17 May 2013

SANTAI BERITA :: 12 PENGIKUT TUHAN HARUN DIBURU



Beliau di kenali sebagai TUHAN HARUN.




KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mendapat perintah Mahkamah Syariah Pahang dan bersetuju mengeluarkan waran tangkap bagi memburu 12 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun atau turut dikenali sebagai Tuhan 2013.

Ketua Penguat Kuasa Jaip, Ahmad Rafli Ab Malik berkata, mereka diburu dalam lingkungan umur di antara 12 hingga 41 tahun termasuk isteri ketiganya, Shuzliana Mokhtarudin, 29, dan empat anak-anaknya iaitu Mahni Harun 12, Saufi, 18, Lukman, 20 dan Muhammad, 21.

Menurutnya, mereka gagal hadir untuk siasatan lanjut di pejabat Jaip dan juga sebutan kes di Mahkamah Syariah, kelmarin.

“Mereka terdiri daripada antara ditangkap ketika serbuan dilakukan di salah sebuah premis yang menjalankan kegiatan tersebut, dekat sini. 
“Ternyata selepas mendapat pelepasan ikat jamin daripada rakan dan saudara masing-masing mereka langsung tidak tampil malah hilang dan tidak dapat dikesan,” katanya. 
Dalam pada itu, katanya, mereka disyaki masih berada dalam negara dan tidak keluar ke mana-mana negara jiran yang berdekatan.

“Dengan ketidakhadiran mereka, pihak Jaip telah melakukan siasatan, ada di antara mereka sudah tidak tinggal di alamat yang sama seperti tertera di kad pengenalan mereka.

“Malah mungkin ada di antaranya bersembunyi di rumah keluarga atau pengikut lain yang masih belum dikenal pasti, namun kita mempunyai semua senarai nama pengikut Tuhan Harun.

“Ini kerana daripada siasatan kami, ajaran sesat ini mempunyai 312 ahli di seluruh negara dan berkemungkinan penyebarannya masih lagi berjalan dalam usaha menarik lebih ramai pengikut,” katanya.

Ahmad Rafli berkata, Jaip akan memperluaskan lagi usaha memburu mereka melalui kerjasama dengan Jabatan Agama Islam seluruh negeri dan pihak polis.

“Dengan kerjasama ini memudahkan lagi usaha untuk menjejaki dan menangkap mereka untuk melengkapkan siasatan.

“Melalui cara ini juga dapat mempercepatkan proses mereka untuk dihadapkan ke mahkamah.

“Jadi sebelum kami bertindak lebih giat, diharap mereka tampil menyerah diri terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, katanya, Jaip terus memantau semua premis yang telah digunakan untuk memperluaskan ajaran tersebut.

“Dalam masa yang sama, semua penyewa yang telah memberikan khidmat penyewaan kepada mereka turut dipantau dan dinasihati agar tidak meneruskannya.

“Setakat ini di Kuantan, kami telah menyerbu tiga premis termasuk di Jalan Bukit Ubi dan Indera Mahkota 6.

“Mereka bukan sahaja menggunakan lokasi ini sebagai pusat berkumpul malah tempat mencetak bahan-bahan berkaitan ajaran sesat tersebut untuk diedarkan.

0 comments:

Post a Comment