Dua pasangan adik beradik yang sedang hangat iaitu Emma Maembong dan adiknya, Cha Cha Maembong, mengakui mereka selalu bergaduh sesama sendiri. Namun kata mereka itu adalah perkara biasa dalam hidup dan bak kata pepatah, air walaupun dicincang teruk ianya tidak akan putus.
Anak kepada pelukis tersohor negara, Ismail Maembong ini berkata, pada awalnya kemuculan mereka dalam dunia lakonan hanya sekadar mengisi masa lapang. Cuma dalam setahun kebelakangn ini mereka mula serius. Biarpun adik yang dulu melangkah ke dunia lakonan, namun Emma yang lewat sedikit, sekarang dilihat lebih menyerlah. Pun begitu, baik Emma mahupun Cha Cha, tiada istilah persaingan sesama mereka.
“Kalau dari segi tawaran atau nak hayati watak, kami juga selalu minta pandangan dan bantuan daripada kakak kami, Yaya, sebab dia yang lebih dulu dalam bidang ni “, tutur ChaCha yang kini 19 tahun.
Emma pula bula berkata meskipun mereka berada dalam bidang yang sama tidak timbul rasa cemburu atau irihati. Tidak hanya sebagai adik beradik, ada ketika mereka berkomunikasi seperti kawan dalam berkongsi pengalaman antara satu sama lain.
“Kami tak ada fikir lawan, siapa yang nak naik dulu dan sebagainya. Tak ada rasa cemburu. Kami percaya, kalau kita berikan hasil kerja yang baik, pasti orang akan nampak kita. Memang kami adik beradik. Tapi kadang-kadang tu kami boleh jadi macam member (kawan).
“Kami saling nasihat menasihati lah. Emma selalu kata pada Cha Cha, kalau boleh jangan ada cerita kontroversi atau apa-apa yang boleh menjejaskan karier. Macam dulu, Emma pernah ada isu pasal gambar dengan bekas kekasih Emma, jadi Emma selalu ingatkan Cha Cha supaya berhati-hati, jangan jadi macam Emma dulu”, katanya yang mula dikenali menerusi Kau Yang Terindah.
Selain itu mereka bersyukur kerana keluarga banyak memberi sokongan. Kata Emma, kalau dulu ayah mereka sukar untuk memahami cara kerja mereka yang sering pulang lewat dari lokasi penggambaran. Tapi lama-kelamaan ayah mereka dapat menerima keadaan tersebut.
“Mula-mula dulu ya, ayah dia selalu marah juga bila kami pulang jauh-jauh malam. Dia tak faham kenapa anak dia selalu balik lambat. Padahal kami shooting. Sekarang ni bila dia dah tengok lakonan kami di televisyen dan ramai yang bagi respon positif, nampaknya ayah mula boleh terima yang anak-anak dia kini pelakon. Dia dah mula faham cara kerja kami. Kadang-kadang tu kalau kami balik lambat, dia yang masakkan untuk kami”, ujar Emma.
Dua beradik ini juga memberitahu mereka teringin sekali berlakon bersama dan berharap peluang tersebut akan datang pada masa akan datang.
Tidak dinafi kedua-dua beradik ini memiliki paras rupa yang cantik malah sekali pandang, wajah mereka mirip serupa. Dedah Cha Cha, seperkara yang lucu apabila ramai peminat yang keliru hingga tersalah panggil nama mereka.
“Selalu juga terjadi peminat salah panggil nama kami. Orang selalu ingat Cha Cha ni Emma, kata Cha Cha yang kini semakin popular menerusi drama Kisah cinta Cornetto Uda & Dara.
Kemudian Emma pula menyambung, “A’ah, Emma pula selalu orang ingat, Cha Cha. Tapi kami dah biasa”.
0 comments:
Post a Comment