15 Aug 2012

DITEGUR LUPA DIRI... PENJELASAN DARI @NEELOFA



MENYIFATKAN teguran yang diberikan kepadanya oleh Datuk Datuk Yusof Haslam baru-baru ini ibarat nasihat dari seorang ayah kepada seorang anak, lantaran pelakon-pengacara jelita Neelofa menganggap teguran daripada penerbit tersohor itu bukanlah satu isu yang besar.

Malah gadis yang nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi kenyataan di mStar berkata, dia lansung tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Datuk Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.

"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.

"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.

"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya.

Ahad lalu, sebuah akhbar melaporkan teguran Yusof mengingatkannya agar 'jagan lupa diri' ekoran sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.

Neelofa turut didakwa tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.

Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.

Sementara itu, Yusof pula berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.

Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.

"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.

"Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.

"Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment