TIADA ruang untuk anak derhaka dalam akhbar kami! Demikian desas desus yang mula kedengaran di kalangan media, khususnya unit hiburan di beberapa akhbar utama sehari dua ini.
Khabarnya beberapa media utama telah memboikot pelakon Afiq Muiz gara-gara bersikap seperti si tanggang, memburuk-burukkan ibunya sendiri, Hasliza Mohd. kepada umum.
Boikot yang dimaksudkan ialah, tidak lagi mengeluarkan sebarang cerita mengenai artis tersebut dan juga kekasih hatinya, Eina Azman dalam tempoh tertentu. Bukan setakat hal berkaitan kerjaya, gambar hiasan di halaman intisari rancangan TV sekalipun, tiada ruang akan diberikan.
“Tak pernah dalam sejarah, seorang artis buat sidang akhbar untuk memburukkan ibunya sendiri,”demikian kata seorang pengarang hiburan sebuah akhbar popular.
Sebuah akhbar lain pula menyatakan “Tiada ruang dalam akhbar kami untuk anak derhaka seperti Afiq. Dia kena balik dan melutut kepada ibunya dulu sebelum kami memberi ruang untuk mempromosikan dia semula.”
Hmmmm, memang selayaknya pun. Jangan ingat orang media ni suka sangat artis buat perangai macam itu, kita orang pun tak suka tau. Kalau Afiq tidak insaf, memohon maaf dan melutut ke pangkuan ibu yang melahirkan, memang kena balik jual burger semulalah dia selepas ini.
Untuk Eina Azman pula, pergilah sekolah semula dik. Menghayati setiap patah kata yang keluar dari mulut Eina mengenai isu Afiq dan ibunya, memang sah Eina ni tak pandai jaga mulut langsung. Agaknya cara dia bercakap dengan ibu dan bapanya pun, memang lebih kurang macam itu juga, tiada rasa hormat. Terbaru, Eina mendakwa ibu Afiq kurang siuman. Bayangkanlah!
Kepada emak Eina, bagilah anak anda nasihat yang betul, bukan sokong saja apa yang anak kata. Sebelum nasihatkan Afiq tu, sehingga dia semakin jauh dengan keluarga, nasihatlah kepada anak sendiri dulu.
Sekarang ini, satu Malaysia sudah mengutuk dan mengeji, semoga insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Ternyata juga, Afiq meminta nasihat daripada pihak yang salah apabila menjadikan Eina dan ibu Eina sebagai penasihat utama.
Kami ambil kenyataan Facebook pengarah muda, Shahrulezad Mohammed yang mengenali Afiq semenjak awal memulakan kerjaya lakonan. Dia secara peribadi meminta pihak stesen TV supaya tidak meletakkan nama Afiq Muiz dan Eina Azman dalam setiap projek drama yang melibatkan produksinya.
“Melainkan sekiranya mamat sengal ni (Afiq) melutut minta ampun maaf dan balik semula ke pangkuan emak dia semula…” demikian tulis Shahrulezad dalam laman berkenaan.
Memang menarik, biar jadi pengajaran kepada artis-artis yang lain, hidup ini bukan menongkat langit. Kita yang muda perlulah hormat yang tua. Kenang jasa ibu bapa, tak kira sehebat manapun kita. Kalau marah sekalipun sebab ada salah silap di mana-mana, jangan sampai menghina darah daging sendiri. Hidup tidak akan selamat kalau derhaka dik!
Sumber : Utusan
0 comments:
Post a Comment