CALIFORNIA – Ibu tunggal yang pernah mencatat sejarah melahirkan lapan bayi kembar serentak, Nadya Suleman, berbangga dengan susuk tubuhnya yang dikatakan masih digilai lelaki dan sanggup beraksi bogel di depan kamera untuk sebuah majalah, Closer.
Ibu yang menggemparkan seluruh Amerika Syarikat pada tahun 2009 itu menayangkan perutnya yang masih kempis dan buah dada bersaiz 34DD di majalah tersebut, namun menegaskan bahawa dia akan terus ‘solo’ selama 15 tahun akan datang.
Menurut Nadya, hidupnya kini adalah tertumpu kepada membesarkan anak-anak kembarnya itu yang baru berusia tiga tahun dan hanya akan memikirkan tentang hubungan dengan lelaki selepas mereka berusia 18 tahun.
“Saya dapat perhatian dari ramai lelaki, tapi saya takkan ‘berdating’ dengan mereka selagi kelapan-lapan bayi kembar saya berumur 18 tahun,” katanya yang dipetik dari closeronline.com, baru-baru ini.
Nadya digelar “Octomum” ekoran kejayaannya melahirkan bayi-bayi kembar, enam lelaki dan dua perempuan, pada tahun 2009 melalui kaedah persenyawaan in vitro serta merupakan ibu kedua yang berjaya melahirkan bayi ‘octuplets’ di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, ramai yang marah dan mempertikaikan dirinya sama ada mampu membesarkan bayi-bayi “octuplets” berkenaan kerana Nadya sudah memiliki enam orang anak sebelum melahirkan mereka.
Noah, Jonah, Jeremiah, Isiah, Josiah, McCai, Maliah dan Nariah kini berumur tiga tahun pada Januari lalu serta menjadikan mereka sebagai bayi “octuplets” paling lama hidup dalam sejarah Amerika Syarikat.
Hasil dari melahirkan bayi-bayi itu, Nadya mempunyai beberapa kesan regangan ketara pada kulit perutnya, namun dia berbangga dengan kesan tersebut.
Mengulas mengenai saiz buah dadanya, Nadya mengaku pernah menjalankan proses mengecilkan buah dada ketika berumur 17 tahun namun kini ‘aset kebanggaannya’ itu semakin membesar kepada saiz 34DD.
“Perut saya penuh dengan kesan regangan seolah-olah ada urat yang nak terkeluar, tapi itu tak penting bagi saya. Dan saya tetap berbangga dengannya walaupun ada yang sudah hampir pudar kesannya.
“Buah dada saya kembali ke saiz 34DD selepas melahirkan anak-anak sebelum ini, tapi ia agak ‘jatuh’ sedikit ketika menyusukan ‘octuplets’, saya beri mereka susu badan. Saya tak tahu bagaimana tubuh saya kekal begini,” katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment