6 Jun 2013

SANTAI ARTIS :: IMPIAN ZHAF LAMAR BAKAL ISTERI DI AWAN BIRU TERCAPAI

Melihat kepada karakter yang dimiliki tunangan aktres Fouziah Gous iaitu Zhafran Yusof atau Zhaf, jelas teserlah gaya serta sifatnya yang romantik melalui tutur katanya ketika ditemubual selepas pasangan ini mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu.


 

Zhaf yang kini ahli perniagaan berkongsi cerita bahawa dia pernah menyimpan angan-angan untuk melamar wanita bertuah menjadi isterinya di atas kapal terbang yang dipandunya sendiri. Jejaka yang berasal dari Subang ini memiliki lesen memandu kapal terbang setelah menuntut di sebuah sekolah penerbangan yang terletak di pantai timur.



 

Menurut Zhaf lagi, pada asalnya rancangannya bukanlah sekadar melamar diatas kapal terbang dipandunya tetapi lebih hebat lagi dari yang itu. Selepas memikirkan beberapa perkara dia memilih untuk melakukannya dengan cara yang lebih mudah dan tidak keterlaluan.

"Itu adalah angan-angan yang saya simpan ketika belajar di flying school dulu. Biasalah masa belajar tu macam-macam yang saya nak buat dan salah satu daripadanya adalah melamar bakal isteri saya di atas kapal terbang yang saya pandu.


 

"Selepas itu saya akan terbangkan dia mengelilingi udara dan bawa dia ke suatu tempat untuk meraikan jika lamaran diterima.

"Sebenarnya idea saya lebih dahsyat lagi daripada ini tetapi memikirkan keselamatan wanita yang bakal saya kahwini, saya pilih untuk buat yang paling selamat," ujar Zhaf mengenai cara dia melamar Fouziah Gous cukup romantik dan membuatkan ramai yang makan hati dengan pelakon tersebut.

Jejaka ini telah dilaporkan melamar Fouziah pada 25 Mei lalu setelah dia ditemani rakan memandu sebuah kapal terbang dan membawa Fouziah bersama. Ketika di awan biru aktres itu telah dilamar dan perkara ini diketahui umum melalui gambar yang dimuatnaik di Instagram miliknya.


 

Selain daripada itu, Zhaf turut bercerita mengenai bagaimana bibit-bibit cinta di antara dia dan Fouziah bermula walhal mereka telah mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu apabila merancang untuk menjadi rakan kongsi untuk sebuah perniagaan. Walaupun singkat, bagi Zhaf keserasian yang ada pada itu lebih menjamin kebahgiaan berbanding tempoh masa yang lama dalam sesebuah perhubungan.

"Saya dah lama kenal Fouziah tetapi kami mula serius dan rapat baru tiga bulan ini iaitu sejak Mac. Saya tertarik dengan gaya dan perwatakkannya yang sangat ceria dan sentiasa gembira.

"Bila saya bersama dengannya yang saya perasan saya tidak akan cuba menjadi orang lain. Maksudnya saya selesa untuk berbuat apa sahaja dan berkongsi semua benda dengannya.

"Dengan dia saya lebih transparent dan kerana itu saya rasakan chemistry diantara kami amat kuat. Walaupun dalam tempoh singkat, saya tahu pilihan saya ini betul,"jawab Zhaf apabila ditanyakan mengenai perkenalan dia dan aktres berdarah kacukan ini dan mengapa Fouziah yang menjadi pilihan hatinya.



Sumber : murai

0 comments:

Post a Comment