3 Sept 2012

(Kasihan) Harimau Bintang Tercucuk Besi Pagar – 3 Gambar



Berlaku di New Delhi, India, seekor harimau bintang bernasib malang apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, semalam.



Harimau bintang itu dipercayai memanjat pagar besi kilang tersebut yang ketinggiannya kira-kira tiga meter. Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.



Good news, tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu. Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Kerana keliaran harimau bintang itu juga dan atas faktor keselamatan, kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu. Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.





Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya. Bagaimanapun, kecederaan yang menimpa harimau bintang itu tidak membimbangkan dan dijangka akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment