Serius nampak lebih ayu bila Eja bertudung litup semasa menunaikan umrah bersama suami dan anak tercinta di Mekah.Turut kelihatan bersama Eja adalah seorang perempuan yang tidak dikenali siapa.
Namun disebalik pemergian Eja ke Mekah, kami gembira mendengar khabar dari Eja yang beliau bakal bertudung.Kata Eja,beliau ingin memakai tudung apabila usia memasuki 40 tahun tetapi kerana terlalu sibuk bekerja,eja terpaksa membatalkan hasrat itu
"Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi. Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini"
Sumber : http://tapakkaki.com/
0 comments:
Post a Comment