19 Jul 2012

Nenek 66 Tahun Temui Jodoh Selepas Melakukan Pembedahan Pembesaran Payudaranya

 Seorang nenek moyang berjaya mencari cinta kembali bersama seorang pemuda yang usianya 38 tahun lebih muda selepas pembedahan pembesaran payu.dara. Nenek Joan Lloyd yang kini berusia 66 tahun tersebut melakukan pembedahan yang diimplan payu.dara bulan November 2010 lalu setelah suaminya meninggal dunia.

Ia memperbesar payu.daranya yang berukuran cup A menjadi F yang menghabiskan kos sekitar Rm 20 ribu. Setelah memiliki payu.dara baru, ia bertemu dengan Phil Absolom, 28 tahun di Facebook dan menjalin hubungan asmara. Merekapun kini tinggal bersama di rumah almarhum suaminya, David.


Apabila suaminya meninggal, ia berjanji untuk tidak terus berduka dan move on. Ia pun mengubah penampilannya secara keseluruhan agar kelihatan lebih menarik dan awet muda. Ia mengisahkan kisahnya dalam sebuah wawancara TV, This Morning yang dibawakan oleh presenter Eamonn Holmes dan Ruth Langsford.

Sang lelaki kacak, Phil mengaku bahawa dirinya merasa tidak percaya diri mengajak dating Joan kerana dirinya begitu seksi. Namun ia tetap memberanikan diri dan bersaing dengan 600 lelaki lain yang juga mendekati Joan di Facebook, seperti dilaporkan oleh Dailymail.


Setelah tiga minggu pendekatan, Joan memberanikan diri bertemu dengan Phil. Mereka berdua langsung tertarik satu sama lain dan mengagumi watak dan fizikal masing-masing. Kini pasangan tersebut sedang dimabuk asmara dan kerap menghabiskan masa bersama mulai dari masak hingga main monopoli.

Phil sendiri banyak mendapat kritikan pedas dari orang-orang di sekitarnya, namun ia hanya berkata: "Aku berfikir, aku boleh saja bersama dengan orang yang seumuran tapi tidak bahagia dan itu boleh berakhir bila-bila masa."

0 comments:

Post a Comment