Seorang wanita berpenampilan sepertisuperhero Hulk telah melakukanpenyerangan terhadap gadis remaja berusia 17 tahun di pusat bandar New York.Akibat aksi pemukulan itu pihak polissedang memburu wanita Hulk tersebut
Pihak polisi New York sedang memburuwanita "Incredible Hulk" setelah iamenyerang seorang gadis remaja pada 26April di pusat bandar New York, pukul 03.00waktu tempatan.
Detektif telah mengeluarkan gambar wanita itu yang dirakam kamera CCTV. Wanita tersebutberpakaian ala-ala superhero Hulk.
Kejadian itu terjadi di luar sebuah restoran makanan segera. Akibat penyerangan itu gadis remaja tersebut menderita lebam di wajahnya dan lebam di matanya. Aksi wanita itu dirakam kamera ketika sedang berbual di telefon bimbitnya. Wanita yang tidak dikatahui namanya itu tubuhnya yangdilindungi cat hijau dengan rambut merah serta memakai tshirt berwarna putih.
Pihak polis New York yakin Wanita Hulk ini adalah seorang gadis berkulit putih dan berusia dua puluhandengan tinggi 152 cm.
Petugas polis dari New York, Cheryl Hunter mengatakan bahawa pihaknya sedang memburu wanita hijautersebut dan meminta semua pihak yang melihatnya untuk segera menghubungi polis atau datang terus ke balai polis.
"Jika anda dapat mengenal pasti identiti wanita itu, saya meminta anda menghubungi polis atau datangterus ke balai polis untuk melaporkannya," kata Hunter, seperti dikutip Mirror, Khamis (9/5/2013).
0 comments:
Post a Comment