18 May 2013

SANTAI BERITA :: PENURUNAN HARGA KERETA SECARA BERPERINGKAT



KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat. 


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini. 

Beliau yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baru, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara sudah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya. 

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya pada taklimat media di sini, hari ini. 

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu yang dibangkitkan," katanya. 

Turut hadir ketika taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria. 

Sumber : BERNAMA

0 comments:

Post a Comment