21 May 2013

SANTAI ARTIS :: TIZ ZAQYAH AKUI SELALU CLUBBING

 

Aktres putih gebu, Tiz Zaqyah tidak mahu bersikap hipokrit kepada diri sendiri dan juga kepada peminat-peminatnya. Kerana itu dia tidak lokek untuk berkongsi tentang perihal dirinya yang gemar bersosial bersama kekasih dan teman-teman di kelab malam.

Tiz juga tidak mahu menafikan dirinya gemar bersosial kerana dia tahu perbuatannya itu tidak boleh disorok dan sebab itu dia secara terang memuat naik gambar-gambarnya di kelab. Pun begitu, heroin ini menyeru agar tidak ada yang mengikuti perbuatan negatifnya yang gemar bersosial. Sebaliknya, ujar Tiz, ambil sahaja perkara positif daripada dirinya.

Ujarnya, dia bukan idola, tetapi hanya seorang pelakon yang sekali-sekala ingin menjalani kehidupan biasa iaitu berhibur bersama kekasih dan teman-teman.

Ayat itu terpaksa juga diluah daripada bibir Tiz selepas dia mendapat banyak reaksi kurang senang daripada pengikut laman sosial Instagram miliknya yang melihat gambar-gambarnya bersosial di kelab bersama kekasih dan teman-temannya termasuk beberapa teman artis seperti pelakon Faradhiya dan Ramona Zam Zam.

Luah Tiz lagi, jika ada peminat yang tidak boleh terima hakikat dirinya begitu (suka bersosial), tandanya mereka itu bukan peminat sebenarnya.

“Mereka tidak boleh kawal saya. Saya bukan idola yang perlu mereka contohi. Saya cuma pelakon. Peminat boleh tolak sikap negatif saya dan ambil sahaja sikap positif saya,” katanya.
Tiz juga berharap jangan ada pihak menjatuhkan hukuman kepadanya dengan mengatakan dia liar atau jahat apabila gambar-gambar dirinya bersosial di kelab malam dimuat naik di Instagram, kerana dia tahu setiap perbuatannya juga ada batasan.

“Gambar itu (gambar di kelab) hanya menunjukkan 10 peratus kehidupan saya. 90 peratus lagi peminat tidak tahu mengenai saya. Saya percaya, peminat hari ini banyak yang berfikiran terbuka. Mereka mengenali saya sebagai pelakon dan menyukai bakat saya. Mereka bijak membuat penilaian. Saya tidak mahu bersikap hipokrit jadi terimalah saya seadanya,” jelasnya lagi. 

Gambar dari Instagram Tiz



1 comment:

  1. "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." [Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim]

    ReplyDelete