Gambar kekasih Yuna, Julian Schratter yang kacak – Inilah beberapa gambar kekasih Yuna yang sangat macho dan kacak. Bermula hanya sebagai kawan biasa ketika Julian Schratter datang berjalan-jalan di Malaysia, kini beliau merupakan jurugambar peribadi Yuna sendiri. Wah, bertuah sungguh Julian ye sebab berjaya menawan hati Yuna yang ketika ini sedang meletup popularitinya selepas memenangi AJL27.
Dalam temubual bersama Yuna yang disiarkan melalui MalaysianDigest, dia mengakui sendiri tidak akan menolak jika jodohnya ialah Julian Schratter. Walaupun berbeza agama dan budaya, namun bagi Yuna itu bukan masalah baginya.
Dia kawan saya. Sebenarnya dia dah lama nak datang ke Malaysia tapi dia tak kenal sesiapa di sini. Jadi masa bulan November tahun lalu saya balik ke sini dan kebetulan saya terlibat dengan banyak majlis hiburan, konsert jelajah dan persembahan. Jadi saya katakan padanya, dia boleh jadi jurugambar saya. Memang sepanjang dia kat sini, tugas dia ambil gambar saya. Jodoh kita tak tahu. Saya pun single. Walaupun berlainan agama, bagi saya kita semua sama. Saya tak judgemental, begitu juga dengan keluarga saya. Tapi buat masa sekarang, saya nak fokus pada karier. Umur saya dah 27 tahun, saya tak boleh nak buang masa lagi. Banyak lagi perkara yang saya nak capai dalam karier.
Inilah pengakuan ikhlas dari Yuna sendiri. Memang manis dan romantik. Jom tengok beberapa gambar macho dan kacak Julian Schratter.
ENJOY! (Gambar kekasih Yuna).
0 comments:
Post a Comment