Meskipun hanya tampil dengan pakaian sopan dan berhijab sebagai duta kepada Butik Desa Murni Batik, namun pelakon jelita, Erra Fazira berkata ianya adalah sebagai permulaan yang buat baik dirinya untuk dirinya menjadi muslimah yang sempurna suatu hari nanti.
"Saya tidak dipaksa oleh pihak Desa Murni Batik untuk tampil dengan imej bertudung tetapi ini salah satu inisiatif saya sebagai dutanya sejak 2 tahun lalu. Malah, Desa Murni Batik bukan sahaja mengeluarkan kain-kain bercorak batik yang sesuai untuk dibuat baju tetapi mereka juga ada mengeluarkan tudung yang bercorak batik. Jadi sebagai lambang seorang duta saya sengaja berpakaian lengkap daripada butik ini.
"Namun, ianya permulaan langkah yang baik untuk saya. Mungkin saya belum benar-benar membuat keputusan untuk kekal bertudung sekarang tetapi InsyaAllah akan datang kerana saya juga cuba untuk jadi muslimah yang sempurna," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran cawangan baru butik tersebut di Shah Alam, baru-baru ini.
Erra Fazira sudah pun menjadi duta kepada Desa Murni Batik Sdn Bhd sejak tahun 2011.
Pengacara bual bicara Primadona itu memberitahu buat masa ini dia belum mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya dan bakal berhijab penuh bila sudah bersedia.
"Ada orang bertudung mengikut musim iaitu seperti di bulan Ramadan sahaja atau sebagainya tetapi bagi saya, saya akan bertudung tetap bila saya benar-benar bersedia hendak bertudung.
"Keinginan untuk jadi muslimah yang sempurna itu ada tetapi biarlah kalau saya bertudung itu saya faham erti tudung dan kemudian mengikut syariat yang betul serta bukan sebab mahu berfesyen.
"Namun saya harap lebih ramai yang mendoakan yang terbaik untuk saya. InsyaAllah saya akan bertudung juga," jelasnya lagi yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Demi Cinta untuk Astro.
Desa Murni Batik Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar batik bumiputera yang memulakan operasi mengeluar dan menjual batik di Terengganu sejak tahun 1974. Kini cawangan bagi butik tersebut telah berada di hampir seluruh Negara termasuk yang terbaru di Seksyen 7, Shah Alam.
Sumber : Murai
0 comments:
Post a Comment