Penyanyi terkenal, Dato` Hattan mengesahkan yang dia akan menikahi semula bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd. Abidin pada tanggal 15 Ramadan ini dan memilih tarikh itu kerana ingin menyambut Aidilfitri bersama sama dengan wanita itu.
"Saya rancang ingin menikahi dia (Arianie) pada 15 Ramadan ini. Tetapi saya ada juga terfikir untuk melangsungkan perkahwinan pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos. Saya lebih suka kami berkahwin pada 15 Ramadan sebab mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Lagipun lebih elok jika kami berkahwin pada bulan Ramadan. Majlis sederhana sahaja. Tiada hantaran pun. Tetapi mungkin ada majlis makan-makan. Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie)."
Menerusi laporan Kosmo! hari ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Biso Bonar itu pada mulanya mempunyai dua tarikh untuk dipilih, iaitu 15 Ramadan yang kemungkinan jatuh pada 24 Julai atau pun pada hari jadi anak mereka, Adam pada 21 Ogos iaitu selepas Aidilfitri. Namun Hattan kemudiannya memilih 15 Ramadan,
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.
Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.
Tambah Hattan lagi, majlis pernikahan mereka akan berlangsung secara sederhana dan tiada sebarang hantaran dirancang.
0 comments:
Post a Comment