3 Sept 2012

Awas! Tisu Gagah Berbahaya!!!!!!



Tisu gagah? Sebenarnya kami pun tidak tahu apa bendanya tisu gagah tu. Tapi dari hasil risikan, ianya sejenis tisu yang digunakan untuk menjadikan ‘senjata lelaki’ lebih hebat daripada biasa. Bagaimana hebatnya tu, tak tahu la. Sape-sape yang pernah cuba, boleh bagi komen? Hee.. Tapi mungkin ramai tidak tahu, tisu tersebut sebenarnya berbahaya sehingga boleh menyebabkan mati pucuk.

Ikuti berita lanjut kat bawah ni:-




IPOH – Bukan sekadar tisu biasa, penggunaannya yang dipercayai boleh tampil hebat di ranjang boleh juga menjadi punca lelaki mengalami masalah mati pucuk dan bengkak saraf.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan Ismail berkata, tisu yang di seludup dari Indonesia dan China itu dikesan mengandungikimia Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic yang digunakan sebagai ubat bius dalam pembedahan.

Menurutnya, tisu yang boleh dibeli semurah RM3 setiap bungkus itu mengakibatkan alat kelamin rasa kebas selepas disapu tisu berkenaan.

“Ramai yang menyangka ia dihasilkan dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan berikutan kandungan kimia tidak dinyatakan pada bungkusan produk. Maklumat palsu juga disebarkan mendakwa tisu ini juga mempunyai kebaikan untuk mencegah penularan penyakit kelamin seperti siplis, gonorrhea dan Aids,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya telah merampas sejumlah tisu itu ketika melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kedai ubat di Sungai Siput.

“Kandungan tisu ini mempunyai banyak bahan kimia keras dan kimia perosak menjadi punca urat saraf lelaki rosak seterusnya akan mati pucuk jika disapu berterusan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya terhadap produk rangsangan seks sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment