30 May 2013

SANTAI ARTIS :: 18 JUN BICARA CERAI NONISWARA


Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 18 Jun ini bagi perbicaraan cerai taklik pelakon Noniswara terhadap suaminya, Datuk Rosman Ridzwan.

Hakim Syarie, Umamuddin Yunus menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan cerai secara taklik yang difailkan Noniswara 9 Mei lalu.

Pelakon dari Pasir Mas, Kelantan itu memfailkan permohonan berkenaan mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur susulan kegagalan menyerahkan saman permohonan cerai secara baik kepada suaminya walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Ketika ditemui media di luar mahkamah, peguam syarie Datuk Amli Embong yang mewakili Noniswara memberitahu, mahkamah turut mengarahkan satu penyampaian gantian dibuat terhadap Rosman untuk ditampal di pejabatnya.

“Perbicaraan akan diteruskan walaupun defendan (Rosman) tidak hadir kerana sebelum ini kita sudah berusaha untuk serahkan saman di alamat terakhirnya sama ada di rumah mahupun pejabat, tetapi masih gagal,” katanya.

Sementara itu, Noniswara atau nama sebenarnya Nonis Wara Baharudin, 44, berkata, suaminya pernah membalas SMS yang dihantarnya selepas dia menyamar menggunakan telefon bimbit milik orang lain.

“Bila saya guna telefon orang lain boleh pula dia jawab walaupun sebelum ini sudah banyak kali saya SMS dia, tetapi tidak dibalas,” jelas pelakon itu.

Sumber : myMetro

0 comments:

Post a Comment