14 Aug 2012

YUSOF HASLAM BENGANG NEELOFA TAK HADIR PROMOSI FILEM ANAKNYA??



TIDAK mendengar kenyataan sendiri dibuat oleh Neelofa, persis seperti seorang diva, pelakon yang baru sahaja meningkat naik, Neelofa Mohd Noor sekali lagi terpalit dengan satu kontroversi lagi apabila ditegur"Jangan Lupa Diri" oleh pengarah veteran yang sudah lebih dari tiga dekad di dalam industri perfileman, Datuk Yusof Haslam.

Berikutan tersebarnya kenyataan itu, pengurus kepada Neelofa, Amir Shafiq meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kenyataan tersebut.

"Sebarang spekulasi atau segala soalan yang mahu ditanyakan diharap pihak wartawan dapat bersabar dan menunggu saya umumkan tarikh dimana Neelofa akan memberikan kenyataan penuh mengenai kenyataan yang telah ditulis oleh Akhbar Berita Harian," kenyataan diambil dari laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, akhbar Berita Harian mengeluarkan kenyataan mengenai ketidakpuasan hati Datuk Ysuf Haslam apabila pihak Skop Production yang sebelum ini cuba untuk menghubungi Neelofa untuk menghadiri promo filem terbaru arahan Syafiq Haslam berjudul "Saya Amat Mencintaimu" (SAM) yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini menemui jalan buntu.

Tidak tahu mengapa pelakon yang pernah membintangi filem "Azura 2012" langsung tidak memberikan respon yang baik di atas pelawaan itu sehinggakan ditegur oleh Datuk Yusof Haslam supaya jangan lupa diri.

Neelofa turut dikatakan enggan mengulas dan memberi kenyataan kukuh mengapa dia tidak dapat menghadiri promo filem tersebut setelah cuba dihubungi pihak Skop Production sendiri.

Ada yang mengatakan Neelofa tidak mahu turut serta di dalam promo filem ini kerana dia hanya memegang watak picisan sedangkan sebelum ini dia telah menjayakan sebuah filem sebagai heroin.

0 comments:

Post a Comment