PELAKON hebat Rosyam Nor yang pernah menggarap anugerah Asia Pacific Film Festival Award sebanyak dua kali bakal berlakon dalam filem berbahasa Cina yang berjudul "Once Upon A Time".
Di bawah arahan Silver, filem tersebut turut akan dibintangi Jack Lim yang merupakan seorang juruhebah radio MY FM, Gan Mei Yan, Jason, dan juga Jeff.
Rosyam dan Silver sememangnya berkawan baik, seperti yang diketahui ramai. Menurut Rosyam, tawaran tersebut dibuat semasa penggambaran filem "Balistik" yang diarah oleh beliau yang turut dibintangi beberapa pelakon sama dalam "Once Upon a Time".
"Kami sedang memupuk semangat 1 Malaysia, yang mana filem "Balistik" juga dibintangi beberapa pelakon Cina, dan saya sendiri akan berlakon dalam "Once Upon a Time," katanya.
Sambil berjenaka, beliau menyambung, "Saya percaya yang Silver akan memberikan saya watak besar kerana saya memberikan watak ketua samseng kepada Jack dalam filem saya. Memandangkan Jack memegang watak raja dalam "Once Upon a Time", saya mengharapkan watak seorang raja dari negara lain!"
Namun, watak yang dipegang Rosyam dalam filem Silver itu adalah seorang pengemis.
Rosyam kemudianya ditanyakan sama ada beliau tidak kisah hanya diberikan watak kecil.
"Tidak kira betapa kecil atau besar watak sesebuah filem, semua watak adalah penting. Saya sudahpun berasa istimewa kerana saya seorang yang akan bertutur dalam bahasa ibunda dalam filem tersebut."
"Once Upon A Time" adalah sebuah filem adaptasi lakonan pendek "Palace Stories" yang popular di saluran MY FM dan disuarakan oleh Jack Lim da Gan Mei Yan.
Ianya mengisahkan sebuah pengembaraan seorang raja yang biasa hidup senang bersama dua orang temannya di zaman moden setelah melarikan diri dari kekecohan negara yang berlaku.
Filem tersebut dikatakan bakal diriliskan pada Tahun Baru Cina 2013
0 comments:
Post a Comment