Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

5 Sept 2012

Jururawat tersilap Terbuang bayi yang masih hidup! (gambar)




SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannya keranamembuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yang disalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.

Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannya ditinggalkan di dalam bilik air hospital.

Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.

Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak.
Huang Lichuan, pengarah Gynecology dan Obstetrics hospital tersebut mengakui bahawa doktor dan jururawat yang terlibat telah menunjukkan sikap sambil lewa.

“Mereka (4 orang Staff) mesti bertanggung jawab” katanya seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily Jumaat lalu. Nama dan jawatan pekerja yang digantung itu bagaimana pun tidak dinyatakan.

Liu, 23 mengandung 7 bulan sewaktu dia sampai di Nanhai Red Cross Hospital pada 23 Oktober bersama suaminya, Wang Haizhang, 24. Dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit perut. Tiga hari kemudian, dia diarahkan ke wad bersalin.

“Walaupun suami saya telah memberitahu doktor berulang kali di antara pukul 3 hingga 5 am, bahawa saya sudah hendak bersalin, doktor hanya tiba sewaktu beberapa minit sebelum saya bersalin” kata Liu seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily.

Apa yang berlaku pada waktu itu tidak begitu jelas. Difahamkan bahawa doktor memeriksa keadaan wanita tersebut dan terus berlalu pergi, membiarkan dua orang jururawat menguruskan kelahirannya.

Sebaik sahaja selesai melahirkan, Liu dimaklumkan bahawa bayinya telah meninggal dunia kerana ia tidak menangis. Ia kemudiannya dibungkus di dalam sebuah beg plastik kuning dan dicampakkan di bilik air berhampiran.

Bagaimanapun, adik ipar Liu, Wang Heping tiba kira-kira 30 minit kemudian dan meminta untuk melihat jasad bayi tersebut sebelum menyaksikan beg plastik tersebut bergerak-gerak.

Menyedari kesilapan mereka, kaki tangan hospital dengan segera memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi.

“Selepas bersalin, jururawat memberi tahu bahawa bayi saya adalah bayi perempuan, sebaliknya saya sebenarnya telah melahirkan bayi lelaki” kata Liu.

Tambahnya lagi “Beratnya hanya 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan, namun selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi keadaannya kini bertambah baik.”

Read more…

28 Aug 2012

Sedih ! Kanak-Kanak Ini Mati Dipukul Tukul Besi

Christine Schürrer (lahir 30 jun 1976, di Hannover) adalah seorang warganegara Jerman yang membunuh dua kanak-kanak Sweden dan ibun mereka cedera parah dengan 15 pukulan ke kepala dengan tukul selepas menyerang mereka di rumah mereka di Arboga, Sweden, pada 17 Mac,2008.

Motif pembunuhan dikenalpasti sebagai cemburu, sejak Schürrer telah dibawa jagaan bapa tiri kanak-kanak sementara dia bercuti di pulau Yunani Crete pada tahun 2006 di mana beliau telah bekerja di asrama tempatan.







Apabila manusia hilang perikemanusiaan, beginilah jadinya..

dailymail.uk


Read more…

21 Aug 2012

HKL Catat Kelahiran Bayi 1 Syawal Tertinggi


KUALA LUMPUR, 
 
20 Ogos - Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan bilangan tertinggi bayi yang lahir pada 1 Syawal semalam di Lembah Klang iaitu 25 bayi.

"Seramai 15 bayi lelaki dan 10 perempuan lahir semalam dengan bayi pertama lahir pada pukul 12.54 pagi. Kesemua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat," kata seorang jururawat di wad bersalin HKL ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bayi kembar pada Aidilfitri tahun ini dijangka dilahirkan menjelang malam ini.

Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, seramai 20 bayi dilahirkan pada 1 Syawal iaitu 11 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan manakala hanya seorang bayi dilahirkan pada pukul 2 pagi semalam di Hospital Pantai di Ampang.-BERNAMA

Read more…

15 Aug 2012

Pelik!! Ada Kaki Pada Otak Bayi Ini!!!!




Dunia perubatan kembali dikejutkan dengan peristiwa pelik. Doktor di Colorado, Amerika Syarikat, baru mengeluarkan kaki kecil dari otak bayi berusia tiga hari.



Ahli bedah otak pediatrik Dr Paul Grabb terkejut akan perkara ini. Ketika membedah kepala dan otak Sam Esquibel, ia mencari sepotong kaki yang hampir terbentuk dengan sempurna, lengkap dengan lima jari dan kaki yang lain yang hampir berbentuk. Tak hanya itu, ia juga mendapatkan beberapa bahagian tubuh lain, seperti sepotong tangan dan paha. "Seperti melahirkan bayi tapi dari otak," kata Grabb seperti dipetik Daily Mail, Kamis (18/12).



Prosedur perubatan itu, sebenarnya bermaksud untuk mengeluarkan tumor kecil di dalam otak Sam. Berdasarkan hasil merakam otak dengan x-ray, secara rasmi dinyatakan ada tumor dalam otak Sam. Namun secara fizikal, bayi pasangan Tiffnie dan Manuel Esquibel ini kelihatan sihat-sihat saja.



"Selain struktur organ yang hampir terbentuk seperti ini merupakan hal yang unik, tak biasa, dan tak pernah terdengar di mana-mana," tambah si doktor yang tidak dapat menjelaskan fenomena ini. Namun, lanjutnya, boleh saja 'kaki' di dalam otak Sam itu benar-benar suatu bentuk tumor otak bawaan.



Tumor, menurut Grabb, boleh saja terjadi akibat kes fetus in fetu di mana janin kembar tumbuh di dalam janin lain. Walaupun demikian, ia tak pernah mendengar ada kes seperti itu yang terjadi di otak. Sehingga ia langsung ingat dengan mitos Yunani, raja para dewa Zeus, yang melahirkan putrinya Athens dari dahinya

Read more…

5 Apr 2012

Ajaib… Nenek Melahirkan Kembar Tiga dengan Normal

SAMPANG- Meski terbilang sudah berusia lanjut seorang nenek di Sampang, Madura, ternyata masih boleh melahirkan anak. Yang lebih mengejutkan, sang nenek mampu melahirkan anak kembar tiga.

Iya ini memang terjadi di warga dusun Bulabuh Desa Malakah, Kecamatan Jrengik-Sampang. Abdul Basit awalnya tidak menyangka jika mempunyai anak di usia sang isteri.

Nenek bercucu satu dari anak perempuan pertamanya, melahirkan bayi kembarnya secara normal dalam usia kandungan sembilan bulan. Bayi-bayi ini satu laki-laki dan dua perempuan dengan bobot dua kilogram masing-masing bayi.

Sebelum melahirkan bayi kembar tiga ini, Misnati telah memiliki enam anak dan satu meninggal dunia dengan kelahiran tanpa ada yang kembar sebelum nya.

Abdul Basit, ayah sang bayi, mengatakan sebelum melahirkan bayi kembarnya pasangan keluarga sederhana ini tidak ada firasat apapun. Sehingga kelahiran bayi dengan kembar tiga ini pun tak disangka sebelumnya.

Ketika diperiksakan ke bidan desa pun, sang bidan juga tidak menyebutkan bahawa isteri nya akan melahirkan anak kembar. Kerana wajah ketiga bayi kembar ini sangat mirip, kedua orangtuanya memberikan nama yang mirip pula yakni Rena, Reni, dan Rendi.

Bayi kembar dengan usia genap satu minggu ini pun setiap hari dikunjungi warga mahupun pihak keluargat untuk menimangnya. Hal ini dipercayai warga sebagai peristiwa kelahiran bayi kembar unik dan tidak pernah terjadi di desanya.

Selain penasaran dengan keadaan sang bayi, warga yang datang berharap ketularan boleh memiliki bayi kembar yang dipercayai akan mendapatkan rezeki melimpah.

Bayi yang dilahirkan secara normal inipun mendapatkan air susu ibu bantuan dengan susu formula untuk memenuhi keperluan bayi terhadap gizi. Selain itu pemberian susu tersebut guna meringankan beban ibu sang bayi saat ketiganya haus mendapatkan susu.

Read more…

4 Apr 2012

[Video] pergerakkan bayi dalam perut yang menjadi sensasi di internet

Bayi bergerak dalam kandungan adalah hal biasa. Namun, bayi yang bergerak seperti memukul perut ibunya seperti alien, kini menjadi sensasi internet.

Bayi itu tampak mendorong perut  ibunya seakan melakukan kekerasan. Video yang tersebar di internet ini menampilkan seorang ibu yang sedang berbaring telentang dan nampak bayi dalam kandungan itu menggerakkan kaki dan tangan dalam rahim seperti upaya untuk keluar dari perut.

Perempuan ini dan suaminya terlihat tertawa dengan gugup saat anak itu membentangkan kulit ibunya sehingga membentuk sebuah garis di perut. Biasanya, pada 3 bulan bayi dalam kandungan bayi ini dapat bergerak 360 darjah serta berputar. Video itu telah menarik minat pengguna internet.



lihat video dibawah ini..



Read more…

31 Mar 2012

Kejam! Ibu hembus asap ganja ke mulut bayi

Seorang ibu berusia 21 tahun, Jessica Callaway menghembuskan asap ganja ke dalam mulut seorang anak perempuan yang berusia 10 bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia kemudian ditangkap selepas seorang rakannya merakamkan kejadian tersebut menerusi telefon bimbit sebelum membuat aduan kepada polis di sini.

Ibu muda itu juga didapati memukul anaknya itu.Dia mengaku kepada polis bahawa perbuatan tersebut pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini. Jessica kemudian dibebaskan dengan ikat jamin AS$2700 (RM8074).

Read more…

Bayi China 6 bulan sudah ada payudara

Salam Sejahtera... Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara. Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah seperti Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.

Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.

Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali normal apabila bayi itu berusia dua tahun. Selain itu, ia juga memberi kesan terhadap satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.


p/s: macam-macam...

Read more…

Koleksi Gambar Bayi Paling Unik di Dunia

Salam sejahtera... Setiap hari, ratusan ribu bayi dilahirkan dan kebanyakannya adalah dianggap normal. Namun, ada sesetengahnya dilahirkan dalam keadaan yang tidak cukup sifat ataupun tidak sempurna. Bagaimanapun setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah tidak terhingga dari-Nya. Erm, jom terjah gambar-gambar bayi paling unik di dunia di bawah...


Mati kemudian hidup kembali

Bayi ini dikhabarkan meninggal setelah lahir tetapi setelah dua jam kemudian bayi itu hidup dengan baik dan sihat.


Satu tahun hamil

Bayi perempuan kecil itu membawa kembarnya di perutnya. Sudah melakukan pembedahan dan sekarang dalam keadaan sihat dan normal.


Bayi Berkulit Harimau (Ichthyosis Harlequin)
  
Bayi yang kelihatan seperti kulit harimau dilahirkan di Gilgit, Pakistan lahir pada 2010. Bayi itu meninggal dunia sejurus dilahirkan.


Bayi Bermutasi (Anencephaly)

Bayi ini dilahirkan pada tahun 2006 dengan keadaan yang disebut anencephaly. Apakah ada hubungannya dengan pembentukkan otak yang tidak tepat atau tidak lengkap.


Bayi Berekor

Dilahirkan di India pada tahun 2001. Banyak orang India menganggap dia adalahanugerah tuhan.

p/s: sungguh ajaib ciptaan Ilahi...

Read more…