13 Jul 2012

6 Isu Soal Seks yang Boleh Buat Suami Tersinggung!!!

Berkomunikasi soal urusan seks jika salah ucap, akan membuat membuat pasangan tersinggung. Beberapa ayat juga boleh membuat lelaki merasa egonya terluka. Akhirnya suami anda boleh kehilangan kepercayaan dirinya dalam urusan hubungan seks ini.
Agar tidak salah langkah, ini enam ayat yang sebaiknya dielakkan Apabila bercakap masalah seks dengan suami, seperti dipaparkan The Frisky:
1. Tidak pernah memberi orgasme
Memang mudah menyalahkan orang lain atas suatu masalah yang anda hadapi. Padahal belum tentu langkah tersebut boleh memberi anda jalan keluar. Menurut kajian, sebahagian besar wanita tidak boleh orgasme kerana merasa lelah atau bimbang. Jadi sebelum terus menyalahkan suami, cuba anda buat dulu senarai perkara2 yang anda rasa boleh membuat anda merasa teruja. Setelah itu wujudkanlah apa yang tertulis di dalam senarai tersebut.
2. Memalsukan orgasme
Faktanya berdasarkan kajian, 80% wanita memalsukan orgasmenya semasa hubungan intim. Tapi tentu si dia akan sangat sedih dan terluka ketika mendengar anda mengatakan perkara tersebut. Jadi cuba cari cara, bagaimana agar kamu boleh bekerjasama dengan baik sehingga orgasme boleh anda dapatkan, tidak dipalsukan lagi.
3. Klimaks
Beberapa lelaki boleh dengan mudah mempertahankan ereksinya. Namun perkara itu tidak selalu lelaki mudah lakukan. Dengan bertanya pada pasangan, kenapa dia klimaks begitu cepat, boleh membuatnya mengalami semakin ejakulasi awal atau malah sukar ejakulasi.
4. Ukuran
Lelaki sangat sensitif soal saiz Mr. Happy nya. Bagi lelaki, meskipun sebenarnya ukuran bukanlah suatu yang penting untuk wanita, tetap saja hal tersebut begitu mereka fikirkan. Jadi apabila anda bertanya apakah Mr. Happy nya boleh kelihatan lebih besar atau panjang, soalan itu akan benar-benar menguasai otak suami.
5. Bosan
Kehidupan bercinta selepas berkahwin bertahun-tahun memang boleh menjadi hambar. Namun, sebaiknya jangan pernah mengatakan pada suami kalau anda bosan bercinta. Kenyataan tersebut akan membuat suami merasa anda sudah bosan padanya dan ingin mencuba dengan orang baru.
6. Sex Toy
Sebaiknya jangan membandingkan suami dengan sex toy. Ketika anda mengatakan lebih puas memakai sex toy berbanding bercinta dengan suami, tentu hal itu boleh membuat pasangan sangat terluka. – Wolipop

0 comments:

Post a Comment