Showing posts with label binatang. Show all posts
Showing posts with label binatang. Show all posts

3 Sept 2012

(Video) Beruk TERlampau!!



Main atas pasir je. Gigit-menggigit, cakar-mencakar, guling mengguling.henjutan pun ada! (err?). Video terbabit ada aku sertakan di sini untuk tatapan korang tapi sound nya aku dah buang untuk keselesaan korang semua.hahaha

video nya di bawah..

            Mmg melampau kan? hehe.. Kot ye pun nak wat benda tak elok gitu cover la sikit..lalala

Read more…

(Kasihan) Harimau Bintang Tercucuk Besi Pagar – 3 Gambar



Berlaku di New Delhi, India, seekor harimau bintang bernasib malang apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, semalam.



Harimau bintang itu dipercayai memanjat pagar besi kilang tersebut yang ketinggiannya kira-kira tiga meter. Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.



Good news, tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu. Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Kerana keliaran harimau bintang itu juga dan atas faktor keselamatan, kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu. Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.





Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya. Bagaimanapun, kecederaan yang menimpa harimau bintang itu tidak membimbangkan dan dijangka akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

Read more…

13 Aug 2012

Gempar!! Buaya Naik ke rumah



KUCHING – Sebuah keluarga nelayan di Kampung Telaga Air di sini gempar selepas kediaman yang mereka diami sejak 10 tahun lalu nyaris dimasuki seekor buaya malam semalam.
Dalam kejadian ketika air pasang pada pukul 11 malam itu, lapan sekeluarga tersebut panik apabila reptilia ganas yang pada mulanya berlegar-legar di bawah rumah terbabit tiba-tiba muncul di hadapan tangga.
Mohd. Saiful Sulaihi, 35, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen bersama anak-anaknya sebelum terkejut mendengar bunyi kocakan air yang kuat di bahagian bawah rumah.
Menurutnya, disebabkan bunyi itu, dia cuba memeriksa keadaan di bawah rumahnya dan sebaik membuka pintu, dia terperanjat apabila melihat kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 1.3 meter merangkak naik ke rumahnya.

Read more…

9 Aug 2012

Orang Utan Di quarantine kerana Merokok!








INDONESIA - Tabiat merokok seekor orang utan berusia 15 tahun di Zoo Toru Jurug telah berjaya menarik perhatian umum untuk berkunjung ke Zoo tersebut.

Tarikan yang ada pada haiwan tersebut telah membuatkan para pengunjung kerap melontarkan rokok ke dalam sarangnya. Kesan daripada tabiat merokok itu, orang utan yang diberi nama Tori itu sering mengalami masalah kesihatan.

Disebabkan perkara itu, pihak pengurusan Zoo Toru Jurug merancang untuk memindahkan Tori bersama-sama dengan tiga lagi jenisnya supaya jauh daripada orang ramai untuk memastikan jangka hayatnya untuk hidup lebih lama.

Sikap Tori yang mempunyai tabiat merokok itu dianggap salah satu faktor dia sering menghadapi masalah kesihatan.

Walaupun tabiat Tori mampu menarik perhatian pengunjung, kerajaan Indonesia tekad tidak mahu mengambil risiko terhadap kesihatan haiwan tersebut.

Kerajaan Indonesia kini sedang memantau zoo di negara tersebut berikutan peningkatan kematian haiwan yang membimbangkan.

Read more…

25 Jul 2012

Subhanallah! Ibu Dolphin Membawa Anaknya Yang Telah Mati

Terdapat sebuah kisah yang menyayat hati yang melibatkan ibu Dolphin. Menurut berita, kejadian ini berlaku di pusat lawatan ikan lumba-lumba di China. Ketika seorang pelancong sedang mengambil gambar, kelihatan ibu dolphin ini sedang berusaha gigih membawa anaknya yang telah mati pada kelajuan 40 kilometer sejam. Ia dilihat merempuh ombak lautan untuk membawa anaknya yang difikirkan tidak pandai berenang walhal anaknya sudah mati. Beberapa kali anaknya tenggelam dek dilanggar ombak namun ibunya turun semula untuk membawa anaknye ke atas lautan.  Lihat gambar di bawah ini.

Read more…