21 Aug 2012

HKL Catat Kelahiran Bayi 1 Syawal Tertinggi


KUALA LUMPUR, 
 
20 Ogos - Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan bilangan tertinggi bayi yang lahir pada 1 Syawal semalam di Lembah Klang iaitu 25 bayi.

"Seramai 15 bayi lelaki dan 10 perempuan lahir semalam dengan bayi pertama lahir pada pukul 12.54 pagi. Kesemua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat," kata seorang jururawat di wad bersalin HKL ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bayi kembar pada Aidilfitri tahun ini dijangka dilahirkan menjelang malam ini.

Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya, seramai 20 bayi dilahirkan pada 1 Syawal iaitu 11 bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan manakala hanya seorang bayi dilahirkan pada pukul 2 pagi semalam di Hospital Pantai di Ampang.-BERNAMA

0 comments:

Post a Comment