17 May 2013

SANTAI BERITA :: JADI DATUK BANDAR DENGAN LAMBUNGAN DUIT SYILING SAHAJA

Pelik tetapi praktikal, mungkin itulah yang boleh diandaikan dengan satu keputusan pemilihan Datuk Bandar San Teodoro, Manila.


Kerana keputusan undian adalah seri, maka satu lambungan duit syiling dilakukan untuk memutuskan pemenang bertuah bagi jawatan datuk bandar sebuah bandar kecil di Filipina kata pegawai pilihan raya disana semalam.

Keputusan dramatik bagi jawatan di San Teodoro, bandar perladangan yang dihuni kira-kira 16,000 orang di tengah Filipina itu berlangsung di pejabat pilihan raya tempatan dengan ahli politik bertanding masing-masing melambung duit syiling bagi menentukan nasib mereka.

“Mereka bersetuju untuk melambung duit dengan calon yang mendapat lebih hitungan simbol kepala diisytiharkan sebagai pemenang,” kata ketua pilihan raya San Teodoro, Reny Pagilagan kepada media.

Menurutnya, ketegangan semakin memuncak apabila pusingan pertama lima lambungan duit syiling turut berakhir dengan seri berikutan kedua-dua ahli politik memperoleh dua kepala.

Marvic Feraren, anggota parti Liberal yang memerintah akhirnya muncul sebagai pemenang dalam pusingan kedua lambungan duit syiling apabila memperoleh dua kepala berbanding lawannya yang mendapat satu kepala. “Kedua-dua calon menerima keputusan itu. Mereka bersalaman dan berpelukan,” katanya.

Pagilagan berkata, undang-undang pilihan raya di negara itu menegaskan bahawa keputusan seri dalam undian perlu diselesaikan dengan pelbagai cara dan lambungan duit syiling adalah antara kaedah yang diterima. 

Sumber : AFP

0 comments:

Post a Comment