengan penampilan terbarunya. Keanu Reeves dilihat agak berisi dan sangat selekeh dengan pakaian yang sangat santai dan dia seperti tidak terurus.








Sumber : Lulu Pages

Read more…

27 May 2013

SANTAI ARTIS :: GAMBAR ROMANTIK KAREENA DAN SAIF KETIKA HONEYMOON

Kisah percintaan dan perkahwinan pasangan ini pastinya ramai yang dah tahu, kali ini lihat pula beberapa keping gambar mereka ketika honeymoon.





Read more…

SANTAI ARTIS :: KELUARGA BANTAH MAJLIS PERTUNANGAN KIM KARDASHIAN DAN PASANGAN


Kim Kardashian dan pasangannya, Kanye West

Sebelum ini, Kim Kardashian dan pasangannya, Kanye West begitu teruja untuk melangsungkan majlis pertunangan mereka. Namun kini mereka terpaksa akur apabila kedua-dua keluarga mereka membantah pertunangan itu.

“Majlis pertunangan tersebut dibatalkan dengan alasan mereka sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan, bukannya pertunangan. Lagipun Kim bakal melahirkan anak Kanye. Maka adalah lebih baik, mereka langsungkan saja majlis perkahwinan,” kata sumber.

Jaden ingin bebas

Sempena menyambut hari lahirnya ke-15, pelakon remaja, Jaden Smith berharap diberikan kebebasan daripada ibu bapanya, Will Smith dan Jada Pinkett Smith untuk tinggal bersendirian.

Menurut Jaden, dia kini mampu hidup berdikari dan tinggal di rumah sendiri. Bagaimanapun, perkara itu sukar untuk diterima Smith.

Aktor Men In Black itu berkata, belum masanya untuk dia melepaskan anak lelakinya itu.

"Saya amat memahami situasi Jaden. Memang dia seorang anak yang baik dan mampu berdikari, tapi ia terlalu awal untuk saya dan isteri lepaskan dia.

"Kami satu keluarga dan kami amat perlukan Jaden di sisi," kata Smith yang bakal muncul dengan filem After Earth bersama anak lelakinya itu.

Read more…

SANTAI ARTIS :: AVRIL LAVIGNE CUKUR RAMBUT KERANA MARILYN MANSON



PENYANYI Avril Lavinge menjadikan penyanyi Marilyn Manson sebagai sumber inspirasi dalam gaya rambut terbarunya.

Avril mencukur sendiri rambutnya di sebelah kiri apabila mendapat kekuatan daripada penyanyi tersebut.

“Saya ingin cukur rambut ini sudah lama tapi tidak berani.

“Ketika di Perancis bersama Marilyn Manson, saya jadi nekad untuk potong rambut,” katanya.

Selain itu, Avril juga akan berduet bersama Marilyn dengan lagu berjudul Bad Girl.

“Kolaborasi ini sangat spontan ketika saya sedang fikirkan tentang Marilyn dan meminta dia untuk menyiapkan lagu tersebut, dan dia setuju,” katanya. 

Sumber : mStar Online

Read more…

24 May 2013

SANTAI ARTIS :: JUSTIN BIEBER UGUT SAMAN PADA TETAMU PARTINYA

 

JUSTIN BIEBER yang dikatakan bakal menganjurkan sebuah parti besar-besaran di kediaman mewahnya dalam masa terdekat ini bagaimanapun mengejutkan bakal para tetamunya dengan ugutan saman. 

Menurut laporan TMZ, Bieber telah meletakkan syarat bahawa setiap tetamu yang menghadiri parti anjurannya nanti di Casa De Bieb, Calabasas, California bakal berhadapan dengan saman bernilai
AS$5 juta (RM16 juta) jika mendedahkan tentang apa yang berlaku di situ. 

"Ia bukan sebarang ugutan tetapi yang telah didokumenkan dengan amaran bahawa semua yang terbabit dengan parti akan disaman jika mendedahkan sebarang fakta tentang apa yang berlaku di situ.

"Larangan itu termasuklah tidak boleh mendedahkan tentang karakter Justin atau para tetamunya termasuk dari segi fizikal, falsafah dan kerohanian," kata sumber kepada TMZ.

Tambah sumber, dokumen tersebut menyebut dengan jelas bahawa sesiapa yang melanggar sebarang larangan yang telah disenaraikan itu secara automatik akan dikenakan saman sebanyak AS$5 juta.

"Bukan itu sahaja....ada lagi. Jika pendedahan tentang parti tersebut dibuat menerusi Twitter akan dikenakan saman sebanyak AS$5 juta. Jika menerusi blog, juga AS$5 juta. Begitu juga Instagram, AS$5 juta," ujarnya.

Fakta majlis anjuran Bieber menyatakan bahawa terdapat beberapa aktiviti yang 'mempunyai potensi bahaya dan tidak digalakkan menyertainya kecuali terlatih serta memiliki kesihatan yang mantap.

Antara risiko bahaya yang bakal dihadapi adalah dari kecederaan kecil hingga yang serius, termasuk kematian.

Tambah sumber dalam nada sinis: "Selebriti lain pun banyak yang anjurkan majlis tetapi tidak melampau dan seperti sengaja digembar-gemburkan seperti yang bakal dianjurkan Bieber itu nanti." 


Sumber : http://www.kosmo.com.my

Read more…

23 May 2013

SANTAI ARTIS :: RUPA BUDAK PEREMPUAN LUCY PEVENSIE DALAM FILEM NARNIA SEKARANG



Pasti ramai yang tahu yang Georgie Henley, yang lebih dikenali sebagai Lucy Pevensie dalam filem-filem Narnia. Georgie adalah salah satu selebriti yang bermula dari kecil di dunia hiburan, jadi kami semua melihat ia berkembang. Imej-imej menunjukkan sebelum dan selepas kita boleh lihat berapa banyak telah berubah selama ini







Read more…

SANTAI ARTIS :: AKTRES HOLLYWOOD YANG TETAP CANTIK WALAU BERUMUR

Aktris Hollywood memang selalu mencoba menjaga penampilannya. Hingga kebanyakan aktres Hollywood walaupun sudah mencapai usia tak lagi muda, namun masih tetap tampil menawan dan seksi. Inilah beberapa aktris Hollywood yang terbilang sudah tua, namun tetap seksi...


1. Nicole Kidman (43 thn)



2. Angelina Jolie (36 thn)



3. Marissa Tomei (47 thn)



5. Tina Fey (41 thn)



6. Michele Pfeifer (54 thn)



7. Cindy Crawford (46 thn)



8. Lucy Liu (43 thn)

Read more…

21 May 2013

SANTAI ARTIS :: BAI JING MATI DIBUNUH SUAMI




Seluruh rakyat China gempar apabila berita tentang kematian aktres, Bai Jing yang mati dibunuh oleh suaminya sendiri selepas berlaku pertengkaran di kediaman mereka di daerah Chaoyang, China. Asianone.com melaporkan suami mangsa, Zhou Chenghai, 44, dikatakan telah menikam Bai Jing sebelum dia membunuh dirinya sendiri.

Bai Jing yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan merupakan aktres kung-fu wanita paling terkenal telah banyak membintangi filem diantaranya ialah "Kung Fu Wing Chun", "Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon" dan banyak lagi filem dan siri televisyen, drama kanak-kanak dan rancangan muzikal. Berita kematian aktres berusia 29 tahun itu dihebahkan kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo melalui Twitter Ju Chunlei dalam bahasa Cina yang juga merupakan pengurus besar agensi hiburan.

Ju memberitahu, pembunuhan berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama berlaku diantara pasangan tersebut dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir pasangan tersebut bertengkar.

Ju enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Namun, menurut laporan akhbar China, Legal Evening News, Zhou telah bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan cerai Selasa lalu.

Dalam petisyen perceraian, Bai menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai perkahwinan pertama Zhou yang mempunyai seorang anak lelaki dan menuduh Zhou berlaku curang. Zhou yang didakwa merupakan seorang jutawan yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah dikatakan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya sebelum bercerai. Zhou yang dikatakan telah melaburkan banyak wang dalam karier lakonan Bai akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.

Sebelum itu, pada awal tahun ini, terdapat satu sumber telah mendakwa Bai telah bersubahat dengan teman lelakinya untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada suaminya, dan telah mengupah pelacur untuk menggoda Zhou supaya dia dapat menuntut cerai dan mendapat banyak wang. Kematian ibu Zhou yang dikatakan "mati akibat marah" selepas mendapat tahu tentang hal tersebut, dan pengarah filem Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai menafikan khabar angin itu. "Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan lurus dan rajin bekerja,


Read more…

20 May 2013

SANTAI ARTIS :: SELENA GOMEZ DAN BAJU ZIP BELIAU

Selena Gomez sudah kembali ke pangkuan Bieber! Damn! Tetapi jangan risau kerana kehotan beliau masih dikongsi secara terbuka kepada umum. Ini baju ZIP aneh yang dipakai beliau di dalam acara Billboard Music Awards yang sedang berlangsung di Las Vegas pagi ini.



Sumber : HotCelebHome

Read more…

SANTAI ARTIS :: BAJU SELEBRITI JELITA INI MACAM TAK CUKUP BUTANG JE..


 

Robert Cavalli menjadi pilihan ramai selebriti untuk sesi bergambar di Festival Filem Cannes di atas sebuah kapal layar mewah.

Dan salah seorang bintang yang popular tersebut adalah pelakon Sepanyol, Paz Vega.
Ketika Paz sedang sibuk bergambar, ada satu insiden yang agak seksi berlaku ke atas dirinya tanpa disedar.

Pakaian yang beliau kenakan pada sesi bergambar tersebut agak luas di bahagian lehernya dan apabila beliau tunduk, ermmm…biasalah, pasti ada yang menjadi sasaran kamera!

Read more…

SANTAI ARTIS :: BEYONCE NAFI HAMIL LAGI

 
Beyonce bersama anaknya Blue Ivy Carter.

SEKIAN lama membisu akhirnya Benyonce Knowles membuat kenyataan mengenai khabar angin dia kini sedang mengandung anak kedua.

Menurut laporan Dailymail, isteri kepada penyanyi rap dan komposer Jay Z itu tidak senang dengan khabar angin itu dan menyifatkan individu yang menyebarkan berita tersebut seperti tidak mempunyai kerja lain untuk dibuat.

"Sejak awal lagi saya tidak boleh menghentikan gosip dan tidak boleh mengubah pemikiran orang yang terlanjur mempercayainya.
"Apa yang saya hanya mampu lakukan ialah duduk dan mentertawakan individu-individu yang tidak punya kerja selain membuat khabar angin tentang diri saya," katanya.

Gosip kehamilan kedua Beyonce tercetus apabila dia muncul dengan perut yang sedikit buncit pada salah satu konsertnya, malah media E! News turut mengesahkan berita tersebut.
Beyonce sendiri telah memiliki seorang anak bersama Jay Z, Blue Ivy Carter yang lahir pada 7 Januari 2012, itu pun dia terpaksa menghadapi kontroversi sepanjang kehamilannya.- mStar

Read more…

SANTAI ARTIS :: PELAKON TERKENAL TERMINATOR 2 DI TAHAN POLIS


LOS ANGELES - Seorang jurucakap polis di sini menyatakan bintang filem Terminator 2, Edward Furlong telah ditangkap kerana disyaki melanggar perintah mahkamah supaya tidak mengganggu bekas teman wanitanya.

Jurucakap tersebut, Steve Whitmore berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian Khamis lalu selepas menerima panggilan pengadu mendapati Furlong sedang bersembunyi di sebuah kediaman berhampiran.

Rekod penjara menunjukkan dia dibebaskan kelmarin selepas membayar ikat jamin AS$100,000. 
Pada Mac lalu, aktor berusia 35 tahun itu telah dihukum penjara enam bulan kerana melanggar parol berhubung kes sama.

Sebelum ini, bekas teman wanita dan bekas isteri Furlong memperoleh perintah mahkamah yang melarang pelakon kacak itu daripada mendekati mereka.

Aktor tersebut juga pernah didakwa pada Januari lalu kerana memukul seorang lagi bekas teman wanitanya. - AP 


Sumber : http://www.kosmo.com.my/

Read more…

18 May 2013

SANTAI ARTIS :: SHAKIRA ENGGAN KEMBALI SEBAGAI JURI THE VOICE

Penyanyi Shakira telah membuat keputusan untuk tidak kembali sebagai juri program The Voice pada musim terbaharu kerana ingin memberikan tumpuan kepada keluarga dan anaknya.



Shakira yang sedang bercinta dengan Gerard Pique melahirkan bayi sulungnya, Milan pada Januari lalu menganggap penglibatannya dalam program The Voice telah mengurangkan masa bersama anaknya itu.

"Saya tidak dapat kembali pada musim hadapan kerana ingin menjadi ibu sepenuh masa kepada Milan selain ingin menyiapkan album terbaharu yang tertangguh," jelasnya kepada majalah Us.-mStar

Read more…

SANTAI ARTIS :: PARIS HILTON TIDAK LAGI KEJAR POPULARITI

Paris Hilton memberitahu tidak lagi berminat dengan populariti sebagai selebriti sebaliknya mahu memberi fokus sebagai usahawan yang berjaya.


Bintang berusia 32 tahun itu berkata, dia telah hilang minat terhadap dunia hiburan semenjak seorang penceroboh cuba memasukinya kediamannya dengan sebilah pisau pada Ogos 2010, lapor Contactmusic.

"Kejadian itu cukup menakutkan dan saya tidak dapat bayangkan jika penceroboh itu berjaya memasuki rumah dan mencederakan saya," katanya.

Paris berkata dia ingin mengikut jejak langkah keluarganya yang berjaya dalam bidang perhotelan dan mahu mewarisi kepakaran datuk dan bapanya yang berjaya membangungkan rangkaian hotel Hilton di seluruh dunia.- mStar

Read more…

SANTAI ARTIS :: ANGELINA JOLIE DITAWARKAN BUKAK SEMUA UNTUK PLAYBOY



LOS ANGELES - Satu sumber memberitahu, majalah Playboy akan membayar wang kepada aktres Angelina Jolie untuk berbogel, lapor portal hiburan HollywoodLife.com kelmarin.


Menurut sumber itu, majalah bogel itu sanggup membuat bayaran yang besar bagi memdapatkan gambar bogel Jolie selepas dia menjalani satu siri pembedahan untuk membuang dan membentuk semula payudaranya.


"Mereka (pihak pengurusan Playboy) akan memasukkan wang tersebut ke dalam bank untuk menjadikan tawaran itu menjadi realiti," katanya.

Pada awal minggu ini, Jolie mendedahkan dia telah menjalani pembedahan membuang dan membentuk semula payudaranya menerusi satu artikel di akhbar New York Times.

Menurut artikel tersebut, pada awal Februari hingga April lalu, tunang kepada aktor Brad Pitt itu menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudaranya.

Dia melakukan pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara dan ovari.

Jolie, 37, diberitahu peluangnya mendapat kedua-dua kanser tersebut masing-masing sebanyak 87 peratus dan 50 peratus.

Ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama pada usia 56 tahun. - Agensi

Read more…

17 May 2013

SANTAI ARTIS :: INILAH ANAK IKAN TYRA BANKS YANG MUDA DAN KACAK

 

Tyra Banks, 38 dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang model jenama Givenchy
berusia 24 tahun, Robert Evans sejak bulan lalu. Pasangan berkenaan dilihat dating di Palihouse, Los Angeles pada minggu lalu.



Read more…

SANTAI ARTIS :: MACAULAY CULKIN HABISKAN 60 BATANG ROKOK SEHARI




SEJAK tahun 2012, perilaku buruk aktor Macaulay Culkin sering menjadi bahan berita.

Menurut laporan Daily Mail, selepas dikatakan penagih dadah, aktor itu dikhabarkan pula menghisap rokok secara berlebihan dan menghabiskan sehingga 60 batang sehari.

"Dia sudah terlalu bergantung dengan nikotin. Setiap kali bertemu dengannya, saya selalu melihat asap berkepul di mulutnya.

"Dia juga sering batuk dan giginya semakin kuning. keluarga dan rakan-rakannya risau dia akan membunuh dirinya sendiri," kata sumber.

Keadaan Macaulay benar-benar merbahaya dan ia mampu mempengaruhi sistem pernafasan sehingga munculnya kanser paru-paru.

Pada pertengahan tahun lalu, Macaulay dikhabarkan akan meninggal dunia dalam waktu terdekat gara-gara keadaan dirinya yang kurus dan tidak stabil.


Read more…

SANTAI ARTIS :: SANJAY DUTT SERAH DIRI UNTUK JALANI HUKUMAN




NEW DELHI - Aktor terkenal Bollywood, Sanjay Dutt semalam tiba di sebuah mahkamah di Mumbai untuk menyerah diri serta memulakan hukuman penjara.
Dutt, 53, didapati bersalah kerana memiliki sejumlah senjata api yang dibekalkan oleh ketua-ketua gengster India.

Ketua-ketua gengster itu dikaitkan dengan satu siri serangan bom terburuk di negara ini yang berlaku pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati.
Bintang terkenal itu akan meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun dan enam bulan.
Mahkamah Tinggi India sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya kerana kesalahan tersebut.
Bagaimanapun, Dutt telah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun 2007 ketika menunggu rayuannya berhubung kes tersebut.
Dia kini menjalani baki hukuman tersebut. 

Sumber : Agensi

Read more…

SANTAI ARTIS :: TAECYEON DEDAH TINGGALKAN KEKASIH DEMI KERJAYA




Taecyeon, ahli kumpulan 2PM ini mendedahkan yang dia meninggalkan teman wanita pertamanya kerana mahu mengejar cita-cita sebagai seorang selebriti.


Penyanyi rap dan pelakon ini menceritakan perkara itu ketika 2PM menjadi artis jemputan di Radio Star. Bila diajukan soalan tentang lagu apa yang mereka mahu kekasih pertama mereka dengar, Taecyeon lantas memilih lagu ‘Finally Now’ dari Kim Dong Ryul.


Menurut Taecyeon, lagu itu mengenai seorang lelaki yang menyesal kerana tidak melayan kekasihnya dengan baik sebelum ini. Taecyeon juga mengakui lirik lagu itu sangat kena dengan cerita cintanya yang terputus.


Cinta pertama saya ialah gadis yang sebaya dengan saya dari Amerika Syarikat. Kami belajar di sekolah yang sama. Setiap tahun, sekolah akan mengadakan konsert di mana lelaki akan memakai ‘Tuxedo’ dan pelajar perempuan memakai gaun. Dari situlah kami mula tertarik antara satu sama lain.


Taecyeon menjelaskan lagi yang dia terpaksa memilih antara cinta dan karier ketika mula-mula ditawarkan peluang untuk terjun di dalam industri hiburan. Dia akhirnya berpisah dengan kekasih pertamanya kerana tidak mahu menyesal jika lepaskan peluang kerjaya itu.


Tambahnya lagi, sehingga sekarang mereka masih berhubung melalui laman sosial dan mengakui yang mereka berpisah cara baik. Jom dengar lagu ‘Finally Now’ yang Taecyeon cakapkan tu.


Read more…