Showing posts with label ular. Show all posts
Showing posts with label ular. Show all posts

13 Sept 2012

Pelik! Ular Tedung Mati Setelah Menggigit Orang yang Dipatuk!!

NEPAL - Seorang petani dipatuk seekor ular tedung selar yang muncul secara tiba-tiba semasa dia sedang mengusahakan ladangnya. Salmo Miya yang berang akibat patukan ular itu mengejar dan mengigit ular tersebut.

"Saya amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya menjejak ular itu lalu menangkapnya dan mengigitnya hingga mati, "katanya.

"Saya boleh membunuhnya dengan kayu, tetapi saya terlalu marah dan mahu membalas dendam. Saya membunuhnya dengan gigitan saya. "

Kemudian, patukan Miya telah dirawat di klinik tempatan dan dia kini berada di rumah memulihkan kecederaannya.

Read more…

5 Sept 2012

Lintah Terbesar atau hanyalah Spesis Ular 'Ular Guni" ??

Ramai yang membuat kesimpulan sendiri bila melihat sesebuah gambar , sama juga seperti kes "Lintah Terbesar" .


Ada juga yang terlebih "pandai" mengatakan ianya teknik photoshop , ala.. sikit - sikit photoshop . Tapi sebenarnya ia adalah gambar sebenar.


Gambar dibawah dipercayai ( dikatakan berlaku di Perak ) Sejenis ular yang dinamakan "Ular Guni Buruk" ataupun 'Ular Kain Buruk" kerana kelihatan seperti sekarung guni atau kain apabila berada didalam air.

Ular Guni tidak mempunyai bisa dan tidak mematuk seperti kebanyakkan Ular yang diketahui ramai , ular ini juga hanyalah makan Ikan sahaja tetapi awas biarpun tidak mematuk tetapi ular ini boleh mengigit anda.


Jadi , jangan percaya hanya pada sekeping gambar sahaja . Dengar , Lihat , Siasat dahulu

Read more…

18 Aug 2012

Tedung Selar Bersarang di Siling!!!!



MACHANG - Dua lelaki di sini, terkejut apabila haiwan disangka biawak di atas siling rumah mereka rupanya ular tedung selar.

Mereka mula menyedarinya apabila ternampak kepala haiwan tersebut ketika mencuci rumah.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Machang, Mohd Razman Ramli berkata, ular tersebut dipercayai bersembunyi di sana agak lama berdasarkan penemuan pelbagai bangkai.

Katanya, operasi menangkap ular itu memakan masa hampir empat jam apabila ular tersebut bersembunyi di atas siling hingga memaksa anggotanya memecahkan syiling bagi memudahkan tangkapan.

“Ular itu dianggarkan seberat 10 kilogram dengan panjang, empat meter. Ia merupakan, antara tangkapan terbesar pada tahun ini.

“Operasi ini melibatkan empat anggota JPAM dan berjalan dengan lancar walaupun menghadapi kesukaran apabila ia bersembunyi di atas siling rumah,” katanya.

Mohd Razman berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak empat ekor ular tedung selar berjaya ditangkap berdasarkan aduan penduduk.

Katanya, kes melibatkan tangkapan ular antara yang tertinggi yang mana, 50 ekor ular berjaya ditangkap pada bulan lalu.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), JPAM Machang di talian 09- 9750262 atau 09-9750260 bagi mendapatkan bantuan di saatsaat kecemasan.

“PKOD beroperasi 24 jam dengan menawarkan pelbagai bantuan kecemasan sama ada kemalangan jalan raya, tempat kerja, kebakaran, lemas, tangkapan ular, memusnahkan sarang serangga dan pelbagai jenis kecemasan,” katanya.

Mohd Razman berkata, JPAM mempunyai peralatan yang mencukupi serta kakitangan terlatih dalam usaha membantu orang ramai.

Read more…

30 Jul 2012

Ular Ini Masih Mengganas Walaupun Kepalanya Telah Putus (Foto+Video)

Jika kepala sudah terpisah dari badan, maka secara logiknya, ia tidak mampu melakukan sebarang tindakbalas baik manusia mahupun haiwan. Tetapi sebuah video yang dirakam di mana seekor ular yang telah putus kepala dan badannya tetapi masih lagi boleh mendatangkan maut pada seseorang di mana ular yang hanya tinggal kepala tersebut masih mampu untuk memberikan patukan berbisa. Boleh tonton video di atas ini.
Gambar di atas, ular yang putus – gambar hiasan.

Read more…