6 May 2013

SANTAI ARTIS :: AERIL ZAFRIL BERCINTA DENGAN WAWA ZAINAL?


Aeril Zafril Bercinta Dengan Wawa Zainal ? | Aeril Zafril atau nama sebenarnya Suhari Sunari, seperti sedia umum maklum bahawa si kacak ini telah mendapat tawaran untuk membintangi filem Hollywood dan bergandingan dengan pelakon dan juga merupakan aktrs hebat iaitu Christina Ricci dan Sharon Stone. Jadi, dia merupakan anak Malaysia kedua selepas Michelle Yeoh berjaya mengembangkan kerjaya ke persada antarabangsa. 

Tetapi bukan itu yang kita mahu cerita, BeritaKaki ada menyediakan laporan bahawa Aeril Zafril hangat bercinta dengan Wawa Zainal ? mari kita rungkaikan. 

Berkenaan dengan gosip cinta yang timbul antara dia dan aktres cantik, Wawa Zainal yang merupakan gandingannya dalam filem tersebut, Aeril menafikan gosip berkenaan timbul semata-mata mahu melariskan filem tersebut.

Tegasnya, dia sendiri tidak percaya gosip mampu jadi pelaris kepada kejayaan sesebuah filem kerana penonton sekarang lebih mengutamakan kepada kualiti dan jalan cerita yang ditampilkan.



"Kalau ditanya tentang hubungan antara saya dan Wawa, memang kami agak rapat kerana sudah beberapa kali digandingkan bersama seperti filem Budak Pailang dan drama Klik.


"Mengenai perasaan terhadapnya pula, saya akui begitu menyayangi dirinya. Bagaimanapun, sayang saya kepadanya tidak lebih daripada seorang sahabat baik," jelasnya berhubung gosip cinta antara mereka berdua.
Ujarnya, dengan terjalin hubungan yang rapat itu menjadikan mereka tidak sukar untuk mencari keserasian bersama apabila bergandingan dalam sesebuah filem atau drama.

0 comments:

Post a Comment