9 May 2013

SANTAI ARTIS :: ANNA KOURNIKOVA BAKAL BERKAHWIN


Enrique Iglesias & Anna Kournikova Bakal Berkahwin. Pasangan ini dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta yang panjang iaitu 12 tahun. Akhirnya, mereka akan berkahwin juga. Penantian bintang tenis Russia, Anna Kournikova untuk bergelar isteri kepada Enrique Iglesias, seorang penyanyi, nampaknya akan menjadi kenyataan. 
Enrique dan Anna akhirnya bakal berkahwin selepas bercinta selama 12 tahun.
Enrique dan Anna akhirnya bakal berkahwin selepas bercinta selama 12 tahun.


PENYANYI Enrique Iglesias akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya selepas 12 tahun menjalinkan hubungan cinta dengan Anna Kournikova.

Contact Music melaporkan, pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan mereka pada minggu hadapan dalam sebuah majlis tertutup.

Sumber kepada penyanyi itu memberitahu, Anna pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini tetapi Enriquemenolak namun kali ini dia sudah bersedia untuk bergelar suami.

Tambah sumber itu, pada majlis itu nanti ramai selebriti terkenal turut diundang bagi meraikan pasangan itu seperti Nicole Scherzinger, Lewis Hamilton, Jennifer Lopez, Eva Longoria, David dan Victoria Beckham.

Sumber : mStar Online

0 comments:

Post a Comment