NEW YORK: Ahli silap mata Amerika Syarikat, David Blaine meluangkan masa beberapa jam menjelang aksi lagak ngeri terbaharunya dengan menyepikan diri dan berpuasa.
Ini kerana bermula esok, Blaine akan berdiri selama tiga hari di tengah beberapa lingkaran yang mengeluarkan tenaga elektrik berkuasa tinggi mencecah satu juta volt.
Aksi tersebut yang dinamakan Electrified: One Million Volts Always On, akan berlangsung di Pier 54, di tebing sebatang sungai di sini.
Dia akan memakai sebuah topi keledar berwayar bagi melindungi telinga dan matanya.
0 comments:
Post a Comment