ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kemalangan di Kuala Kubu Bharu semalam.
KUALA KUBU BHARU – Hasrat empat sahabat untuk membuat kejutan kepada cikgu mereka sempena sambutan Hari Guru berkecai apabila tiga daripadanya maut selepas kereta Honda Civic yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori semalam.
Kejadian di Kilometer 7.9 dekat Jalan Hamzah di sini pada pukul 10.50 pagi itu mengorbankan Muhammad Hilal Mohd. Isa, 19, Omar Hamzah Zulkifli, 19, dan Muhammad Addin Firdaus Rashidi, 19.
Penumpang belakang kereta itu, Mohamad Nazreen Kamisan, 29, pula parah. Kesemua mereka merupakan sahabat karib.
Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Hilal hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah lori dipandu N. Sivasalagaram, 34. Lelaki itu turut parah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, sebelum kejadian kereta mangsa menghala ke Kuala Kubu Bharu dari Rasa.
“Dua mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Kubu. Dua lagi parah,” katanya ketika dihubungi.
Sumber : Kosmo
0 comments:
Post a Comment