Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

8 Jun 2013

SANTAI SIHAT :: KHASIAT DAN KEBURUKAN RUMPAI LAUT

Rumpai Laut

Rumpai Laut Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagenRumpai laut yang dianggap 'ibu kolagen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan. 

Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. 

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.



Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai. 

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.


Menjamin kecantikan? 
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit. 

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil. 

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.


Pelbagai khasiat
Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolagen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan. 

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen. 

Kajian lain
Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. 

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia 

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

Sumber : Berita Harian

Read more…

26 May 2013

SANTAI SIHAT :: KHASIAT EPAL HIJAU

 

Fakta & Khasiat Epal Hijau :

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut.

Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh :

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama-sama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman,kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan inidapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalamair batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka danbiarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Read more…

15 May 2013

SANTAI SIHAT :: BAHAYA MINUMAN BERGAS




Diantara kesan buruk minuman bergas :-

-Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.

-Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.

-Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

-Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

Read more…

1 Oct 2012

Info- Larian Maraton Boleh Merosakkan Jantung??!!!



SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.

Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.

Read more…

7 Sept 2012

Petua Mengatasi Tumit Pecah Dan Merekah (Menarik!)


Mungkin ada sebahagian daripada kita mengalami masalah tumit pecah yang berlarutan sehingga hari ini. Namun di sini ada penyelesaiannya bagimana untuk kita merawat masalah tumit pecah. Ia tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi hanya cukup mengamalkan petua orang-orang lama dan Insha Allah dengan izinNya, ia akan pulih sediakala. Jom lihat apakah petua tersebut.

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Read more…

3 Sept 2012

Awas! Tisu Gagah Berbahaya!!!!!!



Tisu gagah? Sebenarnya kami pun tidak tahu apa bendanya tisu gagah tu. Tapi dari hasil risikan, ianya sejenis tisu yang digunakan untuk menjadikan ‘senjata lelaki’ lebih hebat daripada biasa. Bagaimana hebatnya tu, tak tahu la. Sape-sape yang pernah cuba, boleh bagi komen? Hee.. Tapi mungkin ramai tidak tahu, tisu tersebut sebenarnya berbahaya sehingga boleh menyebabkan mati pucuk.

Ikuti berita lanjut kat bawah ni:-




IPOH – Bukan sekadar tisu biasa, penggunaannya yang dipercayai boleh tampil hebat di ranjang boleh juga menjadi punca lelaki mengalami masalah mati pucuk dan bengkak saraf.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan Ismail berkata, tisu yang di seludup dari Indonesia dan China itu dikesan mengandungikimia Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic yang digunakan sebagai ubat bius dalam pembedahan.

Menurutnya, tisu yang boleh dibeli semurah RM3 setiap bungkus itu mengakibatkan alat kelamin rasa kebas selepas disapu tisu berkenaan.

“Ramai yang menyangka ia dihasilkan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan berikutan kandungan kimia tidak dinyatakan pada bungkusan produk. Maklumat palsu juga disebarkan mendakwa tisu ini juga mempunyai kebaikan untuk mencegah penularan penyakit kelamin seperti siplis, gonorrhea dan Aids,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya telah merampas sejumlah tisu itu ketika melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kedai ubat di Sungai Siput.

“Kandungan tisu ini mempunyai banyak bahan kimia keras dan kimia perosak menjadi punca urat saraf lelaki rosak seterusnya akan mati pucuk jika disapu berterusan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya terhadap produk rangsangan seks sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu,” katanya.

Read more…

1 Sept 2012

Info-Khasiat Buah Anggur

PASTI ramai yang tidak tahu akan khasiat yang ada pada buah anggur bukan? Yang tahu hanyalah buah anggur itu sedap dan manis. 

Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah. Anggur yang mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung. 

Turut terdapat pada buah anggur ini ialah bahan antioksida, dimana kandungan antioksida yang berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Oleh itu, pengambilan anggur sangat digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi. 

Dalam satu kajian yang dilakukan tentang proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protien boleh mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Namun ia boleh dielakkan dengan mengambil buah-buhan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur. 

Tidak dapat dinafikan lagi kelebihan yang terdapat pada buah anggur ini, dan bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada anggur, antara kelebihan yang ada pada buah anggur ialah : 
1. Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.
2. Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak.
3. Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
4. Menghilangkan perasaan marah.
5. Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu)
6. Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
7. Mampu menyembuhkan batuk-batuk.
8. Menghilangkan rasa pedih / sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
9. Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam.
10. Menguatkan hati dan jantung.
Banyakkan kelebihan yang ada pada buah anggur ini? Jadi selepas ini jadikan penggambilan buah anggur ini sebagai amalan pemakanan seharian anda untuk menikmati khasiat-khasiat yang terdapat pada buah anggur ini.

Read more…

27 Aug 2012

INfo-Onani Boleh Memendekkan Hayat Kita


ONANI atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa yang gagal untuk mengawal nafsu. Perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh yang merupakan selain kesan negatif dari psikologi.


Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika anda biasa dengan Foot Reflexology, anda akan tahu yang tapak kaki mempunyai urat saraf dan meridian yang menghubungkan pelbagai bahagian badan Melalui urutan tapak kaki ini, anda dapat mengalurkan tenaga ke organ yang berkenaan.

Zakar juga merupakan anggota seperti tapak kaki, ianya mempunyai takat reflexology yang berkait dengan organ lain.Zakar terbahagi kepada tiga kompenen utama iaitu kepala zakar, jantung zakar dan punca. Zon jantung zakar – kepala zakar – adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma. 
Semasa melancap zon inilah yang paling mendapat rangsangan berbanding zon-zon lain. Ini bermakan rangsangan yang lebih ke atas organ yang berkaitan, Jantung, akan menyebabkakn tenaga dalaman disebarkan dengan tidak seimbang.
Cara melancap yang tidak terkawal dapat menjadi merbahaya atas sebab yang sama. Ketika melancap kebanyakan lelaki tertumpu kepada sebuah penempatan khusus zakar, penempatan yang adalah kebanyakan erotogenic. Dengan tidak sengaja, lelaki ini merangsang hanya sebahagian badan sahaja melalui rangsangan yang tertumpu pada suatu zon tertentu reflexology.

Ketika seorang lelaki melancap, dia harus memberi perhatian sama kepada seluruh zakar, kepala dan batang. Bila melancap dengan suatu cara yang seimbang, dia dapat melancap sebanyak mana yang dia suka tanpa merosakkan tubuhnya – kecuali jika dia inzal ( mengeluarkan mani)

Anda akan kehilangan nutrien, iaitu bahan penting dan tenaga semasa anda beronani. Mengeluarkan air mani secara berlebihan bukan sahaja tidak elok malah ianya sangat merbahaya. Anda tidak akan dapat kekal sihat apabila kehilangan sebegitu banyak air mani dan anda juga tidak perlu berharap untuk hayat yang panjang kerana tubuh anda telah banyak kehilangan tenaga akibat perbuatan anda.

Oleh kerana perbuatan onani ini mudah dilakukan, maka ramailah yang melakukan secara berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka telah menghabiskan tenaga untuk hayat mereka. Onani bukan sahaja mengenai moral malah ianya adalah satu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.

Melihat tona kulit yang mana biasanya sangat pudar, mata yang selalu mengantuk akibat terlalu banyak tenaga digunakan merupakan beberapa petanda untk membezakan mereka selalu beronani ataupun tidak. Selain itu mereka yang beronani secara berlebihan ini lembat untuk mengeluarkan pendapat, kurang cita-cita dan mereka akan selalu kelihatan stress. Ini semya adalah akibat dari beronani secara berlebihan.

Bagaimanapun perbuatan mengurut zakar dengan kadar dan tatacara tertentu seperti kaedah yang disyorkan dalam risalah Minyak Lintah Tapa dapat membantu memberi keseimbangan kepada pengamalnya kerana urutan dalam kiraan yang seimbang adalah penting dalam memulihkan tenaga dan otot serta organ dalaman. 
Dalam masyarakat Tao lama – urut reflexology ke atas zakar, selain daripada faedah kesihatan, juga dilakukan untuk kelazatan – tapi dengan syarat tidak mengeluarkan air mani.

Read more…

13 Aug 2012

Inilah Budak Melihat Dunia Tanpa Warna


SEORANG budak lelaki berusia tiga tahun di Britain, Harvey Webb mengalami masalah penglihatan yang pelik. Dia dapat melihat dengan baik dalam gelap, tetapi ‘buta’ apabila cerah.

Untuk mengatasi masalah itu, Harvey mengenakan sepasang cermin mata hitam bagi membantu dia melihat terutamanya ketika duduk di tempat bercahaya.

Ibu bapa budak itu terpaksa menutup kesemua langsir rumah mereka sepanjang hari. Sekurang-kurangnya cara itu membolehkan Harvey menatap wajah ibu bapanya.

Masalah penglihatan yang dihidapnya itu dikenali sebagai akromatopsia. Ia bermakna dia juga mengalami buta warna dan melihat dunia dalam dua warna sahaja iaitu hitam dan putih.

Ibunya, Louise memberitahu, Harvey tidak boleh melihat sebarang kecerahan sama ada lampu mahupun cahaya matahari.

“Cahaya normal pada siang hari yang dilihatnya sama seperti kita memandang silau cahaya matahari ketika memandu. Kami perlu menyediakan suasana paling gelap agar dia dapat melihat dengan baik,” kata Louise, 35.

Sensitif

Cermin mata hitam yang dipakai Harvey direka bagi mengawal kemasukan cahaya sebanyak 10 peratus sahaja.

Keadaan itu bermakna Harvey mempunyai masalah untuk keluar bermain dan terpaksa berjaga-jaga dengan sinar matahari.

Akromatopsia dihidap oleh kira-kira 35,000 orang di seluruh dunia. Ia berlaku pada bahagian retina mata apabila sel-sel yang bertanggungjawab kepada sensitiviti warna dan cahaya tidak berfungsi sebaiknya.

Harvey dikenal pasti berdepan masalah itu pada tahun 2009 setelah ibu bapanya mengesan kelainan apabila dia berada dalam persekitaran terang.

Pada asalnya, doktor mengesahkan Harvey menghidap masalah nistagmus iaitu anak mata yang bergerak-gerak kiri ke kanan atau atas ke bawah. Namun, semasa berumur tujuh bulan barulah pakar mengesahkan dia menghidap masalah akromatopsia.

Menyedari seorang kanak-kanak memerlukan pendidikan awal sendiri, ibu bapa Harvey tidak mahu anak mereka ketinggalan. Justeru, pelbagai kaedah pendidikan awal yang bersesuaian didedahkan kepadanya.

“Seorang budak perlu belajar mengenai kehidupan melalui alam sekeliling. Mereka perlu keluar dan tengok haiwan di atas pokok atau pesawat di udara.

“Oleh kerana mata Harvey bermasalah, kami mencari kaedah lain untuk mengajarnya iaitu dengan menggunakan buku dan televisyen sebagai medium pembelajaran,” kata bapa Harvey, Andy.

Harvey kini dihantar ke sebuah pusat jagaan orang buta untuk mendapat latihan sewajarnya.

Masalah yang dihidapnya itu bermaksud dia tidak boleh memandu pada masa depan dan memerlukan bantuan sewajarnya di dalam kelas apabila mengikuti pembelajaran bersama kanak-kanak normal.

Sekurang-kurangnya dengan menyertai pusat itu, dia boleh menggunakan penglihatan yang terhad itu secara maksimum.

BEGINILAH penghidap akromatopsia melihat dunia iaitu dalam keadaan tanpa warna.

Terhad

Menurut pakar, sehingga kini tiada rawatan untuk mengatasi akromatopsia.

Perunding mata di Hospital Mata Moorfields, London, Dr. Tony Moore, berkata, penglihatan yang terhad akan mengehadkan aktiviti golongan itu.

Penghidap juga berdepan masalah keyakinan diri untuk berada di luar apatah lagi mereka sangat sensitif kepada cahaya.

“Pandangan mereka menjadi lebih teruk dalam keadaan cahaya terus berbanding kita yang akan nampak dengan lebih jelas dalam situasi begitu,” kata Moore.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Murphy Chan menjelaskan, keadaan seperti yang dialami Harvey perlu dikesan lebih awal oleh ibu bapa agar pembelajaran anak-anak tidak terbantut.

“Masalah itu boleh diketahui melalui pemeriksaan penglihatan oleh pengamal perubatan bertauliah. Seorang ahli optometris akan melakukan beberapa tahap pemeriksaan.

“Tanda paling utama seseorang itu mempunyai masalah ini ialah apabila dia menunjukkan simptom seperti sangat sensitif kepada cahaya dan sukar melihat” katanya kepada Jurnal.

Murphy berkata, masalah tersebut turut dipengaruhi faktor genetik. Anak boleh mewaris masalah itu daripada ibu bapa yang menjadi pembawa gen akromatopsia.

Bagaimanapun, penghidap mampu menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan mengenakan alatan yang sesuai terutamanya cermin mata khas.

“Walaupun sehingga kini kaedah rawatan kekal belum ditemui, kanak-kanak yang menghidap masalah itu boleh memakai sepasang kaca mata khas untuk membantunya melihat.

“Selain cermin mata dengan kanta rabun dekat dan jauh, pesakit perlu mengenakan cermin mata dengan kanta merah untuk mengurangkan sensitiviti kepada cahaya.

“Kini sejenis alat terbaharu diperkenalkan iaitu eyeborg yang dikenakan pada mata untuk membantu mereka melihat warna melalui gelombang bunyi,” kata Murphy.

Read more…

12 Aug 2012

Coklat Lebih Baik Berbanding Jus Buah?




SATU penyelidikan yang dibuat oleh Chemistry Central Journal telah membuktikan bahawa coklat mempunyai khasiat yang lebih baik daripada jus buah.

Menurut kajian tersebut, coklat gelap dan koko mempunyai lebih banyak kandungan antioksida daripada jus buah.

Kandungan coklat yang belum diproses mengandungi banyak polifenol dan flavanol serta baik untuk kesihatan jantung. Khasiat pada coklat ini tidak sama dalam minuman koko kerana coklat tersebut telah diproses.

Pakar kardiologi di Hospital Lenox Hill, Manhattan, Suzanne Steinbaum berkata "jika mahu mencari satu snek manis, coklat gelap mungkin menjadi pilihan paling sihat".

Beliau tidak terperanjat dengan penemuan tersebut, sambil menyatakan bahan antioksida tersebut mengekalkan arteri dalam keadaan baik dan membantu mencegah penyakit jantung.

Dalam kajian yang dikendalikan oleh Hershey Co, beliau telah membandingkan khasiat serbuk koko dan produk berasaskan serbuk buah dan jus. Hasil dapatan menunjukkan khasiat pada koko mendahului pada skala antioksida di atas serbuk beri biru (blueberry), kranberi dan delima.

Para penyelidik mendapati, perbezaan antara jus buah delima dan coklat gelap tidak begitu nyata. Walau bagaimanapun, coklat gelap masih melebihi jus-jus lain dalam ujian antioksida itu.

"Biji koko boleh dikatakan sebagai satu 'buah adi' dan produk-produk daripada ekstrak biji koko seperti serbuk koko semulajadi dan coklat gelap turut dikatakan sebagai 'makanan hebat," kata penyelidik-penyelidik itu.

Hasil kajian oleh beberapa pakar kardiologi telah membuktikan bahawa coklat (tanpa proses) baik untuk kesihatan khususnya jantung

Read more…

9 Aug 2012

Khasiat Air Mani Lelaki Untuk Wanita

Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.

Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.Kita sambung lagi.Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.Khasiat Air Mani untuk WanitaAda khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.Ooo.. patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?Khasiat lain sperma untuk wanita:
  1. Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  1. Mengurangkan jerawat.
  1. Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air ManiDalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.

Read more…

5 Aug 2012

Tips Lelaki | Cara Nak Atasi Cepat Pancut Malam pertama



Cepat pancut sentiasa menghantui lelaki yang pertama kali melakukan hubungan seks. Ini terjadi kerana mereka terlalu bernafsu sehingga lupa untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal lebih awal dari pasangan wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal situasi ini, ia pasti akan terbawa–bawa sepanjang hidup anda.

Cepat pancut akan memberi perasaan kecewa kepada diri anda dan juga pada pasangan anda. Untuk elakkan ia dari menghantui diri anda, berikut adalah beberapa cara untuk atasi masalah cepat pancut.

Tips pertama: Perlahan– lahan.

Hubungan seks yang baik adalah hubungan yang di lakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Jika anda gelojoh atau terlalu pantas, tiada perasaan kasih sayang akan terhasil ketika hubungan seks di lakukan. Akibatnya, anda akan cepat pancut kerana terlalu ingin cepat menghabiskan hubungan seks tersebut.

Tips kedua: Tenang 

Tidak perlu tergesa–gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan hubungan seks. Jika anda tergesa–gesa anda pasti akan cepat pancut. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan seks.


Tip ketiga : Kawal pernafasan.

Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan seks. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami cepat pancut.


Ketiga–tiga tips di atas pasti boleh membantu anda untuk lebih menikmati hubungan seks tanpa mengalami ejakulasi pramatang. Betulkan mindset anda bahawa seks untuk di nikmati dengan tenang.

Read more…

Seks Oral Punca Kanser Mulut

LONDON – Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas.
Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu.
Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki.
Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut.
Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan.
“Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks,” katanya.
Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda.
“Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok,” katanya. – TS

Read more…

4 Aug 2012

Bahaya Benzene Dalam Kereta Penyebab Kanser!!!

Ramai orang apabila menghidupkan enjin kereta, mereka akan terus membuka suis penghawa dingin. Tahukah anda, perbuatan tersebut amat berbahaya terhadap kesihatan kerana terdapat sejenis toksin yang menyebabkan kanser.
Kebiasaanya kita dapat melihat pemilik kereta menghidupkan enjin dan terus membuka penghawa dingin. Namun, langkah awal adalah kita perlu membuka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udaramenghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu carcinogenyang dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta.
Di samping menyebabkab kanser, Benzene juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene bolehmeningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang.

Read more…

18 Jul 2012

18 SX 15 Kesalahan Ketika Memakai Kondom




















1. Pakai kondom selepas melakukan seks

Kajian menunjukkan bahawa antara 17 hingga 51,1 peratus lelaki, baru memakai getah kondom selepas melakukan hubungan seks. Hal ini tentu akan mengurangkan keberkesanan fungsi kondom terutama dalam mencegah penularan penyakit seksual.

2. Melucutkan kondom ketika masih melakukan seks

Hasil kajian, antara 13,6 hingga 44,7 peratus daripada sukarelawan yang terlibat dalam peneltian mengaku melucutkan kondom sebelum selesai melakukan hubungan intim.

3. Membuka sepenuhnya gulungan kondom sebelum digunakan

Fakta kajian menunjukkan, ada sekitar 2,1 - 25,3 peratus peserta kajian yang mengaku sudah terlebih dahulu membuka gulungan kondom sepenuhnya sebelum melakukan hubungan seks.

4. Tidak letak ruang di hujung kondom

Laporan menunjukkan, sekitar 24,3-45,7 peratus lelaki lupa untuk meletakkan ruang di hujung kondom sebagai tempat untuk cecair sperma.

5. Tidak mengeluarkan udara dari dalam kondom

Hasil kajian juga mendapati bahawa sebanyak 48,1 peratus perempuan dan 41,6 peratus lelaki tidak menekan atau mengeluarkan udara yang ada di dalam hujung kondom sebelum digunakan.

6. Kondom terbalik

Antara 4 dan 30,4 peratus daripada peserta kajian dilaporkan salah dalam mengenakan kondom, tetapi kemudian mereka menebalikanya lagi dan tetap meneruskan pemakaian kondom tersebut.

7. Gagal membuka gulungan kondom dengan sempurna

Ketika penyelidik mengesan lagi hubungan seks terkini yang dilakukan peserta kajian, diketahui ada sekitar 11,2 peratus perempuan dan 8.8 peratus lelaki mula melakukan hubungan seksual sebelum gulungan kondom terpakai sempurna.

8. Terkena benda tajam

Diketahui ada sekitar 2,1 sampai 11,2 peratus lelaki telah membuka bungkus kondom menggunakan benda tajam. Permasalahannya adalah apabila benda yang anda gunakan cukup tajam untuk mengoyak bungkusan kondom, maka ada kemungkinan kondom akan ikut terkoyak.

9. Tidak peka melihat kerosakan kondom

Apabila membuka kondom dari bungkusan, 82,7 peratus perempuan dan 74.5 peratus lelaki melaporkan bahawa mereka gagal untuk memeriksa kerosakan kondom sebelum digunakan. Apa yang perlu dilakukan? Pastikan bungkus kondom tidak dalam keadaan terkoyak dan lihat tarikh luput.

10 Tidak menggunakan pelincir

Antara 16 peratus dan 25,8 peratus orang melaporkan telah menggunakan kondom tanpa pelincir. Mengapa ini boleh menjadi masalah? Kerana, jika anda melakikan seks untuk jangka masa yang lama, kondom tersebut lebih mudah untuk koyak jika tidak memakai pelincir.

11. Komplikasi pelincir

Sekitar 3,2 peratus wanita dan 4.7 peratus lelaki dilaporkan menggunakan pelincir berasaskan minyak dengan kondom lateks. Pelincir dengan bahan dasar tersebut justeru akan melemahkan lateks, yang dapat membuat kondom terdedah kepada kerosakan.

12. Salah menarik kondom

Hampir 31 peratus lelaki dan 27 peratus wanita melaporkan bahawa pasca melakukan hubungan seks, mereka gagal untuk menarik kondom selepas ejakulasi.

13. Menggunakan kondom secara berulang

Penyelidikan mencari, antara 1,4 hingga 3,3 peratus orang menggunakan kondom yang telah di guna pakai. Kondom yang sama digunakan sekurang-kurangnya dua kali selama melakukan hubungan seksual.

14 Salah simpanan

Penemuan menunjukkan, antara 3,3 hingga 19,1 peratus peserta yang terlibat dalam kajian menyimpan kondom di tempat yang tidak sesuai sebagaimana yang tertera pada bungkusan. Elakkan untuk menyimpan kondom di dompet dan jangan simpan di tempat yang terkena sinar matahari.

15. Tidak memakai kondom sama sekali

Kesalahan yang terakhir ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kajian. Tetapi, tidak ada salahnya untuk ditambah dalam senarai. Menurut kajian terbaru dari National Survey of Sexual Health and Behavior di Amerika Syarikat, hanya 45 peratus lelaki usia 18-24 tahun yang menggunakan kondom ketika berhubungan seks dengan pasangan. Bahkan, kajian juga mendapati hanya 29,3 peratus lelaki berusia 25-34 tahun yang memakai kondom dan hanya 21,3 peratus lelaki usia 35-44 tahun yang menggunakan kondom.

Read more…