15 May 2013

SANTAI ARTIS :: FIDA DAN ZALIF KEMBALI BERCINTA ?

 

Adakah hubungan cinta di antara pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim dengan Zalif Sidek telah bersatu kembali?

Sebelum ini hubungan mereka telah terputus gara-gara Fida telah ‘diserang’ seorang wanita yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Zalif. 
Namun, keakraban di antara Fida dan Zalif mula kembali terjalin selepas aktres itu telah menjemput Zalif ke kenduri kesyukuran yang telah diadakan di kediaman Fida, baru-baru ini. 
Mereka juga tampil berpakaian sedondon sekali gus mengesahkan khabar angin bahawa mereka kini telah kembali bercinta seperti suatu masa dulu. 

Mengulas mengenai perkara itu, Zalif berkata kepada Metro Ahad bahawa dia dijemput oleh Fida ke majlisnya itu dan pada kesempatan itu mereka gunakan untuk berbicara dari hati ke hati tentang apa yang telah terjadi sebelum ini dan menganggap semuanya sudah selesai. 
Baguslah begitu, dunia hiburan kita ni kecil je, pusing-pusing jumpa orang yang sama. Lebih baik buang yang keruh, ambil yang jernih. 
Kalau benar mereka bercinta semula, diharapkan jodoh kalian akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin hendaknya. 

0 comments:

Post a Comment